Monday, 21 March 2011

Majlis Ilmu : perlu Berilmu atau Beradab?


Sekadar gambar hiasan



Assalamualaikum wbt,
Bertemu lagi dalam entri kali ini..(Walaupun sejak akhir2 ni Effa kehilangan jiwa untuk menulis,tapi Effa kan penulis buta..i dont need a reason to write something! <--hrp jgn slh fhm!haha)
Kembali pada tajuk yang agak sensitif malam ni.Pada jumaat lalu saya berkesempatan menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam yang dianjurkan Yayasan Mara dan Yayasan Ilmuan.Perbincangan berfokus pada Amanah pendidikan dan sesi seterusnya ialah Ramadhan ku kali ini.TETAPI saya tidak akan menghuraikan isi dari panel-panel jemputan,mungkin lebih kepada meringkaskan atau memberi sedikit ulasan tentang suasana Forum.Ya,tentulah ini bukan kali pertama saya menghadiri majlis ilmu sebegini.Persoalan yang saya lontarkan disini apakah dalam majlis ilmu perlu berILMU atau berADAB?

Jawapan saya : YA.Kedua-duanya perlu.

Kenapa?

Untuk mendapatkan suatu input dengan 'berkesan' kita perlu berADAB.Tetapi untuk memahami sesuatu 'input' yang dilontarkan kita perlu berILMU (walaupun ilmu tak setinggi mana),Penting bagi mengelakkan kesalahfahaman sesuatu input yang diterima malah bagi melahirkan individu yang bermotivasi tanpa pemikiran 'membabi buta'.Maksudnya disini,menerima semuanya tanpa akal fikir dan akhirnya input yang diterima kelak akan terputar dan terbelit dengan kefahaman 'direct' Sendirian Berhad tadi.Bukan kah susah jadinya??

Adab lebih merujuk kepada tatacara atau tingkah laku yang boleh dilihat dan memberi kesan kepada pemerhati sekitarnya.Manakala Ilmu pula lebih kepada sesuatu yang bermula dari dalam iaitu kesinambungan akal dan hati insan yang dimana melaluinya akan terpancar melalui tuturkata mahupun perbuatan seseorang.

Bicara saya selanjutnya disini,melahirkan rasa syukur yang teramat tinggi kerana hadirnya insan-insan ke majlis ilmu samaanda program ceramah dan berkaitan dengannya.Tetapi,bukankah lebih bak kita hadirkan bersama 'jiwa' untuk menghayati apa sebenarnya tunjang majlis ilmu itu.Tanpa sedar,kita menghadirkan jasad ke dalam suatu majlis ilmu,membawa hati yang penuh dengan 'lonjakan ingin tahu' tapi kita masih kehilangan jiwa 'paradigma mahu berubah'.Dimana silap kita sebenarnya?

Suka untuk saya selitkan satu pengajaran hadis dibawah.Daripada Abu Waqid al-Laitsi r.a berkata, "Rasulullah s.a.w. sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramahnya, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada mereka mendatangi Nabi s.a.w., sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam majlis itu, lalu dia duduk di situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang.


Setelah Rasulullah s.a.w. selesai memberikan pengajian, Baginda bersabda yang bermaksud,
'Perhatikanlah, ku beritahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya. Orang kedua malu-malu maka Allah malu pula padanya. Dan orang yang ketiga jelas berpaling , maka Allah berpaling pula daripadanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran yang dapat disimpul dari hadis berkenaan (dipetik dari blog sesalju.blogspot.)
 

1.Seorang alim yang menyampaikan kuliahnya hendaklah duduk di tengah-tengah murid-muridnya di tempat yang boleh di lihat dengan jelas oleh semua orang.

2.Disunatkan duduk dalam masjid untuk muzakarah yang membincangkan tentang ilmu.

3.Disunatkan membentuk halakah dalam majlis ilmu dan zikir.

4.Makruh keluar dari dalam masjid ketika sedang berlangsungnya ceramah tanpa alasan yang munasabah.

5.Disunatkan mendekati orang yang berilmu dalam halakah agar dapat mendengar penerangannya dengan jelas.

6.Seorang yang ingin bergabung dalam halakah jika melihat ada tempat yang renggang hendaklah ia duduk di tempat tersebut, bukan di belakang para jemaah.

7.Harus memberi pujian kepada seseorang yang membuat kebaikan.

8.Harus menceritakan tentang keburukan yang di lakukan oleh seseorang secara terang-terangan.

9.Orang yang terlebih dahulu menduduki suatu tempat dalam majlis ilmu maka jika ia kembali ia lebih berhak untuk duduk di tempat tersebut.

10.Kita hendaklah mengisi kawasan yang renggang dengan penuh adab tanpa menganggu para hadirin yang sedia ada.

11.Hendaklah duduk tetap di suatu tempat sehingga selesai pengajian atau ceramah melainkan jika ada keuzuran.


******************************
   Terima kasih kerana berjaya memujuk hati anda untuk meneruskan pembacaan di blog hina hamba.Ini bukan entri suka-suka,bukan juga entri menjemput dosa.Tetapi saya tak kata entri saya entri terpelajar cuma entri yang ingin mengejutkan minda-minda yang BUKAN tidur lena cuma selalu terlelap dan terhantuk di bantal yang empuk! (Pr0verb sendiri..haha)

    Apa yang saya ingin lahirkan di sini,kesal dengan segelintir tetamu yang hadir,suara panel jemputan nampaknya tidak memberi kesan kepada 'bibir' mereka untuk menutup bicara dan apatahlagi hati yang mahu memberi konsentrasi.Sedikit sebanyak rasa terganggu dengan 'Forum Perdana' mereka berbanding apa yang perlu difokuskan di hadapan.Hairan bila tangisan anak kecil mahupun panggilan telefon yang berdering kurang menggangu arus 'konsentrasi' saya pada masa itu berbanding 'bual bicara' forum belakang tabir.

      Semoga hati-hati kita akan terus diberi hidayah dan petunjukNya.Tapi harus diingat,dalam menjaga hati kita sendiri,kita sering mengabaikan hati insan sekitar kita.Walhal,tanpa sedar,hati-hati insan disekeliling kita kadang2 menjadi aset untuk mendekati ke pintu hidayahNya.Ya,saya sangat bersetuju bahawa hidayah itu bukan datang pada orang2 yang hanya tahu goyang kaki ataupun sekadar doa seminit dua tanpa mendalami makna.Tapi saya percaya hidayah itu perlu dicari,perlu didekati pintu-pintu nya...melalui syariatnya.Hatta,walau pandangan kita melihat insan itu agak malas atau seakan tidak berusaha,tetapi HATI nya jauh membuat lonjakan paradigma tanpa disangka.

      p/s - Pandangan mata selalu menipu dan tertipu.Pandangan hati selalu kurang tahu dan terburu!Sebaiknya kombinasi terbaik disterilkan dengan pandangan Iman.Kerana pandangan Iman mungkin buta di pandangan insan tapi mampu menerangi laluan jiwa Insan..ke arah yg lebih abadi.

Mode : Hilang dalam diam..(Mungkin hasil kerja kurang kualiti tetapi hati masih kukuh berseni)

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..