Friday, 22 July 2011

Segalanya tentang HATI . . .


Assalamualaikum readers~
Alhamdulillah atas rahmat masa dan ilham untuk menulis petang ini...

   Ya.Segalanya tentang Hati..Setiap perbuatan dan tingkah laku jasad kita adalah cerminan dari hati,setiap buah fikiran serta lontaran perasaan kita juga adalah refleksi dari sekeping hati.Kekuatan yang lahir dalam mengharungi segala kepayahan,kesakitan,tohmahan fitnah atau apa jua cabaran...sebenarnya bermula dari Hati.

  Mungkin bagi segelintir,persoalan yang kita lontarkan kali ini agak remeh..dan mungkin juga segelintir itu perlu memeriksa kembali..di manakah anda letakkan 'hati' dalam setiap tindakan anda.^ __^

Baiklah..kembali pada topik daif tadi..saya amat percaya.Hati adalah anugerah Allah yang tidak ternilai selain dari akal fikiran untuk membezakan kita dengan makhluk lain.Anda boleh lihat buktinya bahawa persoalan 'hati' dan perkataan 'hati' terdapat banyak di dalam Al-Quran mahupun hadis.Saya juga percaya..hablumminnallah ( hub.dgn Allah) dan hablumminannas (hub.dgn manusia) amat berkesinambungan dengan hati..apatah lagi hubungan kita sesama saudara.Pokok pangkalnya kita dalam menjalinkan ukhwah bukanlah dengan menjaga keperluan luaran atau lontaran perkataan yang manis-manis sahaja tetapi menjaga 'hati' mereka.

Di sini,saya kongsikan sedikit madah fikiran untuk kita buka sedikit jurang hati kita untuk transformasikan hati kita pada sebuah persepsi yang insyaAllah akan memberi refleksi pada mata hati kita.

1.Kadang-kadang kita terasa kita TAHU apa yang diingini hati kita..apa yang dikejar hati kita,tetapi apabila kita diuji (dalam situasi mengejar keinginan/cita-cita hati kita),kita bagaikan putus asa.Walhal,kita telah memberikan sepenuh hati dalam matlamat yang hendak dicapai...Oh,rupa-rupanya kita terlupa untuk meletakkan matlamat pada hati kita sendiri.Sejauh mana matlamat yang hendak kita capai,tekadkan dalam diri..sekuat mana hati kita akan bertahan pada rintangan dan cabaran.Maka dari situ kita akan sentiasa ada jalan untuk regenerate ataupun update hati kita kepada kedudukan yang lebih baik selain dari matlamat yang hendak kita kejar.

2.Kadangkala,kita meletakkan sepenuh hati pada 'sesuatu' yang memberi ketenangan pada hati kita.Contoh mudah,Cinta.Remaja khususnya;seringkali bercinta sepenuh hati,tak salah..tapi hati yang bagaimana kita cetuskan untuk memenuhi cinta kita?Adakah hati yang meletakkan ukuran 'sesuatu' sebagai pengikat cinta kita?Hati yang terikat pada 'bahagia' untuk memiliki tanpa memahami haluan untuk ke arah memiliki. Bagaimana pula seandainya kita diuji,cinta itu bukan untuk kita..bagaimana agaknya hati kita menerimanya? Adakah masih dengan sepenuh hati?Jadi letakkanlah sebaiknya 'cinta sepenuh hati' kita kepada sebaik-baik sandaran yang mencipta hati.Kerana hanya DIA yang mengetahui dan memegang kekuatan hati kita untuk mengharungi liku-liku di hadapan yang masih belum pasti..

3.Kadang-kadang..dalam menjaga hati kita dengan cermat..Kita seringkali lupa akan hati-hati insan di luar sana..sedangkan..hati mereka diluar sana turut penjana kepada kematangan hati kita sendiri.Mungkin kita terlalu memikirkan keperluan diri,perasaan diri sendiri tanpa memikirkan setiap tindakan kita yang mahu menjaga hati sendir tetapi menimbulkan bebanan pada hati insan yang lain.Malah,kerana sikap ambil remeh kita pada hati orang lain,tanpa sedar kita sebenarnya turut memandang remeh hati kita sendiri.Kekuatan hati tidak terbina dengan 'satu hati' semata-mata,tetapi seteguh mana hati kita bersatu.Contoh mudah ; ikatan kekeluargaan...tidak akan terasa kegembiraan seseorang individu jika melihat ahli keluarganya yang lain ditimpa musibah atau diuji dugaan berat.Jalan terbaik..hati yang bersatu.Bersatu teguh,bercerai roboh.

4.Dalam meletakkan matlamat pada hati,memberi sebaik-baik sandaran pada sang hati dan menyatu-padukan hati-hati insan lain...kita akan terus-menerus diuji.Semakin besar cabaran maka makin teguhlah refleksi hati kita samaada untuk terus berdiri ataupun undur diri.Kesinambungannya,Hati antara suatu ciptaan yang mana walaupun dekat dalam diri kita...dibentuk oleh kita sendiri..tetapi kekuatan dan keteguhannya adalah dari pencipta hati.Allah yang memiliki hati kita sepenuhnya.Berbolak-baliknya hati kita adalah kerana kekuasaanNya.Jadi...jangan sesekali berfikir orang jahat akan selamanya jahat dan sebaliknya,,kerana kita manusia lemah..Apa yang kita fikirkan..cuba istiqamahkan hati kepada kebaikan,dan dekatkan kepada pencipta..semoga dengan titik-titik niat dan perubahan itu sedikit-sebanyak dapat membersihkan langkah hati kita..

      InsyaAllah...itu sahaja mampu Effa kongsikan.Segala yang baik datang dariNya dan buruk datang dariNya atas kelemahan diri sendiri..
Wassalam..

Mode : Serba Kurang.

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Friday, 1 July 2011

Solat : The direction of LIFE

No reason to miss!

               Assalamualaikum my readers....Bertemu pada entri pertama untuk teratak 'fikir' Effa.Entri lain hanya dieksport dari blog lama jadi agak serabut sedikit.Yes,i'm writer but not the real blogger.(Lambat sikit update widget).>>>Kembali pada tajuk di atas<<

    SOLAT.Entri kali ni tidak akan menghuraikan 'hukum' atau pun hadis yang menekankan kepentingan solat.Sebab semua tahu,solat lima tu WAJIB.Tetapi sejauh manakah solat membentuk peribadi kita?Tepuk dada tanya Iman anda.
    Haluan Hidup?Solat lima kali,siang petang dan malam..mampukah 'exercise' sedemikian mempengaruhi corak hidup kita yang begitu besar 'ruang' dan 'dimensi peluang'.Jika YA,kenapa ada yang solat tak pernah tinggal langsung;tapi 'haluan' hidupnya seakan sama.Seakan statik di situ.Malah lebih tertekan!Di mana agaknya silap si hamba yang kehilangan arah ni?
   JAWAPANNYA :- Dimana kita letak 'hati' kita yang hina sewaktu solat?
           ~~~Jika pada Dunia,maka di situlah arah tuju solat kita~~
           ~~Jika pada takutkan ayah ibu marah,maka di situlah hala tuju niat kita~~
          ~~~Jika kerana mahu menunjuk,maka di situlah hala tuju menunjuk ke arah siapa kita~~

YA.Bukan mudah untuk Khusyuk dalam Solat.Sedangkan kita bukan keturunan para nabi,wali,alim ulama,mahupun Effa sendiri bukan bergelar Ustazah.Tetapi Khusyuk juga bukannya 'bakat' yang hanya ada pada sesetengah orang.Khusyuk juga bukannya 'skill' atau 'kepakaran' yang bertunjangkan ilmu semata-mata.Tidak kira bagaimana lancar dan cantik bacaan tarannum anda,secantik mana pakaian solat anda,mahupun Sefasih mana anda dalam Bahasa AlQuran.Bukan itu kayu pengukur kekhusyukan anda dalam solat.Kerana semuanya bermula dari HATI.Mata Hati anda yang anda asah untuk terus teliti dan sensitif pada signal-signal Nur.(Mudah untuk berkata bukan?Ya..tapi lebih mudah untuk melakukannya andai kita buka sedikit mata hati kita.Lihat sekeliling kita,apa yang menggembirakan agar mudah kita memujiNya;Alhamdulillah.Lihat juga apa kesukaran yang kita hadapi,tegaskan dalam hati;Astaghfirullah..InsyaAllah..semua ada jalan mudah yang tersedia.)

     Effa terbaca satu entri dari blog mana dah tak ingat..menceritakan tentang "Bagaimana Khusyuk dalam Solat?"...Sebenarnya khusyuk itu perlu dipupuk,dan yang penting kena solat dulu la baru fikir khusyuk ke tak..hihi..Terdapat senarai panjang yang mana harus dibaca untuk mengelakkan syaitan/jin mengganggu ruang masa solat kita.Lihat,Allah dah permudahkan jalan,bukan?TETAPI.....

     Agak mustahil bagi kita untuk khusyuk dalam solat yang mungkin ambil masa 15minit? 10 minit?ataupun 5 minit? yang mana apabila kita darab dengan 5 kali mungkin kita hanya 1 jam lebih atau kurang daripada itu dalam sehari untuk Solat.(Tak kira solat sunat,alhamdulillah kalau ada ya)..tetapi the rest of time yang mungkin 22 jam yang lain kita diulit dengan dosa.Bimbang dosa itu lah yang mempengaruhi ketenangan solat kita~Ingat,Kunci Khusyuk adalah Tenang.Macam ambil exam@periksa,kunci Fokus adalah tenang.Kalau kelam kabut semua tak jadi..Maka Hadirnya dosa akan mengikis ketenangan hati kita..


Comel kan baby ni!


    Jadi untuk mendekati Khusyuk dalam solat,maka rutin harian kita perlu didasari kerana Allah.Sebab itu dalam Islam ada doa makan,doa naik kenderaan,doa belajar,doa keluar rumah..sebab apa?Sebab hidup juga merupakan ibadah jika tunjangnya kepada Allah.InsyaAllah,kita akan perolehi ketenangan.Solat juga akan take care rutin harian dan peribadi kita.Lihat,di sinilah maksud Solat will direct our life.-Kind of give and take;Solat melengkapkan kehidupan dan Kehidupan turut melengkapkan solat.

   Bulan Ramadhan akan menjelma tak lama lagi.Lagi sebulan...Alhamdulillah..Tetapi adakah kita mahu meletakkan bulan ramadhan sahaja sebagai 'bulan ibadah'..bulan mendekati agama,Tarbiyyah jiwa.Jadi bagaimana 11 bulan yang lain?Sebab itu la masih berlakunya manusia yang bertopengkan syaitan dalam bulan suci ini kerana sudah terlatih pada tipudaya syaitan secara praktikal dan amali selama 11 bulan lamanya.Hingga bila nak diprogram untuk buat kebaikan pun payah.Jika ya pun hanya kerana 'Ramadhan'.Jadi,jangan bergantung sepenuhnya pada 'bulan ramadhan' untuk berubah ke arah kebaikan,jadi dermawan..jika 11 bulan yang lain kita tidak latih perlahan-lahan untuk berubah.Sedangkan.............
>>>>60saat x 60mnit x 24jam x 365 hari= (31,536,000 saat dalam setahun) dan (31,622,400 saat setahun )kalau tahun lompat..berapa saat kita akan terlepas dari catitan amal malaikat Raqib dan Atid?Berapa saat agaknya kita bebas dari 'pandangan' Allah??

Sekali lagi,Tegur Hati Tanya Iman..
Wallahu'alam...

Mode : (¬_¬)--adesh,sakit tengkuk!


 

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..