Thursday, 21 April 2011

Salahkah menulis???



Assalamualaikum..
   Bila Effa menulis Entri ini,Effa dalam keadaan Waras cuma terselit 'luka-luka' hati yang belum sembuh.Bagaimana sakit jasad ianya takkan sama dengan sakitnya sekeping hati.Tapi Salahkah menulis?Ya..ini yang Effa harus lontarkan untuk santapan jiwa blog usang hamba.Izinkan Effa kali ni bicara sedikit tentang tuan empunya blog 'tidak pop-ular' ini.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”[Ali Imran : 139]
  Effa bukan penulis komersial..hanya berpaut pada gelaran 'penulis buta' yang sesetengah orang sahaja dapat menangkap maksudnya.Kehadiran blog ini pun antara lain hanya untuk 'muhasabah' diri sendiri dan lebih suka jadi tumpuan secara rawak dari para sahabat maya lain.Kebanyakan entri adalah hasil tulisan buruk hamba.

   Suka menulis.Masing-masing punya niat untuk menulis.Tapi sebaiknya tiap tulisan yang dibentuk biarlah membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri semata tetapi pada sesiapa yang membacanya.Masing-masing ada sebab kenapa ada blog.Menulis adalah suatu 'kepuasan' bagi seorang penulis buta macam saya dan sesekali tidak untuk memburukkan seseorang ataupun untuk mendapat 'tempat' di hati peminat.Tidak.



    Sekalipun anda punya kehebatan dalam membuat hujah,petah dalam bicara,dan walaupun anda gah dengan metafora tetapi jangan lupa,Setiap apa yang ditulis pasti ada 'amanah'.Bukan hati kita sendiri sahaja perlu dijaga dan dibelai-belai tetapi hati pembaca diluar sana juga amat penting.Sekali terluka pasti payah untuk dirawat.Pertimbangkan apa yang ditulis.Sebaiknya fikirkan dua atau tiga kali sekiranya mahu publish sesuatu entri apatahlagi yang melibatkan watak yang wujud di dunia realiti.Sekali wujud penceritaan pada watak itu dan tidak mustahil ianya menjadi 'aib' bagi watak realiti tersebut.Hati manusia tak pernah sama,mungkin bagi anda ianya 'biasa' dan kebaikan bersama..tetapi hanya Allah mengetahui hati setiap hambaNya.Sebaiknya jangan khususkan penulisan anda pada 'seseorang penama' melainkan diri sendiri ataupun secara umum.Malah yang paling penting hasil penulisan bukan untuk jadi bahan 'lawan' untuk penulisan yang lain.Menulislah kerana Allah pasti Allah memberi hikmah pada hati penulis atau sekitarnya.

   Ayat ini sering berlegar-legar di ruang kepala saya semasa menulis..sebab itu saya rasa sesuatu keindahan dalam Islam dan Iman itu perlu diceritakan..perlu dikongsikan..Dan selebihnya biarlah pembaca tentukan apa yang diperbetulkan apa yang tersilap,menyebarkan fikrah mahupun mengkritik penulisan tersebut.

Saad bin Abi Waqqas berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya” Nabi saw menjawab, “Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kuat dia diuji sesuai itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.”
(HR. Al Bukhari).

    Berdakwahlah dengan lemah lembut.Dan kebanyakan yang lemah lembut itu datang dari tulisan.Kerana biasanya tulisan dibaca oleh hati pembaca dan bila diterima jiwanya maka Alhamdulillah sungguh Allah yang Maha Mengetahui segala hikmah.Sebab itu berdakwah ini bukan hanya 'muncul bila perlu'..maksudnya bukan bila ada kepincangan akhlak baru muncul insan-insan yang mahu berdakwah.Dakwah itu sebaiknya bermula dari hati kita sendiri dan ia perlu bermula bukan kerana kadar situasi tetapi kerana keindahan berdakwah itu sendiri.Berdakwah juga bukan dilakukan secara 'straight' dan 'paksa' tetapi punya strategi-strategi halus dengan senjata-senjata mukmin yang kukuh.InsyaAllah...bukan sahaja mampu mengubah corak pemikiran mahupun cara pembawaan hidup seseorang tetapi khususnya ia dapat memberi 'makna' kehidupan dalam seseorang hamba Allah tanpa menjiwai rasa 'payah'!Indah kan berdakwah?

    Jadi ingat.Setiap klik ada dua hala.Dosa mahupun Pahala.Jika inginkan kebaikan hati orang islam yang lain sebaiknya cuba bentuk hati kita terlebih dahulu.Bila sesuatu dilakukan dari hati yang dijaga sebaiknya (Taqwa) pasti akan terserlah melalui keperibadiannya."Peduli apa orang kata.Ini hidup aku"..Buang persepsi sebegini dalam ruang kepala anda.Sedangkan Nabi Muhammad sayangkan umat apatah lagi kita yang tidak mahu hidup sebagai Ummah.Sekali lagi....Salahkah menulis??

  Jawapannya ada pada hati anda sendiri.Wallahu a'lam. (T_T)

(Mode : Hati Patah)


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..seandainya tulisanku ini bermanfaat buatku dan mereka yg membacanya,kau hadirkanlah manusia untuk mengambilnya dan kau berikan padaku hidayah dan pada siapa yg membacanya dan andainya ia tidak mbawa manfaat kau tutuplah pandangan mereka dari menjumpainya.Titipkan keikhlasan untukku dari segala ilham pinjaman dariMu dan segala puji kembali untukMu." Ameen.. (n___~)



“…cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” [At Taubah: 129]

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’’ [Surah Al-Baqarah: 45]

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf: 87]

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

1 comment:

  1. as'salam....untuk menulis tiada salahnya jika yang ditulis itu mendatangkan manfaat bagi yang membaca. Mudah-mudahan yang membaca diberikan taufiq dan hidayah dariNya. Yang penting adalah niat untuk menukilan. Apakah yang dinukilkan itu memberi manfaat bagi Umat Islam? jika hanya untuk diri sendiri adalah lebih baik tidak terlalu menceritakan perihal yang membolehkan diri itu terjerumus kearah sifat2 mazmumah yang menyebabkan segala amalan itu akan dicampakkan kembali kepada diri seseorang itu. Maka kuncinya adalah ikhlas kerana Allah Ta'alaa demi untuk menjaga kesucian agama yang suci ini. Insya'allah....Dia akan mempermudahkan jalan yang sukar.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.