Saturday, 30 June 2012

Setulusnya untukMu

#SOFT WARNING :  Heart Reader's only. <3





  Tenang.Aku mimpikan kanak-kanak semalam.Aku rasa tenang menatap dan mendukung  kanak-kanak comel.Bahagia bila berada disamping mereka.Terasa seperti dihargai.Betullah..cinta itu tidak semestinya kepada insan yang digelar ar-Rijal.

    Sejujurnya tulisan ini bukan khusus untuk sesiapa.Semata-mata ekspresi buat diri.Mungkin kali ini biarlah hati membenarkan jiwa berbahasa dengan jujur.Dengan kuasaNya,jari ini semahunya menekan kekunci.Menaip sesuatu yang lahir dari hati.Tanpa mengharapkan apa-apa.Semoga dengan itu,sekelumit beban terangkat sedikit demi sedikit.Mengizinkan naluri untuk mengutus rindu buat Pencipta Hati.

 
Ya Tuhan...
Aku sanggup.Biarlah aku hidup tanpa cinta Adam.Andai tiada lelaki yang mencintaiku kerana Mu.Aku sanggup berkorban demi menggapai kembali keredhaanMu.Kembali pada jalanMu.Aku tahu aku banyak melakukan dosa dengan melupakanMu,terimalah aku kembali.Sesungguhnya tidak bermakna hidup ini tanpaMu.Dosa semalam akan mengejarku,akan mengajarku,akan menyeretku ke neraka,tapi biarlah sisa-sisa hidup ni aku manfaatkan dengan sedaya upaya menyintaimu kembali,..Aku berserah segalanya padaMu ya Allah..terus dan teguhkanlah hatiku dijalan Mu ya Rabb..Biarlah aku jihad untuk cintaMu.


Ya Allah..Sesungguhnya kau mendengar dan mengetahui isi hati ini,pimpin dan bukalah jalan untukku terus mendekatiMu ya Allah..

 Ya Allah,andai diberi cinta yang menarikku ke jalan neraka,aku rela menyerahkan nyawa sebagai ganti.Jasad ini milikMu,hati ini milikMu,dunia ini hanya kau pinjamkan kepada ku,Amanah yang seharusnya aku jaga sebaiknya.Berikan petunjuk buatku,buat keluarga dan saudara seislamku.Beri petunjuk buat orang yang pernah menganiayaiku.Jauhkanlah aku dari sifat tamak,dendam dan cintakan dunia yang hanya memakan diri sendiri.Maafkanlah aku kerana pernah menyakiti insan lain.Berilah aku peluang untuk menyatakan kemaafan buat mereka selagi nyawa dikandung badan.

Ya Allah,jika ada cinta buatku..kau titipkanlah cinta itu dengan sentiasa mengingatiMu.Aku redha..bukan rupa yang kacak jadi pilihanku..andai takdir mengarahku untuk sibuta dan cacat yang tak berdaya aku lebih redha asalkan dia membuatku semakin dekat padaMu.Itu janjiku ya Allah..Biarlah cinta yang ada tidak membuatku jauh dariMu.Bukakanlah pintu ayah dan ibuku untuk terus sujud ke arahMu.Jangan biarkan dosaku menyeret mereka ke nerakaMu.Berikanlah mereka keyakinan yang tinggi terhadapMu.Sungguh itulah cinta yang paling indah kau kurniakan kepadaku.Syukran,Alhamdulillah…Selamatkan aku dari musuh yang nyata dan musuh yang tersembunyi.

Ya Allah..
Aku buta ya Allah..Aku buta mengenal kasih sayangMu,Aku hidup dengan nikmatMu tetapi dengan nikmatMu jua aku melakukan dosa,sungguh aku hamba yang lupa diri.Andai sahaja Engkau sama seperti manusia,pasti nyawa ku sudahberpisah dari jasad.Pasti keampunanMu jauh dariku..Aku buta pada dunia yang alpa,aku buta pada ayat-ayat cinta yang berkali-kali dialunkan padaku,aku buta memilih sahabat,aku buta menilai yang baik dan yang buruk,aku dibutakan oleh nafsu yang menyeksa,aku buta walau dianugerahkan pandangan..aku lebih hina dari sibuta yang gelap pandangan,kerana dengan pandangan ini aku melakukan dosa,dengan pandangan ini aku melupakan yang haq..melalui pandangan ini aku melupakan nikmat.

Ya Allah,
Pekaknya aku pada panggilanMu,suara azan yang memanggil untuk sujud ke arahMu seolah angin lalu,aku pekak pada keindahan itu ya Allah.Sedangkan ketenangan dan kegembiraan itulah yang ku damba.Sujud sebagai seorang hamba,taat dan setia sebagai seorang hamba..berjiwa khalifah yang mentadbir dan menjaga amanah.Aku pekak pada kemerduan alunan Al-Quran pada maghribMu,aku pekak pada zikrullah yang memujiMu.Aku pekak walaupun pendengaranku masih sempurna,aku lebih hina dari si pekak yang hidup tanpa bunyi.Aku menyalahgunakan nikmat pendengaran dengan mendengar janji dunia daripada janji yang tidak pernah mungkir dariMu.Ya Allah.titipkanlah pendengaranku untuk mendekatiMu….

Ya Allah..
Aku bisu dari memujiMu siang dan malam,aku bisu dari bersyukur atas kurniaan rezekiMu,aku bisu dari menyebut namaMu,aku lebih hina dari sibisu kerana  walaupun aku petah berbicara,tetapi aku tidak menyampaikan ilmu agamaMu,walaupun aku merdu bersuara,aku tidak mengalunkan ayat cintaMu,walaupun aku dikurniakan suara,tetapi zikrullah tidak meniti dibibirku.Aku yang hidup dengan dunia yang bisu dariMu,tetapi engkau tidak pernah putus-putus memberi rahmatMu kepadaku.Aku hamba yang hanya mencari ketika dilanda musibah,aku hamba yang hanya tahu merintih.Tetapi jasadku masih bernyawa,sungguh Engkau Maha Penyayang pada hamba-hambaMu.Allahu Akhbar!!

 Setulusnya untukMu,
Damaikan kami dgn takdirMu.
Fahamkan kami dgn hikmahMu.
aku antara Selemah-lemah hambaMu.~

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..