Thursday, 30 June 2011

ABouT me. ^ _ ^


Assalamualaikum.
Sebelum itu..setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat anda.Kesudian anda mengklik ruang ini bermakna anda sudi untuk mengenali serba sedikit tentang saya.Salam ukhwah.
Seperti yg anda tahu.Nama yg terpapar di ruang blog ini.
Nurrul Alifah Awg Norjalim @ Yusof adalah nama sebenar saya.Aleeffa Yusof adalah nama pena.Begitu juga Mia Effy dan Mia Effa.Sebelum ini saya juga dikenali sebagai Penulis Buta dan kini Pensel Tumpul.
Banyak nama kan?Reason?
Agh..anggap saja saya ni seorang yang banyak fikir.
Dan YA.Saya memang seorang pemalu dan pendiam.
Jadi kadangkala saya suka bersembunyi di sebalik 'nama pena'..

Kenali saya,kenali ekspresi saya.
Cintai saya.Oops!
Selitkan ingatan buat muslimah2 di dunia ini dalam doa pun sudah 'bahagia' buat saya.

Selebihnya?
Saya.
Hanya Insan Biasa.
Menulis kerana diilhamiNya.
Semoga menjadi dakwah kecil pada dan perantara kerdil diantara berjuta daie diluar sana.
Bukan kerana mahu menjadi 'alim' dan menjadi miss pop-ular.
Tetapi semuanya kerana mahu sedikit perhatian dari ALLAH.
Semoga dapat redhaNya.

Sekiranya anda lihat terdapat banyak KEKURANGAN dan kelemahan dalam diri saya.
YA.anda benar.
Itulah diri saya yang sebenarnya.
Sejujurnya.
Pada tiap sangka baik anda buat saya..
Saya hadiahkan setulus Al-Fatihah tanda syukur padaNya .
Kerana DIA menjaga dan menutup aib dengan sebaiknya.
Alhamdulillah.

Betulkan jika saya salah.Bimbing saya jika teralih arah.


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 9 June 2011

Buat seketika..





Saat jari jemari menulis,
Hati kadangkala terhiris,
Jiwa kadang terhakis,,
Mungkin bagi mereka agak mudah untuk menulis,
Mungkin jua terlalu senang untuk mengalun ayat,
Tapi bagiku bagaikan menjaga azimat,
Menyusunnya penuh cermat,
Mengaturnya penuh hemat,
Menulis dalam gelap,
Mengasah si mata hati yang malap,
Agar terus tabah pada haluan hidup..
Agar terus mampu berharap..

Tiada yang mungkin mengerti,
Tiada yang mungkin mahu memahami,
Bagaimana rasanya..
Menangis tanpa airmata,
Ketawa tanpa suara,
Meluah tanpa berkata,
Tapi memikirkan ayah disana,
Andai terluah segalanya,
Pasti senyumnya tawar,
Pasti harapannya pudar..
Mampukah?

Bertahun menahan rasa,
Menyembunyikan beban;berseorangan,
Hanya Allah jadi peneman,
Tika doa ditadah pasti airmata melimpah,
Saat ada mata memerhati,
Senyuman terukir mesra,
Manik jernih diseka segera..
Melihat teman bahagia dengan cinta,
Diri dihantui kekurangan mengecapnya..
Namun akur Redha pada jalanNya,
Cinta mungkin bukan segalanya.

Saat hadirnya seseorang yang mendekati,
Entahkan kerana simpati ataupun memang cinta di hati?
Menerima diri seadanya..seawalnya..
Lalu senyap berbulan lama,
Mungkinkah cinta itu sekadar yang ‘perlu’?
Andai maut tiba pasti dia terlepas khabar berita!

Dari maya ke pandangan mata,
Kali ini getaran terasa,
Naluri wanita tersentuh agak lama,
Mengaguminya,
Menghormatinya,
Tiap bicara tersusun kemas,
Tiap kata terlahir ikhlas,
Sedikit perhatian darinya..
Walau hanya dengan sedikit senyuman,
Cukup membahagiakan diri yang kerap terluka..

Aneh perasaan yang melanda,
Dibatasi keadaan dan kekurangan,
Biarlah diri bermimpi indah sekali sekala,
Menjadi pemerhati setia..
Mencuri sedikit senyuman buat pengubat lara,
Menggantikan dengan doa tanpa mengharapkan apa-apa..
Kerana itu sudah cukup membahagiakan..
Menguatkan langkah yang lemah.
Memapah jiwa yang hampir rebah..

Hadirnya membawa inspirasi..
Berkongsi buah fikiran,
Persepsi pada kehidupan,
Perspektif keindahan Islam..
Sememangnya aku jatuh cinta!
Atas perhatian yang membuat hati kadangkala berangan,
Menghanyutkan emosi lantas menghadirkan puisi-puisi,
Menguatkan jari jemari..
Tetap terus menulis..
Bukan sahaja untuk diri,
Tetapi ‘hati’ insan di luar sana..
Mungkin sepertinya..yang mahu mengerti.,
Saat ini,
Ku rayu mata agar terus lena,
Ku pujuk masa agar leka,
Biarkan diri bermimpi indah,
Walau sekejap Cuma,
Hingga bila tiba saat diri terjaga,
Cukup membiarkan aku tersenyum..
Agak lama..
Benarkan diri merasai bahagia..
walau seketika..
Benarkan diri merasai ketenangan,
walau kesepian..
Dengan ini,
Aku terasa bagaikan ‘hidup’ untuk selamanya..







Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..