Friday, 25 November 2011

Sabar dalam bersabar.




        Sebaris perkataan ditaip penuh maksud.Sebaris lagi penuh pengertian.Sejurus selepas itu,butang 'post' diklik dan terpapar status Facebook yang baru.Namun setelah itu,status itu dengan cepat dihapus dari dinding profil  FB miliknya.Segugus nafas berat dilepaskan seolah mengharap 'keluhan' itu umpama beban minda yang mudah terhapus dengan hembusan.Bukan mudah menjaga hati orang,fikirnya.Kadang-kadang,dengan perkataan yang mungkin tersalah erti oleh penerima atau dengan sedikit pandangan mata yang tersalah maksud,mahupun dengan senyuman yang tersilap tafsir,hatta dilakukan dengan tujuan yang baik.Hati si pemberi tentu takkan sama dengan hati si penerima.Malah hati sendiri kadangkali perlu diketepikan,hati sendiri sering tercalar,terluka tanpa tiada sedar hanya kerana mahu menjaga hati insan di sekitar.
      ‘Asyik aku je yang jaga hati mereka,habis hati aku ni siapa nak jaga?!’Bentaknya bergema sekadar di penjuru hati.Tidak terluah.Hanya berlawan dengan perasaan dan sebaiknya cuba ditapisi Iman yang menipis.
      ‘Takpe,Tuhan ada untuk jaga hati mereka yang menjaga hati hamba-hambaNya yang lain’pujuk hati kecil.
       ‘Memanglah…tapi masalahnya sekarang aku yang bersusah-susah,sedangkan mereka bukan ambil kisah pun.Tak peduli langsung!Aku ni manusia biasa juga,bukannya Nabi,Wali..Sabar aku pun ada batas.”Penjuru hati masih memberontak.Mahu menang.
       ‘Masalah tu datang dari Allah untuk menguji hamba-hambaNya.Bolehjadi orang di sekitar kita ni cuma sebab dan asbab medium ujian kesabaran kita.Kita rasa susah nak jaga hati orang,tapi sebenarnya masa itu la tanda Tuhan permudahkan hati kita untuk rasa tegal,tabah dan berharap padaNya.Lagi satu,sebab kita manusia biasa lah kita kena tahan sabar sikit,sedangkan Nabi yang confirm masuk syurga pun mahu bersabar dalam dugaan,apatah lagi kita?’
        ‘Sabar apa lagi?Sakit hati ni dibuatnya!’
        ‘Sabarlah dalam bersabar.Tiap yang sabar itu selalu mengingatiNya.Tiap yang mengingatiNya akan dapat ketenangan..’
        ‘Senanglah cakap,tapi yang mengalaminya payah!Bersabar macammana lagi? ’
        ‘Firman Allah ; Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]’Sabar dalam mengharungi dan sabar dalam memohon pertolongan dan solat.Itu kunci nak jadi penyabar dalam bersabar.’
         'Susah!Semua orang ada batas kesabaran.Tentunya ada beza antara kesabaran dan penindasan.Begitu juga pengorbanan.Tentu ada perbezaan antara pengorbanan dan kebodohan.Bersabar harus pada tempatnya dan berkorban harus kena pada tujuannya!'
         'Ya,Sabar itu memang pada tempatnya sebab itu orang yang bersabar meletakkan Allah di hati mereka.Bila Allah diletakkan bersama,segalanya akan berjalan dengan lancar dan kesabaran dapat meningkatkan iman kita padaNya.Begitu juga berkorban,jika lurus tujuannya maka tiadalah dipertikai akan soal balasan setimpal atau tidak.'
         'Jadi,tidak semua orang yang solat itu mampu bersabar.'
         'Usah mengukur kesabaran dengan solat.'
         'Solat kan dari hati,sabar pun dari hati.Bukankah sabar juga separuh dari Iman.Bukankah sepatutnya solat itu melahirkan kesabaran?'
          'Anda sendiri menjawabnya.Oleh itu,tidak semua orang yang bersolat itu memiliki kesabaran yang tertinggi.Oleh itu lakukan solat itu sebaiknya,setertib yang mungkin.Ini kerana solat itu cerminan akhlak diri kita sendiri.Bila kita dapat jaga solat sebaiknya maka hati kita akan terpantul untuk menjadi yang baik.Bersabar dan berusaha mengejar redhaNya.'
         'Kenapalah solat yang mudah itu kadangkala payah untuk diperbuat.Susah untuk istiqamah.'
         'Cabaran bagi kebaikan adalah istiqamah,dan begitu juga cabaran bagi segala keburukan ialah bertaubat sesungguhnya.Solatlah kerana mahu menyatakan kesyukuran padaNya.Usah terikat dengan pandangan awam yang meletakkan taraf baik buruk seseorang pada amalannya.Solat untuk mendapat redhaNya bukan untuk mendapatkan rela manusia.'
        'Tapi memang benar..solat itu kadangkala terasa berat untuk dilakukan.Walhal,tatkala solat hati kita belum tentu disitu.Masih menerawang ke tempat lain.Masih singgah pada dunia.Azan yang berkumandang pun terasa bersahaja dan bagaikan angin sepoi-sepoi yang berlalu.Hati susah benar terusik!Inilah realiti kenapa ramai orang meninggalkan solat mahupun melengahkannya.'
         'Cuba teliti situasi ini,seorang pekerja mahu meminta upah dan gaji tetapi tidak melakukan sebarang kerja malah tidak menghormati majikannya.Atau seorang hamba abdi yang sentiasa mendabik dada di hadapan tuan yang memberinya upah dari kerja.'
         'Memang kurang ajar.Mana adil seorang pekerja makan gaji buta macam tu!Satu lagi,dah nama hamba abdi sedarlah diri sikit.Takkan dia nak berlagak ego pula depan tuan sendiri.'
         'Begitulah juga solat.Semaikan rasa jiwa 'hamba',disitu baru kita rasa hidup kita bertuhan.Bila bertuhan kita akan sedar diri dan tidak sesekali menjadi seperti makan gaji buta.Diberi nafas percuma tapi sujud pun payah.Seandainya perkataan 'solat' terasa sudah lali,contohnya solat subuh,solat zuhur asar,maghrib dan Isyak.Gantikan perkataan yang memberi sentuhan rasa hamba,beri kelainan sedikit kerana kadang-kadang hati kita jahil untuk memahami bahasa arab dan menghayati maksud di sebalik istilah.Cuba ganti dengan ' sujud subuh' atau 'menghadap Rabb' atau 'Berdepan Allah' mungkin disitu kita akan belajar untuk merasai kebesaranNya.Bila dengar azan kita boleh tukar pandangan seperti 'panggilan Allah' dah kedengaran.Selagi kita masih hiduplah kita berkesempatan berdepan Allah,sujud dan mendengar panggilan Allah.Jadikan diri bermotivasi dalam beribadah kepadaNya.InsyaAllah hati mudah tersentuh dan mata hati akan terasah mengagungkan kebesaranNya.'

  Terdiam sejenak.Hati bertanya dan jiwa menjawab.Ya.Tidak perlu beri alasan kenapa perlu menjaga hati orang lain.Kenapa perlu bersabar.Lakukan dan hadapi sebaiknya.Waktu itulah sedikit sebanyak segala pahit,sakit dan perit mengajar untuk tabah dan ikhlas menghadapinya.Usah pertikai mahupun persoalkan.Tidak perlu agungkan pujian mahupun dambaan perhatian dan simpati orang lain.Lakukan sehingga kita benar-benar tahu apa yang dilakukan dan faham akan aturanNya.


    T A M A T  muhasabah hari ini.
Mode : Mata kuyu
2.27am
25112011
--Bersedia menghadapi kesukaran hari esok.InsyaAllah---

Seandainya kesabaran membuat anda belajar,jadi belajarlah bersabar.
Seandainya kesusahan membuat anda tabah,tabahlah dalam susah.
Seandainya kesakitan buat anda kuat,Berdayalah dalam sakit.
Sesungguhnya tiap ujian dan cabaran itu terselit hikmah yang telah tersusun atur perancanganNya.
Untuk mencari hikmah,belajarlah mengenal diri sendiri. ^__^
Belajar merasa untuk melihat dengan mata hati.

----"ok,cukup effa,teman tito...."mimie said...hihi

Wassalam.
       
   
        
        
       
     


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Wednesday, 16 November 2011

Hanya catatan biasa

 Hanya Catatan Biasa
Oleh : Cahaya Kemesraan


Assalamualaikum random readers (^___^)
   
     Alhamdulillah,saya masih ada kudrat untuk mengisi sesuatu dalam blog usang ini.Hmm..saya banyak menghabiskan luang waktu cuti dengan membaca novel dan diselang-seli dengan bermain sudoku.Sesudah tamat bacaan 'sutera bidadari' karya Ramlee Awang Murshid,saya teruskan dengan novel 'Isabella'.Novel yang saya idam2kan untuk dimiliki sendiri.Alhamdulillah...berkemampuan untuk membeli saat menemui di Popular dua hari lalu!


   Alhamdulillah...kerana buku2 ini banyak membuatkan saya terfikir dan berfikir pelbagai perkara,dan sedikitpun tidak mengurangkan waktu dan menggoyah kemahuan saya untuk meluangkan masa meneliti 'tafsir AlQuran' kecil berwarna hijau yang sentiasa temani saya.Dan sememangnya mudah untuk menghabiskan bacaan novel setebal 500-600 muka surat berbanding AlQuran kerana membaca firman Allah harus punya hati yang teliti dan gerak rasa memahami.
Sekali lagi,saya bukan memberi persepsi bahawa membaca AlQuran itu payah,tetapi saya cenderung kepada 'why not?' atau dengan kata lain..tidak perlu tunggu 'seru' atau jadi 'alim' untuk baca ayat2 Tuhan..baca tak faham pun takpe..sebab hidayah tu milikNya.Tapi bukankah bila kita membaca ayat-ayat tuhan kita selangkah mendekatiNya.Tak setuju??Jika anda baca hasil karya seseorang anda juga selangkah mengenalinya,bukan?
 

     Back to topic.Entri kali ni..seperti tajuk di atas.Hanya catatan biasa.Hanya sekadar ekspresi dan tidak terikat pada apapun.Dan mungkin benar di benak anda,saya memang banyak fikir!  

     Saya cuba menyelami novel Isabella.Kisah benar seorang rahib yang masuk Islam dan menjadi mujahadah.Kisah mengenai perbandingan Islam dan Kristian.Di sebalik itu,saya suka untuk memberitahu.. Saya juga seperti kebanyakan wanita di luar sana,gemar dan tertarik membaca novel cinta romantik.Tapi kebanyakan daripadanya tidak dapat memenuhi naluri saya kerana adakalanya sad ending dan susunan cerita yang indah tetapi untuk diimaginasikan pada realiti jauh sekali!Malah kadang-kadang hati saya merasa sakitnya apabila cerita itu mengagungkan lelaki dengan berperwatakan handsome dan digandingkan dengan memuji2 wanita yang diberi perwatakan cantik dan mempesonakan.Sedangkan saya yang membaca hanya orang biasa-biasa sahaja.
 

     Sebab itu saya lebih cenderung kepada novel yang bercirikan Tauhid sebab saya juga seorang wanita yang banyak jahilnya dan ingin mengenali pencipta.Semoga dengan mengenaliNya saya dapat memahami pahit dan manis hidup yang diaturnya dan mengajar hati saya untuk kental dan arif dalam membuat pilihan hidup.
  

   Hari ini,ada sesuatu yang tercerna di ruang minda saya.Saat bacaan doa iftitah dibaca waktu mengabdikan diri padaNya.Bagaikan terpukul sesuatu.Hingga membuat saya sedar akan sesuatu.
Saya cuba mengamati makna doa tersebut satu persatu.


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
        Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Amin.
       Saya sedikit tersentuh memikirkan rupa-rupanya selama ini Tuhan mengajar saya erti keikhlasan dalam doa tersebut."Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam". Selepas itu saya mula memahami rukuk dan sujud. Sujudlah kerana kita mensyukuri nikmatNya dan sebagai hambaNya sebenar-benarnya..kedua-duanya andai dilakukan dengan tawadhu dan penuh pengharapan pasti akan terasa benar jiwa kehambaan. Fitrah!

       Saya terkenang mimpi saya semalam.Ayat kursi yang tersekat-sekat yang mampu saya baca berulang dan berulang hingga terlafaz di bibir saat membaca isti'azah dan bismillah.Mengigau.
Akhirnya menyedarkan saya dari lena panjang.Istighfar sepanjang hari tatkala teringat mimpi berlawan syaitan itu.Mungkinkah terlalu banyak tenggelam dengan kisah laksamana Sunan atau.... selebihnya saya serahkan padaNya.Hati dan akal saya masih jahil memahami hikmah disebaliknya.
 
      Akhir2 ini,emosi saya banyak tergugat.Hati mula terasa penat.Otak pula semakin ligat.Jiwa bagai tak larat.Tapi terfikir akan nikmatNya yang tidak pernah putus,memikirkan tentang RahmatNya,lalu pujuk hati kembali mengejar redhaNya.Ikutkan hati mati,Ikutkan rasa binasa.Tapi kali ni biarlah ikutkan hati,kerana Iman letaknya di hati.Andai mati,tetapkan di hati..mati itu pasti,Hidup insyaAllah.Pasti hati yang dituruti itu bukan hati yang mati.
Sedikit nukilan buat catatan kerdil ini;

       Saya mahu :

      Menjadi baik pada orang lain bukan kerana menginginkan mereka memberi kebaikan kembali,hanya kerana Allah itu sumber segala kebaikan dan Dia suka segalanya yang baik.
     
       Menulis sesuatu buat insan lain bukan kerana inginkan perhatian dan mahu jadi tarikan tetapi kerana diri ini selalu diperhatikanNya dan semoga Allah menarik kita semua ke jalan yang diredhai.
  
   Adakalanya saya akan : 
  Banyak menangis dan tersentuh tatkala melihat orang-orang yang saya sayangi hatta hanya mendengar suara mereka dari jauh,bukan hanya kerana saya rindu tetapi saya merasakan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang buat hamba2Nya kerana Dia melembutkan hati2 orang yang saya sayangi untuk turut menyayangi malah mendoakan kebaikan saya dunia dan akhirat.
 
    Kadangkala saya banyak mengeluh dan merungut pada orang sekeliling dan insan rapat,tapi bukan kerana saya putus asa dan malu mengadu pada Tuhan Maha Mendengar.Bukan juga untuk tunjuk ketabahan dan tagih simpati.Tapi saya juga manusia yang selalu alpa dengan dunia dan kala itu ingatkan saya untuk gantikan helaan nafas keluhan saya pada helaan nafas memuji Allah..

    Saya sentiasa ingat dan diingatkan ayah:
 
   Saya tidak dikurniakan kecantikan yang mempesona dan saya hanya selayaknya wanita biasa,
   Saya tidak sebijak mana malah saya tidak tahu menyerlah,
   Saya tiada apa-apa untuk dibanggakan hatta menjadi dambaan mereka luar sana,
   Tapi cukuplah dengan mengingati Allah,
   Itulah kecantikan hati  yang boleh mencerminkan diri saya untuk memuji dan terus memujinya,
   Cukup dengan meminta semua dari Allah,
   Itulah ilmu yang membawa ke jalan yang diredhai dan menjadi hatimu serendah-rendah hamba pada Tuhan pencipta.
    Cukup dengan mengejar redhaNya dan selalu memuji kekasihNya Muhammad,
     Disitu pasti dunia ini terasa tawar kerana yang lebih manis adalah redha Allah....
     Disitu pasti sakit terasa nikmat kerana yang menyembuhkan adalah Allah.
     Disitu pasti tiada kekalutan dalam menghadapi ujian dan tiada lagi persoalan mencari hikmah ujian kerana jawapannya ialah Allah.

      Cukup disini catatan saya untuk muhasabah diri.Catatan biasa dan tiadalah daya upaya dan kekuatan melainkan dariNya.Segala sangkaan yang baik datang dari Allah.Saya hanya mampu meneliti,memahami,menghayati dan menaip apa yang ada di benak fikiran dan sudut hati melalui firasat seorang wanita biasa.

Tutup kata.
Wassalam...
161111-0255-Demak Laut,Kuching.
  

       

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Friday, 11 November 2011

Lensa Hati II (Bila Hati menulis)


       Hati ini ciptaan yang mempesonakan jiwa.Hati ini;walau sedalam mana kelukaan,walau seperit mana kepedihan tapi ia masih berfungsi dengan baik.Hati ini antara ciptaanNya yang membuat kami sebagai hambaMu ingin kembali pada fitrah dariMu.Sungguh kekuatan hati meneguhkan jiwa yang mudah goyah.
       Namun,kami akur.Dalam menyusuri realiti hidup di dunia ciptaanMu.Hati tidak pernah berhenti dari diuji.Malah Hati kami turut mahu menguji Hati Hati disekeliling kami.Padanya ada Hati kental,tajam tapi lebih banyak kental dan tajam itu melukai hati itu sendiri.
       Akur akan kehendakMu.Hati ini pasti menemui 'luka' yang memerlukan masa untuk sembuh.Akur akan Hati ini turut ada batasnya tatkala Hati kadangkala terasa letih dan penat untuk bermujahadah bersama hati hati lain.Akur akan hati ini perlukan rehat agar terasa segar semula untuk menjadi teliti, terus diuji dan teruji dan tidak teralih dari merasa pandanganMu.
       Oleh itu ,Lensa Hati II diilhamiNya agar hati berparut ini tidak terikat pada kesan parut luka semata tapi pada pencipta yang menjadikan parut itu sebagai tanda kental dan tabahnya HATI untuk redha diujiNya.Diingatkan lagi..semuanya dari DIA yang Maha Teliti.Hati yang menyelami,Minda yang berfikir dan jari-jari yang menaip semua atas izin dan milikNya.^__^
BILA HATI MENULIS

         
Hati saya terus berjalan dan disapa beberapa orang yang kurang dikenali.Tapi mereka mengajar saya aplikasi 'sabar' dan 'sedar' dalam hidup.Alhamdulillah.Hati ini terus mengembara di muka bumi Allah dan dipertemukan dengan beberapa insan yang rapat dan akrab.Keakraban yang membawa hati ini terusik dan terjentik berulangkali.Akhirnya membawa hati terdetik untuk memahami 'siapa' sebenarnya Harapan, Yakin, Cinta dan Ikhlas sebenar-benarnya.Alhamdulillah..

           HARAPAN bercerita : Saat kelahiran dirimu,aku dibawa bersama ibumu.Kekuatan yang terlahir dari ibumu kerana turut adanya aku yang mewarnai coretan bayangan bila bersamamu.Lantas dengan izinNya dirimu berjaya melihat dunia.Lantas kedua orang tuamu meletakkan aku pada dasar hidup hanya kepadaNya sebaik-baik Harapan.Dengan harapan itulah hatimu sebaiknya dilentur.Saat dirimu meningkat usia.Dari fizikalmu setinggi kerusi hingga ke zaman remaja dirimu melukiskan aku seindah yang mungkin namun kerapkali pudar dan dirimu mewarnakan kembali seterang yang mungkin.Kadangkala,hatimu meletakkan aku pada orang lain,namun bila orang itu melukakan hatimu,aku sebagai harapan mula terkikis perlahan dan dipersalahkan.Kadangkala hatimu meletakkan aku pada sesuatu seperti matlamat yang ingin dirimu kejar,pada harta yang dirimu idam-idamkan mahupun pada impian yang perlu dijadikan kenyataan.Namun ianya bersifat sementara dan kerana itu Hatimu lebih banyak menangis dan menangis lantas harapan pudar sendiri. Sekali lagi aku dipersalahkan kerana hadirnya aku sebagai harapan hanya mengundang sejuta tangisan kekecewaan.           

        HARAPAN berbicara : Letaklah diriku di tempat yang tertinggi,kelak bila aku terjatuh hatimu akan merasa 'sakit' yang terus menyedarkan dirimu.Letaklah diriku pada sisiNya agar hatimu tidak melupakan sebaik-baik pemberi.Letakkan aku dalam hatimu yang merendah di hadapanNya agar harapan yang dilukiskan sebagai tarbiyah dari seorang Pencipta kepada HambaNya.

          Hati mulai terasa damai.Benar.Harapan itu yang membangkitkan sang pendosa untuk bertaubat padaNya.Harapan itu yang membuatkan hati terus menerus memujiNya walau teruji fizikal dan nurani.Harapan jua yang membuat rasul tidak berhenti mendoakan umatnya hingga hujung nafasnya.

Lalu dari sang harapan hati dibawa mengenali sang Yakin. 

           YAKIN bercerita : Aku ada dalam hatimu kerana imanmu terletak di Hati.Tanpa diriku,hatimu tidak mungkin mengenali Maha Pencipta.Lawan bagiku adalah rasa ragu iaitu sifat bagi iblis dan syaitan yang suka menggoyah hambaNya.Setelah dirimu meletakkan harapan pada tempatnya,aku mulai mengiringi sang harapan.Hatimu akan terus diuji dan teruji dimanakah letaknya diriku dalam hatimu.Seandainya hatimu menangis disakiti adakah aku masih ada membelaimu?Seandainya engkau diberi kelapangan dan kemudahan,adakah aku sebagai 'yakin' dalam dirimu masih ada mengingatkanmu? Silap tafsir dan sering terlepas pandang,harapan tidak cukup seandainya hatimu tidak membawaku bersama.Yakin itu bukan sahaja perlu ditegas dalam hati tapi perlu ditunjuk agar hati-hati disekelilingmu turut merasai aku. 
          YAKIN berbicara : Bila hatimu sudah meletakkan aku dan harapan setingginya pada tempatNya. Apapun ujian yang menguji hatimu yang mungkin membuat hatimu menangis semahunya,hadirnya diriku sebagai 'yakin' yakni 'Iman' dalam dirimu sentiasa memujuk dan membelaimu hingga kesakitan yang dirimu rasai membuatmu tenang.Hinggakan kesakitan dan keperitan itu yang engkau dambakan.

          Hati mulai terpujuk.Benar.Yakin itulah yang membawa Adam dan Hawa yang berpisah dari Barat dan Timur bertemu di Arafah.Yakin itulah yang membuat ramai para sahabat mengejar mati syahid.Yakin itulah yang menggerak si buta membuka kakinya untuk melangkah selain dibimbing tongkat.
Yakin itulah yang membawa ajaran Rasulullah SAW menawan 2/3 dunia.Keyakinan membimbing hati mengenal sang Cinta.Cinta itu buta.Cinta itu segala-galanya.Siapakah cinta yang membuat dirinya disebut-sebut?


CINTA berbicara : Kerana hatimu diulit harapan dan dibalut yakin,akhirnya hatimu merasai aku.Aku dianugerahkan olehNya buat semua hambaNya dan hadirnya aku sejak dirimu masih tertatih untuk membaca dan berjalan sendiri.Cinta itu fitrah.Namun cinta yang sebaiknya fitrah,yang sebaiknya membuatmu merendahkan diri dihadapanNya namun sebaliknya.Cinta yang tidak didasarkan haluan dan tujuan yang lurus akhirnya membengkokkan hatimu dan hidupmu malah sebengkok tulang rusuk lebih baik kerana masih dapat dilembut dan diluruskan.Selagi aku ada,selagi itulah hatimu masih menghargai nafas percuma dariNya.Kekuatan cinta ini akan lahir seandainya mengagungkan sumber kekuatan itu.Siapa yang menerbitkan aku dalam jiwamu hingga melahirkan akhlak dalam dirimu?Siapa yang membawa kebaikan dalam dirimu hingga tiap-tiap musibah dan keburukan memotivasikan hatimu?Itulah dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala Cinta yang utama dariNya dan keranaNya adalah sandaran yang meneguhkan cinta-cinta selain darinya.

CINTA berbicara : Oleh itu bawalah aku ke dalam hatimu bersama harapan dan yakin,namun usah hatimu melebihkan aku pada sesiapa mahupun sesuatu selain dari yang Maha Esa.Melalui aku hatimu akan diajar keikhlasan dan melalui aku hatimu mendambakan REDHA lebih dari SyurgaNya!

             Terusik!Hati mana yang tidak terusik dengan cinta!Cinta itu membuat hati rela dan redha untuk berkorban.Hati saya terus memandang sekeliling dengan cinta..menyelami rasa itu sebentar.Rasa yang sungguh mendamaikan kerana cinta dibawa ke haluan pencipta.Hati saya terkenang pada rasa cinta yang dianugerahkanNya dan justeru mengingatkan diri saya betapa cinta itu datang dariNya dan semua milikNya.Hati diajar agar usah dipersoalkan rasa memiliki dan merajai cinta,serahkan cinta itu padaNya untuk mentadbir seiring dambaan redha padaNya.Lalu hati saya diuji dengan 'ikhlas'?Memahami disebalik perkataan ikhlas.


IKHLAS berbicara : Aku tidak perlu disebut untuk mengumumkan kehadiranku.Kerana hadirku atas rahmatNya meresap dalam jiwa seorang hamba secara diam.Aku tidak perlu dipersoalkan kerana jawapannya sentiasa tersedia tatkala hati hamba itu diuji sedikit demi sedikit.Namun aku perlu dipelawa ke dalam hati.Diajar dan dilentur melalui tarbiyah ke atas hambaNya.Usah mengejarku tiap masa kerana kedudukanku bukan rawak mahupun dibawa arus hidupmu.Ikhlaskan dirimu sehingga hatimu tidak mempersoalkan tentang keihklasan.Dambakan aku namun usah agungkan aku.Ikhlas itu amalan dari hati yang terzahir ke perbuatan dan perlakuan dan ucapanmu.Kadangkala,hambaNya turut memerlukan perantara iaitu insan lain untuk mengajarnya erti keikhlasan dan kadangkala ianya diajar melalui titik plot kehidupannya yang begitu teratur dirangka olehNya.Dalam pada itu,sesiapa yang belajar erti ikhlas tidak akan terlepas untuk teruji dari diam,tangisan dan rasa sepi,kerana ikhlas itu hadirnya meresap ke hati secara diam dan tersembunyi.Hanya Allah yang Mengetahui.

        Hati menangis menggantikan keluhan dan segala ucapan yang melemahkan jiwa.Merenung jarum jam yang sentiasa menjalankan kerjanya mengingatkan hati saya bahawa akan sampai suatu masa dimana jasad dimamah usia dan saat hati sahaja yang menjadi ukuran.Di sudut hati,saya mendoakan segala yang terbaik buat semua insan yang mengajar dan melenturkan hati ini untuk lembut mengingatiNya.Di kejauhan,saya mendoakan agar hati ini terpelihara dan cukup redha sebagai dambaan.

Alhamdulillah....serta-merta membawa hati kerdil ini rehat merawat luka. =^ . ^=


~Salam Jumaat~

11.11.11@05.23pm@Musafir di bumi Tuhan.

        


  
      

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..