Wednesday, 11 January 2012

Sedikit sentuhan buat jiwa.



    "Antara semua adik-beradik,kakak yang paling banyak travel sana sini."
    "Ye ke?"Saya mengimbas semula perjalanan hidup selama 22 tahun setengah.Akhirnya saya menganguk seraya mengiyakan kenyataan yang terlontar dari adik lelaki bongsu.Sedikit sebanyak rasa terharu kerana adik lelaki saya peka dengan perjalanan kakak sulungnya.
     Saya seorang pemendam.Ada sesetengah pengalaman saya kongsikan dan percayalah kebanyakannya hanya saya simpan dalam ruang memori.Saya dilatih untuk lebih banyak mendengar daripada bersuara.Mungkin dari situ peribadi 'suka menulis' terbentuk.Bila menulis saya tidak perlukan banyak 'feedback' secara terus.Apa yang dibuat hanya tulis apa yang ingin dikongsikan samaada pendapat,pandangan tapi tidak sekali-kali tentang kisah hidup saya.Saya akui saya bukan seorang yang terbuka untuk berkongsi kisah hidup saya pada sesiapa yang saya kurang kenali.
     Saya selalu ingatkan adik-adik saya dan diri saya sendiri.Kadang-kadang hidup kita terasa terlalu pahit untuk ditelan.Tapi ketahuilah...ada insan di luar sana yang lebih perit.Bagaikan tiada apa-apa yang mampu ditelan.Bagai tiada pengisian.Bagai tiada perubahan.Jadi..sakit,pahit atau perit sekalipun tandanya hati kita masih punya naluri.Hati masih mampu merasa.Masih mahu peduli..cuma perlu diketuk dan dilentur sedikit demi sedikit biar rasa pahit itu jadi pengubat dan terasa tawar.
      "Kalau nak CINTA,minta pada Allah.Cinta dari Allah itu antara nikmat buat hamba.Cinta dariNya akan datang pada masa yang tak terjangka dan tidak akan terhalang oleh sesiapa pun."
      Antara pesan ayah yang kerap menerjah bila sebut tentang cinta.Nasihat yang buat saya terus percaya Allah memberikan anugerah cinta melalui pelbagai cara.Memujuk rasa seandainya cinta itu diserahkan padaNya,segalanya akan lebih sempurna.Tiada rasa sakit hati,frust habis,kecewa,tension,ragu-ragu melainkan rasa bahagia berganda-ganda dan terus bersyukur seadanya.Saya juga remaja seperti anda yang pasti diuji dengan cinta,takut kehilangan kekasih,kurang percaya dan seumpamanya.Tapi saya juga dilatih dan kerap melatih diri sendiri bahawa kekuatan cinta terletak pada keyakinan pada pemberi cinta.
      "Tak penat ke kerja pagi malam.16 jam tu!7 hari seminggu pula tu!"
      "Kalau fikirkan mahu mengejar duit memang penatlah jawabnya.Jadi saya cari nikmat dalam bekerja.Kerja sebagai amal buat baik pada orang.Lagipun tugas merawat kan mulia.Menikmati pekerjaan dalam hidup."Itu antara jawapan abang sulung saya.Minda saya bangun dari arus beta.Bersyukur kerana saya dikelilingi dengan orang-orang yang merawat hati.Sekali lagi,saya muhasabah diri.Apa yang saya kejar?
     Banyak yang ingin saya tulis dan kongsikan disini.Tapi sekali lagi dibatasi kudrat pinjamanNya.Fizikal juga perlukan sedikit rehlah.Saya bukan mahu bercerita tentang kehebatan ayah atau ahli keluarga saya yang lain.
Tapi tunjangnya saya cuma mahu hati kecil anda turut sedar...kadang-kadang kita dikelilingi oleh ramai orang-orang yang positif.Mereka akan sentiasa mengetuk hati kecil anda untuk belajar memahami hidup.Mungkin mereka antara ahli keluarga terdekat atau bolehjadi sesiapa sahaja yang mungkin hanya anda lihat dengan sekilas pandang.Siapa tahu.Jadi belajarlah menerima apa jua rintangan dalam hidup anda kerana kita selalu tahu kasihNya itu selalu melebihi.HikmahNya selalu menemani..cuma buka sedikit mata hati anda untuk lebih merasai tiada yang lebih manis selain meyakini Dia selalu ada dalam tiap saat kita harungi ujian.So,hargai orang sekitar anda. =)

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..