Saturday, 26 February 2011

Hanya Insan Terpilih


Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga dengan lafaz terpeliharalah syahadah dan akan lahir zarah keikhlasan dalam setiap atom perbuatan kita..^^

-Pernah tak anda rasa 'geram' kerana orang di sekitar anda terlalu mengharapkan anda semata-mata dalam apa jua tugasan?
-Pernah tak anda rasa hidup anda terlalu 'tragik' berbanding orang lain yang kelihatan agak kurang 'rintangan dan musibah'?
-Pernah tak anda rasa putus asa lalu anda membuat sesuatu pekerjaan dengan sambil lewa @ asal ada kerana tugasan atau bantuan anda selalu dipandang remeh apatah lagi mahu menghargai?
-Pernah tak anda mempersoalkan 'kenapa begini?' dan 'mengapa mesti aku?' dalam diari hidup anda?
-Sejujurnya,pernah tak anda merasakan anda hilang 'keikhlasan' dalam berbuat sesuatu??

Jawapannya :-Saya pernah menghadapi dan merasai semua situasi diatas!Mungkinkah anda??

**********************H a n y a  I n s a n  T e r p i l i h ********************************

  Hidup kita lahir dengan pelbagai PILIHAN.Malah Allah terlebih dahulu meletakkan pilihan utama yg sepatutnya menjadi tunjang atas apa jua niat yg kita pahatkan iaitu jalan ke Syurga atau sebaliknya.Setiap hari kita akan baca Al-Fatihah dalam solat ataupun sebelum tidur.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (AlFatihah : 5~7)

"Jalan yg Lurus dan bukan Jalan orang2 yg sesat"..Bukan sahaja dalam surah al-Fatihah malah dalam kebanyakan surah.(Rajin2 le buka tafsir yek..)

Persoalannya disini :"Memanglah aku tahu apa maksud jalan lurus tu..Jalan kepada kebenaran...tapi mereka takkan faham.Mereka tak faham apa aku rasa!Mereka tak rasa apa yg aku rasa!"


~Dimensi Iman : Masalah kita ialah penglihatan.Maksud penglihatan disini bukannya rabun atau tak mata anda.Tapi mata HATI kita!Bila kita memohon pertolongan Allah untuk tunjukkan jalan lurus atau beri hidayah dlm setiap doa.Allah tidak akan beri kita 'peta' untuk ke syurga atau hantar mesej samaada hidayah atau petunjuk dalam proses ataupun dah sampai.Tentu tidak!Tapi Allah beri kita situasi..situasi untuk memelihara 'hati' kita untuk menuju ke arah redhaNya.Atau lebih manis disebut 'tarbiyyah'..Melalui AlQuran pun Allah guna perumpamaan dan kiasan supaya kita lebih berfikir dan memahami maknanya serta meresap dan bergetar dalam dada.Begitu juga dengan hal di atas..Kita lebih memikirkan apa orang rasa..apa orang akan cakap..apa orang faham...Bukankah kita diberi akal dan ruang masa untuk memperbetulkan komunikasi kita pada Pencipta 'hati setiap insan di muka bumi' terlebih dahulu sebelum mengambil kira masalah komunikasi orang terhadap kita.

Persoalan : "Senanglah cakap tapi bila dah kena baru tau langit tu tinggi ke tak!Bila dah kena baru tau apa rasanya..Sakit hati!Marah!Macam sia-sia buat kebaikan bila diuji dengan macam ni!Nasihat orang senang ler..tapi bila sendiri kena susah gak nak buat!"

Perspektif Iman : Ya.Senang dan Mudah.Refresh kembali kepada kekuatan hati kita:-Niat dah betul,ikhlas kerana Allah..Tapi kita mungkin terlepas pandang pada kekuatan hati turut dipengaruhi dengan betapa teguhnya kepercayaan dan keyakinan anda dengan enam rukun Iman.Bila kita kurang memahami haluan rukun Iman tersebut..susah bagi kita untuk memahami situasi tarbiyyah yg Allah hadiahkan kepada kita.Sebenarnya kita memang hidup dengan pilihan.Kita tetap diberi peluang untuk memilih..tapi dalam masa yg sama Allah sudah ada ketetapan dan PILIHAN yang tentunya lebih baik dari kita.Pilihan dari Allah sukar difahami secara teori dan memerlukan masa serta kekuatan doa untuk memahaminya.Contoh paling mudah:- jodoh.Tidak semestinya kita akan mendapatkan jodoh dari apa yg kita planning dan idam2 kan selama ni.Malah mungkin pasangan kita jauh dari apa yg kita bayangkan.Bila hidup bersama selama beberapa hari mungkin takkan nampak apa hikmahnye..tapi bila dah bertahun dan lahir pula anak2..insyaAllah hati yg terpilih akan nampak hikmahnya.Seandainya rumahtangga tidak bahagia..gaduh sana gaduh sini.Bukan Allah tak sayang,tapi sebab Allah sayang la...situasi2 sedemikian hadir dalam memperbetulkan akidah dan topup 'iman' kita untuk mudah menuju ke SYURGA~

Sekian celoteh hamba malam ni..ngee..mata diselubungi keletihan sedikit.Semoga bertemu di lain entri..(sebenarya nak tulis panjang lg..tp dah ngntuk..haha)
InsyaAllah...jangan lupa doa agar Allah bersihkan hati kita ^^

Wassalam ~



Mode : Agak Tenang ~




Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Tuesday, 22 February 2011

Salam buat CINTA!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

Assalamualaikum readers!

Alhamdulillah..syukur kerana jari masih sudi mencoret blog hina ini dan hati masih mahu berbicara di sini.Jujurnya saya agak kekok dengan tajuk entri di atas apa lagi untuk memberi huraian tentangnya.Tapi harus diingat,saya bukan menggalakkan anda bercinta,saya juga bukan mahu menghuraikan hukum bercinta dalam Islam apa lagi untuk memberi kata-kata motivasi tentang cinta! (sungguh,saya amat kurang arif dalam hal ini)

Entri ini muncul dengan kekuatan hati yang mahu berkongsi sedikit pandangan saya tentang CINTA.Mungkin juga entri kali ini akan bersifat agak 'personal'..sedikit sebanyak membenarkan ruang privasi hadir walau cuma sebentar.Amaran bagi yang bukan 'free mind',tak payah baca sebab ianya mungkin menjemput kebosanan ataupun rasa menyampah pada anda..haha..

CINTA??
Masing-masing punya persepsi tentang CINTA.Begitu juga saya sendiri..Ada yang mengatakan cinta itu perlu dicari,dikejar..dihargai dan banyak la..Mereka juga mengatakan cinta itu hadir dengan pengorbanan..subur dengan keikhlasan..Mereka juga mengatakan cinta itu punya beberapa peringkat..cinta kepada Tuhan,Rasul,Ibubapa..Kawan..BF mungkin..GF kot...Apa yg anda faham tentang Cinta sebenarnya??Adakah dengan memperjuangkan cinta serta berkorban untuk mendapatkannya?Atau mungkin dengan mengejarnya dan mencuba andai ada nasib,dan jika tiada pergi begitu sahaja??Argh...Cara saya menulis seperti saya mempunyai fikiran negatif tentang cinta,bukan?

Tidak.Tentulah saya juga seperti anda di luar sana yang menganggap cinta itu sebagai sesuatu yang indah dan memButakan kita pada suatu kelemahan.Ya.Hakikatnya saya juga manusia biasa dan mana mungkin lari dari rasa mahu dicintai dan mencintai orang lain..Hakikatnya juga..Cinta lah yang menghidupkan jiwa saya dan dengan Cinta jua la saya masih bernyawa dan menulis seperti sekarang.Hebat sungguh Cinta kan??

Cinta tentu tidak akan sama dengan suka.Bila 'suka' kita tidak akan cenderung untuk memperjuangkan rasa 'suka' berbanding rasa cinta hinggakan muncul la kisah laila majnun dan romeo juliet.Mati kerana cinta! Bila melangkah ke alam 20 an saya sentiasa cuba memahami cinta dan kadang-kadang gagal untuk mengawal dan menghayatinya.Saya juga pernah memberi ekspresi tentang cinta melalui puisi 'pilihanku' yang sememangnya menceritakan tentang impian terpendam saya.Malah tahun lalu sekali lagi saya cuba mengekspresi kan jiwa 'cinta' melalui puisi 'Aku Jatuh Cinta' dan 'Nafas CintaMu'.Malah kesemua cerpen saya turut bertemakan 'cinta'.Nampak tak??Jiwa saya berusaha memahami cinta secara teori dan cuba sedaya upaya menghayati dan mengaplikasikan ke dalam realiti.Mana mungkin saya mampu lari dari cinta kerana nyata kebanyakan penulisan saya bertemakan tentang cinta.

Bila sebut tentang cinta,Akal dan Hati saya akan seraya fokus pada Firman Allah di bawah :-

.............boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (QS Al-Baqarah 216)
Fikiran dan ruang jiwa saya juga diterjah kata-kata dibawah:-

Cintailah orang yang kamu kasihi sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi di suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah orang yang tidak kamu sukai sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi di suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu cintai. [ Sunan at-Tirmizi - no: 2065. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami' as-Saghir - no: 178]
Serta ayat dibawah berlegar-legar seakan berkibar megah agar maknanya difahami -
 
"If you love someone set it FREE,If they come back they are yours,if it doesnt,it never was"


Sekali lagi saya seperti dihantui teori-teori cinta.Apa yang dimaksudkan Cinta yang sebenarnya?Apakah yang dimaksudkan dengan 'set it free'?Adakah dengan membiarkan dan melepaskannya pergi?Bagaimana kalau itu satu-satunya peluang dan kemungkinan besar kita akan menjadi orang yang rugi! Kenapa pula hanya mencintai sekadar sahaja dan berkemungkinan membencinya di suatu masa?Apakah cinta juga mengundangkan rasa benci?Dan adakah kita perlu mencintai sesuatu yang kita benci??

Amat sukar saya memberikan jawapan melalui huraian.Tetapi pandangan cinta saya lebih terarah kepada siapa sebenarnya yang memberi/menganugerahkan rasa cinta kepada hati-hati manusia yang dipilih.Kadang-kadang kita lupa sebenarnya 'Cinta' antara ujian terbesar buat hambaNya.Betapa ramai yang sanggup bergadai Iman kerana Cinta yang dipertahankan? Bila kembali pada sirah,ramai pejuang Islam yang sanggup bergadai nyawa kerana agama!Ya..Cinta itu amat Hebat!

*****************SALAM buat C I N T A **********************


Ramai yang ingin tahu apa perspektif saya tentang CINTA.Ini jawapan saya tentang cinta.Mungkin ianya jauh berbeza dengan jawapan anda..tapi ini bukan fakta.Ini hanya pandangan peribadi saya.Perbezaan akan ada dan saya harap walaupun ianya tidak diterima baik tetapi saya amat merayu agar tidak diputarbelitkan dan menjadi salah faham pula.Jawapan ni lahir dari pengalaman yang mengajar saya pahit manis,kecewa,bahagia dan juga pengalaman dari insan lain serta nasihat dari ibu dan ayah tercinta,abang dan adik2 yang disayangi,insan yang hadir dengan izin Allah serta ilham dariNya.InsyaAllah.

Cinta itu Fitrah.
Sebagaimana kita lahir dari rahim ibu atas nama cinta dan rahmat dari Nya.Untuk mengejar sesuatu fitrah kita juga perlu kembali kepada fitrah.Bagi saya cara untuk kembali pada Fitrah hanya dengan mengenali siapa diri kita dan siapa yang memberikan rasa Cinta.Untuk mengenali diri ialah kita perlu kembali kepada Islam dan untuk mengenali siapa memberikan rasa Cinta kita perlu ada Iman.(Rasanya saya tak perlu hurai apa itu nikmat islam dan iman ye..)

Sebab tu ada pepatah mengatakan bila kita mencintai seseorang kita perlu' set it free'.Pemahaman mereka mungkin ia lebih kepada membebaskannya terus dan hilang dari hati kita.Tapi bagi saya ia lebih kepada membiarkan ia secara FITRAH.Cinta itu hadir kerana Fitrahnya kita sebagai manusia.Biarkan orang yang anda cintai itu menjadi diri sendiri dan kembali kepada fitrahnya iaitu mensyukuri nikmat Islam dan nikmat Iman.Setelah itu dia lebih memahami haluan cinta yang diredhai.Bila kita banyakkan bersyukur kepada Allah insyaAllah cinta itu akan melukiskan harapan pada tempatnya.Kebergantungan cinta pada sandaran yang kukuh.

Mungkin anda akan kata saya hanya tahu bercakap.Tapi hakikat..realiti..kebenaran yang tidak mampu disangkal.Sememangnya hati wanita mahu dicintai dan takut hidup keseorangan tanpa cinta dari sang Adam.Ya!Itu memang benar..Tapi dalam masa yang sama ..kita semua ada tanggungjawab sebagai khalifah dan hambaNya.Kita juga akan kembali menghadapNya pada bila-bila masa!Oleh kerana hati ini milikNya dan rasa cinta itu hadir dengan izinNya..oleh itu biarlah sesuatu yang kita cinta itu hanya keranaNya.Bila kita mencintai sesuatu atau seseorang,kita bukan saja takut kita terleka tetapi kita juga takut dia akan terleka,dan kita juga takut kita lebih mengingatinya setiap masa daripada mengingati Maha Pencipta.Apa ada pada cinta seandainya ia menambahkan meter 'lalai' dan kehilangan jiwa dalam mengucap 'syahadah' berbanding ungkapan cinta! =(

.:. Allah dah sediakan laluan dan pilihan.Cinta tak perlu dipaksa-paksa.Biarkan ia secara Fitrah.Naturally.Jika bercinta sekalipun usah terlalu banyak memberi komitmen kerana masih tidak ada ikatan.Islam dah beri cara terbaik iaitu dengan pertunangan dan perkahwinan.Serta jangan sesekali menguji cinta kerana tanpa sedar iman kita turut teruji!Usah meletakkan beribu-ribu janji sedangkan lebih baik ia digantikan dengan doa.Usah dikawal orang yang anda cintai..biarkan ia menjadi diri sendiri.Jangan sesekali membenci kerana cinta.~

Sekian..tu je la..dah meleret2 pulak!Maaf andai ada sesiapa terasa.Artikel ini tidak ditujukan khas untuk sesiapa pun sebab artikel ini dibuat kerana ingin menjawab persoalan tentang cinta  melalui perspektif saya.Saya tahu ada yang membenci saya..dan ada juga sebaliknya.Saya mohon maaf atas kekasaran ayat atau apapun ..ketahuilah saya juga hanya insan biasa!(Pintaku semoga ada ingatan dalam doa kalian)Maaf sekali lagi..Wassalam..

Mode : Berpijak di Bumi yg Nyata~~~









Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Friday, 18 February 2011

Bagaikan tasbih tiada penghujungnya~




Assalamualaikum ..,
 Sekali lagi berpeluang menconteng blog usang hamba..(Sambil berjanji dengan diri hanya 15 minit selepas tu masuk tid0!haha..) Izinkan hamba ber'Jiwang' di malam hari ni ye...kerana agak sukar terlena setelah terlelap kat s0fa ruang tamu malam tadi dan bermimpi buruk..(sampai mengigau dibuatnye! maybe i miss my m0m s0 much!)

Kembali pada tajuk di atas~
(Tajuk agak abstrak..jadi paksa minda anda memahaminye sendiri.ngee) Selama hidup di bumi Allah,dengan pengalaman yg lebih banyak pahit dari manisnya,namun kepahitan yg lebih membawa kepada kesedaran.

Adakalanya sesuatu itu tidak dapat difahami dek akal walau berapa kali ulang fikir,dan adakalanya sesuatu itu sukar diterangkan dek bicara walau bagaimana indah frasa ayat yang diluah atau dengan intonasi nada yang mengujakan.Dan sesuatu itu kadangkala hanya difahami oleh 'Hati' yang statusnya agak lemah dan kerapkali terluka.Lantas menjemput 'jiwa' yang membawa bersama menyelami apa yang bergetar di ruang hati.Kita kerap kali melontar persoalan yang sudah tersedia jawapan.

Kita kerapkali mencari ruang untuk mengubah perspektif insan lain dan berusaha menjadikannya seimbang di mata hati kita.Namun kita lupa..apa yang kita mahu ubah itu adalah 'Hati' insan yang diciptakan pencipta.Kita,dengan mudah mencela sifat hati orang lain..dan memandang hati kita jauh lebih bersih dari titik2 hitam yang lebih banyak di hati orang lain.
Percaya atau tidak..dengan berfikiran sedemikian rupa.Sedikit sebanyak kita melukis titik-titik hitam yang jauh lebih banyak dan mudah merebak di hati kita sendiri.Kerana apa?Bila kita lupa siapa pencipta 'hati',rasa jiwa hamba mudah pudar dan andai ia hadir sekalipun rasa jiwa hamba lebih kepada 'menilai manusia' daripada 'menilai nikmat yang Allah beri'..Hati itu milikNya dan teramat silap jika anda menyayangi seseorang (tmasuk ibubapa) dan hanya menjaga hati mereka secara lahiriah dan lupa mengingatkan mereka tentang Hati mereka itu juga perlu perlindungan dariNya. (contoh jeee...)

Izinkan saya hamba yang baru merasai jiwa Hamba ini berkongsi sedikit petua buat anda yang mungkin miliki jiwa yang sama dengan saya atau pun ingin mencuba sesuatu yang agak kolot dari saya..(ngee..mmg kolot pun) Untuk pengetahuan umum,saya bukannya dilahirkan dari keluarga tabligh namun saya bersyukur kerana mempunyai ibubapa yang sentiasa mengingatkan saya tentang timbangan amal untuk akhirat sana.Saya juga bukan keluaran 'sekolah aliran agama'..(pengetahuan agama saya jauh lebih sedikit dari anda di luar sana)..malah saya juga tidak berpeluang untuk meng'expose kan diri di mana2 surau berhampiran rumah kerana majoriti kawasan tempat tinggal di huni bukan Islam.Saya juga bukan seorang ustazah seperti di katakan sesetengah pihak..saya hanya seorang penulis buta~Saya juga bukan penulis berbayar @komersial! (walaupun artikel keluar kat akhbar..ianya sukarela je.)TAPI..semua tu bukan PILIHAN..malah ianya sebagai batu loncatan untuk cuba membawa diri saya mengenal keindahan dunia Islam yang sebenarnya.So...tak kira anda siapa dan berasal dari mana..Islam itu tidak membeza2kan anda.Semua sujud ke arah kiblat yg sama dengan syahadah yg sama..kan..kan..


Bagaimana nak bawa hati kita untuk mengingati pencipta (walaupun tak sepenuh masa..but try..)..selain dari masa solat?atau masa ibadah lain?Terus terang ianya amat sukar!Sedangkan untuk melakukan solat lima yang wajib pun sesuatu yang 'berat' bagi hati 'mudah leka'.Apatahlagi zikir?Selawat??huhuhu....Masa kat rumah,saya terpandang manik2 yang macam kalung digantung di tepi dinding..(seutas tasbih,betul ke penjodoh bilangan tu..hihi)..lepas tu masa kat kereta pun saya nampak benda tu tergantung cantik dan lebih kepada perhiasan.Cantik.Saya mula berminat untuk cuba menggunakannya sebagai 'kemudahan mengira' zikir,tasbih tahmid..(sebab nak kira pakai jari saya agak fail..hee)..Memang kolot!Orang berumur seperti saya menggunakan tasbih tu !Itu yang dikatakan sesetengah orang.Tak sesuai dengan trend! Pelik la!Macam orang alim la!Macam2 lagi...tapi cuba anda pecahkan tembok pemikiran sebegitu..pasti anda akan rasa..anda lebih mudah untuk berzikir (walaupun di luar solat)..Memanglah kolot sangat dan nampak pelik! Memanglah mungkin agak tak sesuai dengan orang yg bukan bertudung labuh dan berkopiah dan langsung tak sesuai dgn trend!(tasbih sy tu agak lama..nmpak cm dulu2 gak la..)..lagi satu orang akan pandang anda mengada2 sebab buat2 alim..huhu..Allah je yg tau keikhlasan kita.(Memanglah kita gunakan benda tu dapat ingat Allah tapi bukan kerana benda tu baru kita ingat.benda tu cuma nak memudahkan kita mengira ..)Bukan orang alim je patut ingat Allah..orang2 biasa macam kita la patut ingat Allah lebih banyak sebab hati kita ni jauh lebih lemah dari mereka.(so...ade sape nak hadiahkn tasbih kat saya tak..haha....gurau ek!)

 Baiklah..cukup lah hamba merapu.Dah lebih 15 minit ni.Bantal saya mula mengamuk kerana takde kawan nak tid0..haha...terima kasih sebab sudi buang masa baca post ni..hihi..c ya next time.insyaAllah...
Oh ya...Alhamdulillah for everything!! thanks2...

Nite ~ (2:33am ,18/02/2011,Demak Laut,Kuching,Swak..(mode: Agak letih n miss mama.))
Wassalam.

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Monday, 14 February 2011

Oh Ketagih Facebook!

Facebook is a drug!

Saya juga remaja seperti anda diluar sana..Mungkin sebab itu saya memberanikan diri tampil dengan tajuk agak ekstrem sedikit.Post ni bukannya bertujuan untuk memberitahu semua orang untuk menutup akaun FB anda..Silap!Post ini cuma perkongsian yang mungkin memberi ruang minda separa sedar refresh kembali.

Saya sendiri turut mempunyai Facebook dan telah dihack orang yang tak dikenalpasti siapa..tapi Alhamdulillah.Sedikit sebanyak ia membuka mata hati dan minda saya yang mungkin sebelum ini dalam keadaan terlelap atau terlena.Bila kehilangan FB terasa begitu marah,geram,menangis,kecewa dan boleh dikatakan emosi saya pada masa itu 95% fokus pada kesedihan kehilangan profil facebook.

Alhamdulillah..setelah melafazkan beberapa istighfar dan zikir saya kembali tenang.Benarlah hanya mengingati Allah jiwa kita akan tenang.Pada masa itu,saya memikirkan mungkin semua ini ujian dariNya.Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.Kemarahan mulai pudar cuma rasa sedih tetap terasa dalam jiwa.Pada masa itu juga,hati saya kerap bertanya..kenapa saya menangis kerana kehilangan FB?Kenapa airmata saya mudah jatuh kerana kehilangan profil FB?Kenapa Hati saya mudah tercabar kerana laman yang dicipta Mark zuckerbergh tu??MasyaAllah...mungkin ada baiknya...Tanpa sedar,entah berapa banyak masa dalam hidup saya hilang kerana profil FB tu..adakalanya masa kepada FB lebih dari masa yang 5.Malah solat yang lima itu selalu pula lewat dan tidak kena pada tempatnya atau tertinggal gara2 banyak masa difokuskan pada FB.MasyaAllah...

"FACE-BOOK" sesuai dgn nama..patutlah kite asyik mnghadap profil FB alam maya ni.Nama pun Face Book..huh..buat anda diluar sana.Allah dah beri kita masa dan seharusnya kita hargai..Allah dah beri kita akal fikir dan sememangnya kita tahu dimana ruang privasi itu harus diletakkan pada tempatnya.Allah dah beri kita hati untuk menilai yang mana perlu diutamakan dan setiap klik oleh jari kita pasti ada arah tujuannya samaada yang benar atau menjemput pancaindera lain untuk turut sama menambah pendapatan dosa.Alhamdulillah....atas rahmat dariMu.Hati yang leka bila disirami dengan syahadah...Hati yang lalai bila diiringi zikir...pasti ada ruang 'hidayah dan taqwa' menyerap ke dalam jiwa dengan izin Allah..Usah jadikan Facebook is our life and our soul.Anda mampu mengawalnya.Gunakannya untuk ruang muhasabah diri dan ruang komunikasi dengan famili,persatuan atau apa2 yang bermanfaat lebih baik.


Bagaikan diari yang dikongsi,
Bagaikan hiburan yang tidak tahu jemu,
Padanya mata seakan tidak lena,
Padanya hati seakan tidak bosan,
Padanya jiwa terasa sentiasa segar!

Itulah suntikan tanpa sedar!
Tak terasa sakit malah membuatkan ketagih!
Dia bagaikan raja,
Mengawal masa dan kita sebagai hambanya!

Setiap satu klik tak peduli dosa pahala!
Alam maya yang mengaburi mata pada alam akhirat sana.
Aib dijaja dan tersebar dalam sesaat dua!
Riak menggunung dek pujian ditabur.

Perkongsian tanpa sempadan,
Pertemuan tanpa batasan,
Dari budak tadika,remaja dan yang sudah berusia..
pasti akan diselubungi rindu untuk menghadapnya
Itulah Facebook!


-14/02/11,Jam 1.28am,kg Limbongan Melaka (mode : agak2 mngantuk tp masih waras..haha..)~

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Tuesday, 1 February 2011

31/01/2011 : Facebook 'Nurul Alyfa (Penulis Buta) siapa agaknya??!!


Assalamualaikum...

Malam ni aku hilang MOOD!!Siapa ye agaknya chips_menang22@yahoo.com ni?Kenapa agaknya kau nak sangat Facebook aku ek??Nak sangat jadi NURUL ALYFA ek?Thanks!Terima kasih awak sebab hack FB tu for the right time..u can take it all....but the truth u cannot be who i am..!

Post ni mencacatkan blog aku......dan mungkin juga wall nurul alyfa kan..eh,chips terasa ek!!Siapa awak agaknye..please do approach me..n tell me why u hacked my FB account?!!!Or u want to hack this blog too??U want my poems?My group??Or............nak perhatian ke?Nak burukkan my reputation??(adesh effa..jgn mengamuk kat blog sendiri.!)

Panjang kee...pendek ke aku tulis..cerita ni sama je.So,pendek cerita..do not trust this Facebook account ek..dan tuk semua kengkawan lama kat FB Nurul Alyfa ni..kalau sudi,please la add me back ye..
Email : misztatsuya@yahoo.com
atau search 'Nurrul Alifah'
atau leh tengok fb yg terpapar kat blog ni..^^

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..