Saturday, 10 March 2012

Cahaya Cinta Insyirah 1



          "Kau masih tak berubah Insyirah,masih sama seperti dulu."Insyirah hanya mampu tersenyum. Senyuman yang hanya pada lengkungan bibir.Tidak terasa di hati.Dalam hati dia menjawab 'tidak,sesekali takkan sama.Hanya Allah Mengetahui dan hanya darinya kekuatan itu hadir.'
          "Alhamdulillah,Allah pertemukan kita kembali.Hampir tak sedar dah tiga tahun kita tak contact,kan?Akhirnya kat butik ni juga la kita bertemu kembali.Macam tahu-tahu je aku memang dari dulu nak offer diri aku design baju pengantin kau ye,Alia."Genggaman tangan dua sahabat semakin erat.Pelukan dileraikan perlahan.Tenang seketika berada dalam dakapan Alia.Sahabatnya sewaktu dia menuntut dahulu.Hanya kerana untaian waktu yang cemburu,kesibukan yang memburu hinggakan ruang berhubung tenggelam dibawa arus waktu.
          "Syukur sangat-sangat.Aku pun tak sangka mak aku berkenan kat butik bestfriend aku sendiri.Hehe..asyik nak jadi designer baju pengantin orang je,bila nak design baju pengantin sendiri?"
          "Amboi.......bukan main lagi sindir aku ye!Bukan aku tak nak design tapi takkan nak pakai sorang-sorang je kot?"Insyirah menelan liur.Baginya,perkataan 'pengantin' itu bagaikan menusuk di ruang kalbu.Seakan tidak akan serasi buat dirinya.
          "Hisy..takkan la dalam tiga tahun ni kau takde calon kot?Atau...masih menunggu?"Kening Alia terangkat sedikit,niat dihati ingin mengusik Insyirah.
           "Tunggu siapa pula?Tunggu kucing Momo tu bertukar jadi 'Prince'?"
          "Eleh.....macam la aku tak ingat.Tunggu Encik Ir..ehem..ehem.. datang meminang ye?"
           "Dah,dah...jangan nak mengada.Dah lama aku tak dengar cerita pasal dia.Entah-entah dia dah kahwin,siap ada anak dua tiga orang lagi."Segugus nafas berat dilepaskan perlahan.Terasa bagai dihempap sesuatu.Berat.
           "Bukan kau ada.....minta no. telefon dia ke hari tu?Masa konvo dulu?"
           "Ish,tak nak la....takkan la aku pula jadi perigi cari timba?"Insyirah hanya menjawab dengan hambar.Berharap agar topik perbualan beralih secepat mungkin.
            "Tak boleh la fikir macam tu,sedangkan saidatina Khadijah pun memulakan langkah nak merisik Rasulullah?Lagipun.......dia masih single la sekarang."
             "Macammana kau tahu?"
             "Ni buktinya."Alia mengeluarkan sesuatu dari beg tangan.Lantas jarinya menyentuh skrin sentuh 'Ipad' dan terpapar laman sosial facebook dihadapannya kini. Jarinya menaip sesuatu dan Insyirah hanya memerhati gelagat sahabat baiknya.Bersemangat.
              "Ha...tengok ni.Irfan Affandi Hakimi.Dia kerja kat tempat ayah dia,Ukhwah Holdings Sdn Bhd.Status single.Kalau nak tengok gambar-gambar kat album dia pun semua tentang persatuan remaja islam."Jari Alia menuding ke arah gambar profil milik Irfan.Hati Insyirah seraya tersentuh.Senyuman di wajah lelaki itu....memujuk ruang hati kecil untuk turut tersenyum.Bahagiakah dia di sana?InsyaAllah..
              "Senyum nampak..."usik Alia terus.
              "Tapi takkanlah dia nak share private life dia kat sini kan? mungkin dia gunakan FB ni pun untuk berdakwah dan menjalinkan ukhwah je.."cetusnya perlahan.Berusaha agar hati kecil ini tidak menggantungkan sedikit harapan pun buat lelaki berwajah tenang itu.
               "Kau lupa ye?Ayah aku dengan ayah dia kawan rapat tau,kalau si Irfan ni kahwin mesti ayah dia tak lupa nak jemput kan?"
                "So,nanti bila material dah sampai aku akan tunjuk kat kau dulu.In case kalau kau tak berkenan dengan warna atau fabrik,kita boleh tukar lain."pintas Insyirah sekaligus mengalih topik perbualan.
                "Ni emel aku,jangan lupa add FB aku."Kini kertas memo bertukar tangan.Insyirah menganguk mengiyakan.Alia masih dengan bicaranya.Ah,apa lagi yang harus dibualkan sahabat lama?Pasti banyak fokus pada masa lalu dan peluang untuk terus bertemu.
                 "Ohya,kat bawah tu emel budak 'Ir' tu,jangan lupa add sekali.Mesti dia terkejut tengok kau yang request."Alia mencuit lengan Insyirah seraya tergelak.Mungkin pada bayangannya Irfan akan tersenyum melihat profil Insyirah nanti.Tapi pada bayangan Insyirah,Irfan cuma menekan butang 'approve' dan hanya mengimbas profilnya sesaat dua.Tanpa perlu tersenyum.Tanpa hadir persoalan.Insyirah juga tahu,lelaki sepertinya pasti punya ramai peminat.Jawapannya,Irfan pasti menganggapnya sama seperti wanita lain.Mendekati dan mengharapkan sesuatu.Tapi percayalah,harapan yang terlukis dahulu kini sudah pudar.Hanya padaNya segala harapan disandarkan sepenuhnya.Zikrullah berlagu memujuk hati.

                                                      *                          *                          *

            
            
        
Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.