Tuesday, 18 January 2011

Tik tok masa berdetik..argh..5 minit lagi!

  5 minit lagi..seminit lagi!Begitulah kita...licik sungguh makhluk bertanduk itu memperdayakan kita.Asetnya ialah MASA mengawal kita.Bukan kita yang mengawal masa!Hati kita yang lemah bila-bila saja akan terpedaya.Apabila MASA mengawal kita,tentulah kita termasuk dalam golongan orang yang rugi.Benarlah firman Allah dalam surah Al-'Asr ayat 1 hingga 3.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


  Azan berkumandang.Mata melihat pada jam.Sebaiknya bangunlah pada panggilan itu lebih baik.Kerana syaitan licik itu pasti membisikkan kita sesuatu..'Ala..awal lagi la,Matahari pun belum muncul lagi.Rehatlah dulu 5 minit..' Lalu alarm yang dipasang di telefon bimbit dimatikan atau ditangguhkan.Semoga ia berbunyi lagi.Pada waktu tengahari,zuhur pula menjelma..lihat lagi pada masa,lalu bermula lagi pelan terancang syaitan licik itu untuk terus membiarkan kita dikawal oleh masa.Jam sekian-sekian aku nak solat zuhur.Lantaran itu,adakalanya kita terpanggil untuk menunaikan solat zuhur dikala waktu asar semakin hampir! Refleksi sebentar,pernahkah anda mendengar sebuah masjid melaungkan azan Zuhur sebanyak 2 kali hanya kerana masih ada yang tidak berganjak didepan TV atau meja makan untuk menghadap Allah pada waktu zuhur tiba?Tidak bukan?Tentulah solat di awal waktu tidak sama pada solat akhir waktu.Contohnya,bila anda ada temujanji dengan pelanggan,atau ada interview..anda sengaja lambat menghadirkan diri.Mungkinkah ada panggilan kali kedua buat anda?Jika Ya,apa agaknya perspektif penemuduga itu pada anda yang lambat menghadirkan diri dalam sesi temuduga penting?Tentu jawapannya anda gagal menguruskan masa!

Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. "

Suka untuk saya selitkan 5 perkara yang pernah dinyanyikan kumpulan RAIHAN suatu ketika dulu.Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.Anda semua tentu tahu bukan?
-Sihat sebelum Sakit-Muda sebelum Tua-Kaya sebleum Miskin-Lapang sebelum Sempit-Hidup sebelum MATI-

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Muzzammil : 20)


Jadi kesimpulannya..Usah ada pepatah 5 minit lagi!Kerana panggilan menghadap illahi telah ditetapkan waktunya..dan masa itu kita tak mampu untuk mengelak apa lagi menangguhkannya.Tidak akan ada lagi butang 'tangguh'.Tidak akan ada lagi pinjaman masa 'advance'.Masa ini kita adalah antara orang yang benar-benar rugi.Jom ingatkan diri kita..bila lihat putaran masa...bila lihat peredaran siang dan malam.Ingatlah Allah yang mengatur segala-galanya.Ingatlah setiap minit sebenarnya adalah rahmat Allah buat kita untuk memberi peluang bagi kita beramal padanya sebelum hari pembalasan itu tiba.

(P/s : Nantikan artikel seterusnya...)

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Monday, 17 January 2011

Berapa umur anda sebenarnya?? Hari jadi 2 kali setahun??


Terkejut?Tapi ia memang benar!Ya..kita sebenarnya menyambut ulangtahun kelahiran 2 kali dalam setahun.Ulangtahun perkahwinan?Ulangtahun apa sahaja..Kerana kita adalah orang islam.Sebenarnya Minda dan jiwa kita telah dicorakkan yahudi untuk memandang kepada tahun Masihi semata.Sehingga Awal Muharram sebagai Tahun Baru umat Islam pun masih ramai yang tak tahu.

   Bagi membentuk 'Islamic Value' dalam jiwa kita.Ayuh,bermula hari ini..kita selami tahun hijrah.Jangan hafal bulan-bilan masihi je,tapi bulan-bulan islam kita masih tergagap pula!Bila kita ambil tahu tentang bulan-bulan islam,banyak kelebihan yang kita perolehi sebenarnya.Allah dah tetapkan amalan-amalan dalam setiap bulan islam dan fadhilat setiap darinya.Bila kita peka,maka ia adalah satu langkah untuk mendekati Allah swt.InsyaAllah..

   Effa lahir pada bulan julai,31hb tahun 1989.Kalau ikut kalendar islam..effa lahir pada 27/12/1409 atau 27 dzulhijjah tahun 1409 hijrah..Kalau perkiraan umur mengikut tahun Hijrah,tahun ini Effa sebenarnya berumur 23 tahun!Maka,Tahun ini Effa akan sambut ulangtahun kelahiran pada 31 julai dan satu lagi 23 November 2011 iaitu bersamaan tarikh kalendar hijrah 27 dzulhijjah.

  
Dalam tahun Islam ada 354 hari setahun berbanding dengan kalendar masihi 365 hari setahun .
Terdapat pelbagai kalendar Islam yang digelar kalendar Islam tabular yang bulannya dikira melalui kaedah hisab berbanding rukyah atau pengiraan falak. Ia mempunyai kitaran setiap 30 tahun dengan 11 tahun lompat dengan 355 hari dan 19 tahun dengan 354 hari. Bagi jangka masa panjang, ia tepat kepada satu hari dalam 2500 tahun. Ia juga menyisihkan 1 atau 2 hari bagi jangka pendek.

  Jadi benarlah Firman Allah dalam surah Al-'Asr :

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-'Asr)


 Jangan menyangka anda masih muda maka amalan ibadah hanya untuk orang berusia.Jangan sesekali terpedaya dengan 'masa'.Masa antara aset orang beriman dan antara 'senjata' makhluk bertanduk menjalankan tipudayanya untuk terus melengahkan kita!

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - (Al-Takaathur : 1)

Nak tahu hari lahir anda dalam tahun hijrah..jom -->

http://islam.com/islamicdates.asp?ct=%27yes%27

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 13 January 2011

Kerana sebiji bola,hilang budi bahasa!

050111 : Kerana sebiji bola,hilang budi bahasa!
Bahagia ke jadi bola?hee...


(aq tulis pada tarikh diatas,n lmbat share...jn marah yeee..)Walaupun tahun 2010 sudah berlalu,tapi kemenangan pasukan Harimau Malaya  meraih piala AFF Suzuki masih hangat terasa.Dipendekkan cerita,ia bukan lagi satu fenomena baru di laman sosial popular facebook bagi mengulas perlawanan dan memberi kesimpulan di wall post profil masing-masing.Semuanya mempertahankan pasukan Negara masing-masing.Baik Negara kita dan Negara jiran.
Sememangnya sukan adalah antara alat perpaduan yang menjalin keharmonian antara dua Negara.

TETAPI,apa yang ditekankan disini.Jangan kerana sebiji bola yang dikejar ke sana ke mari,kita juga turut berfikiran seperti ‘bola’ yang mahu disepak,dilontar dan ditendang dan menjadi bahan penentu perlawanan menang atau kalah.Effa bukan peminat bola yang fanatik,tetapi bila melihat sidang keji-mengeji,mencaci dan memaki hamun dibuat secara terbuka.Tahukah kita,tanpa kita sedari setiap perkataan yang tersilap dan ‘kotor’ lahir dari kotak pemikiran kita adalah mencerminkan diri sendiri? Lebih mengaibkan bila para majoriti yang memandang anda sebagai yang ‘cepat melatah pada yang remeh’ dan ‘menjatuhkan kredibiliti bangsa sendiri’!
Banyak lagi perkara yang menjadi prioriti selain membuka peluang untuk mendapatkan ‘dimensi dosa’ termudah di alam maya.Ingat!Bila anda memaki hamun atau mencaci,tiada siapa yang memandang tinggi pada anda!Tiada siapa yang bersetuju tindakan anda itu sebenarnya tindakan MULIA.Malah mereka beranggapan jika kata makian itu dikongsikan pada status facebook anda,ia hanya menjadikan anda sebagai golongan orang yang suka ‘MENARIK PERHATIAN’  kerana kurang DAYA TARIKAN??Itu persepsi orang terhadap anda!Persepsi majoriti.Maka sebelum berbuat sesuatu,fikirlah dengan akal!Jangan terlalu iktkan emosi,kelak anda turut menjadi seperti sebiji bola yang rela ditendang dan disepak ke pintu gol untuk mendapat kemenangan.Adat pertandingan ada yang kalah dan menang,jika takut melihat pasukan kegemaran kalah,maka seharusnya lebih baik tidur saja!

C0NTOH jer....
MODE: LU FIKIR LA SENDIRI!




Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Wednesday, 12 January 2011

AZAM 2011 : Antara Persepsi dan Strategi

meaandnerd.blogspot.com

Assalamualaikum wbt,
Terutamanya selawat dan salam buat rasul junjungan kita nabi Muhammad saw dan para sahabat baginda.Buat pengunjung blog yang sudi menatap coretan hamba,buat sahabat perjuangan,buat sahabat alam maya.Khas dari inspirasi ayahanda dan bonda serta insan-insan yang menyayangi diri Effa yang daif.Salam ukhwah dan salam kasih sayang!

Lama tidak menjengah ke alam maya!Mari sama2 doakan semoga kita semua diberikan nikmat kesihatan agar dapat meningkatkan amal padaNya,InsyaAllah! (Gara2 alergi dgn ubat pain killer,diriku terpaksa menanggung kesan sampingan beberapa hari ini.Alhamdulillah,semoga ia menjadi kafarah membersihkan dosa..ameen!)

Di kesempatan ini,Effa mohon maaf pada sesiapa yang berkenaan.Mungkin ada yang kurang senang dengan kehadiran penulis buta@ Effa Aleeffa pada friend list anda.Atau pada sesiapa yang Effa terPAKSA block di Facebook.Effa minta maaf banyak2..


><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Kembali pada Topik di atas
AZAM 2011
Ya.Mungkin di fikiran anda artikel ini agak lambat dan agak ketinggalan kerana kita sudah berada di hari kesebelas Januari 2011.Selalunya orang membincangkan perkara berkenaan azam / target/matlamat samaada di penghujung setiap tahun atau pun pada 1 hb Januari kan.Tetapi ingin diingatkan,saya bukan nak suruh ubah azam anda..hanya ingin mengajak diri sendiri dan setiap dari anda yang sudah pun melepasi azam ini atau yang langsung belum mencapai azam ini untuk bersama-sama istiqamah dalam mengerjakannya.

Azam ialah umpama niat penggerak diri.Bagaikan suatu pembakar motivasi untuk bergerak maju menuju azam yang ingin dicapai.Kebanyakan dari kita memandang remeh tentang azam yang dibuat!Kebanyakan dari kita mempunyai persepsi yang negatif tentang azam.Ada yang mengatakan azam itu berubah-ubah mengikut masa,ada yang mengatakan “awal tahun je semangat,nanti last2 takde hasil juga!”..(sbg contoh jee..)

Tahukah anda kesilapan corak pemikiran inilah yang menurunkan meter ikhtiar anda,mengurangkan jisim ‘keyakinan’ anda,dan tidak hairan jika sesuatu dibuat tanpa perancangan,tanpa niat,tekad yang bulat..kemungkinan kita akan mengundang rasa putus asa dan berhenti di pertengahan jalan dengan usaha pada kadar minima.

APAKATA :
Kita beri anjakan paradigma pada MINDA dan JIWA kita..Ubah sedikit persepsi anda tentang Azam.Azam tahun ini kita tekadkan dalam hati,pakukan niat pada sandaran yang teguh.Pada yang sudah tahu mari kongsi tahu,pada yang belum tahu jom ambil tahu.

1.Azam perlu diTULIS!
Ya.Azam sepatutnya ditulis.Senaraikan pada satu kertas.Dan pastikan kertas itu disimpan pada tempat yang mudah dibaca.Kenapa?Ini kerana kelemahan kita sebagai manusia adalah ‘LEKA’ dan mudah ‘LUPA’.Sikap inilah yang membawa kepada ‘mood’ dan ‘keinginan’ yang berubah-ubah.Menulis azam sama la seperti anda mengikhtiarkan sesuatu untuk merealisasikan azam anda pada langkah pertama iaitu memakukan niat/meneguhkan niat! Menulis dengan hati sama seperti anda mengingatkan diri dengan sepenuh hati!

2.Azam perlu diLAFAZ!
Setiap azam yang dibuat memanglah bersifat peribadi.Tetapi untuk menguatkan azam ianya perlu dilafaz.Bukan pada semua orang sekitar anda,tetapi pada orang terdekat samaada keluarga mahupun teman rapat.Bukan kerana kita mahu berbangga dengan azam yang telah dibuat.Tidak!Tetapi apabila sesuatu azam dilafaz ia seperti anda membaja keyakinan yang tinggi pada diri anda untuk bergerak mencapai azam anda.Bila mereka tahu tentang azam anda,sokongan akan diberikan dan mereka juga antara pendorong anda untuk terus berusaha mencapai azam anda.Malah ia sebagai bukti bahawa anda yakin anda bukan hanya pandai berkata-kata tanpa ada usaha!

3.Azam perlu DOA!
Doa adalah senjata orang mukmin.Effa pasti ramai yang biasa mendengar perumpamaan ini.Benar.Doa sememangnya senjata iatu kekuatan kita.Kenapa?Bila kita berdoa dengan YAKIN kita telah meletakkan HARAPAN pada tempat yang BETUL iaitu pada Allah SWT.Apabila Allah menjadi kekuatan kita,apa lagi yang mampu melemahkan jiwa kita?Bila kita berdoa dengan seRAJIN yang mungkin,kita telah meletakkan USAHA kita pada jalan ISTIQAMAH.Apabila kita melalui jalan istiqamah insyaAllah kita tak akan kenal penat lelah mahupun putus asa.Tapi harus diingat..doa sememangnya senjata kita.Tapi senjata juga perlu kekuatan sendiri.Maka kekuatan doa ialah berDOA dengan YAKIN bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita (Tawakkal).

4.Azam perlu USAHA!
Menulis azam pada kertas lalu ditampal ke dinding,melafazkan pada orang tersayang dan berdoa sekerap mungkin tidak akan bermakna tanpa ada usaha.Tetapi,tentu anda hairan bukan?Mengapa ‘usaha’ diletak selepas azam itu ditulis,dilafaz dan doa?Sebagai orang Islam kita diajar untuk berniat dalam melakukan sesuatu,amalan yang dilakukan tanpa niat terutamanya tiada niat khusus semata-mata adalah sesuatu yang merugikan jiwa kita.Sebab itu kita mudah rasa MALAS dan LEKA.Maka,bila kita berniat dan menulisnya,melafaznya,serta berDoa mohon kekuatan dan petunjuk dariNya maka Azam yang kita ingin capai itu adalah azam dengan Iman.Tercapai atau tidak azam itu,Iman adalah diutamakan!

5.Azam berTAWAKKAL kepada ALLAH
 ‘Doa + Usaha + Tawakkal’ amat sinonim di pemikiran umat islam dan budaya kita.Tapi sejauh mana kita mengaplikasikan ke dalam azam kita,tanyakan minda rawatkan hati.Di sini,Effa takkan huraikan apa itu tawakkal,kerana Effa pasti ramai yang tahu apa itu Tawakkal.Tetapi apa yang perlu diterjah disini ialah refresh azam anda.Adakah azam yang dibuat itu mendekatkan hati kita pada pencipta.Apa kesinambungan azam yang anda ingin capai dengan titik haluan hidup anda? Sebagai contoh ye :- anda ingin bersenam setiap awal pagi 2 jam dan dua kali pusingan tasik,tetapi dalam masa yang sama anda membiarkan subuh 2 rakaat anda ekspress dua minit sahaja!Bagaikan mee segera! Bukankan sebaiknya nikmat kekuatan anda berlari itu diutamakan pada keteguhan kaki anda berdiri membaca surah dengan betul,kekuatan kaki dan bahu anda untuk terus sujud mengingati Allah?Pahatkan pada azam yang ingin kita capai,biarlah azam yang dibuat itu adalah sebagai ‘bekalan’ dan ‘keuntungan’ yang didebitkan pada akaun amalan kita.Setinggi mana pun azam yang dibuat,kita masih bergelar hamba Allah dan bernafas sebagai khalifah di bumiNya.

Wallahu a’lam.












Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Saturday, 1 January 2011

01012011 : HIBURAN DUNIAWI PARASIT JIWA!! (EDITED)

meaandnerd.blogspot.com


Assalamualaikum...

(Entri ini telah diedit..dan credit to any0ne that fix me right...jazakallahu khairan!)
Salam rindu,salam kasih sayang,salam ukhwah buat anda yang membaca entri kali ini dan buat siapa jua yang masih bernafas di bumi Tuhan ini!Alhamdulillah...bermula tahun baru masihi 2011.Apa yang pasti 2010 pasti memberi berjuta kenangan pahit atau manis dalam hidup kita!

Sebelum itu Effa mohon maaf berjuta-juta maaf kerana membiarkan blog seakan tidak ber'empunya (tak tahu apa nak sebut..)..Bukan kerana kekurangan privasi,bukan jua kerana masa tidak memberi ruang.hanya kerana kudrat dan jiwa yang agak terbatas.Sungguh,kekuatan itu ada pada ALLAH.Tuntas dari itu,Effa hanya mampu berdoa semoga dititipkan ilham pada akal dan perbuatan agar pancaindera ini memberi sinar ikhlas dalam setiap penulisan.

Alhamdulillah..syukur dipanjatkan pada Allah.Dengan luasnya rahmatMu dan pinjamanMu dapat jua jari ini memberi titik sedar pada hati yang leka.Mungkin hati itu tidak pada orang lain..mungkin juga hati itu ada pada diri sendiri yang kerap leka.Ya..Menulislah kerana Allah..InsyaAllah,pasti akan ada jiwa dihidupkan dari alpa.Pasti akan ada Iman yang dikejutkan dari leka.Kadang2 ragam manusia,dia sememangnya TAHU apa yang BAIK dan BURUK.Mereka juga SEDAR mana yang perlu diikut dan wajib ditegah!Tetapi GODAAN dan BISIKAN SYAITAN itu yang meLEKAkan insan yang lalai.Bagaimana?Bila kita terlupa kita HambaNya maka kita automatik akan lupa akan TUHAN..kita akan lupa pada amanah,pada akhirat!Pada titian siratulmustaqim yang bakal dilalui!Puncanya ialah Hati yg LALAI.Terleka!

Bagaimana LEKA itu hadir?Kadang-kadang kita terlalu bersemangat dan merasa kita sudah taat pada perintahNya..semua kita lakukan.Semua kita buat.Sebut apa sahaja,yang wajib yang sunat semua diperbuat.Tapi dalam masa itu kita masih kehilangan 'RASA' dalam JIWA.Effa begitu pasti akan ada yang merasa perasaan sedemikian.Kadang-kadang entah kenapa bila nama ALLAH disebut-sebut dalam zikir tidak memberi kesan?Kenapa laungan AZAN sekadar angin lalu tanpa tamparan sedar.Kenapa?Dalam Solat masih teringat akan 'future husband' atau 'future wife',teringat akan sms,akan urusan pelanggan..semuanya seakan tidak mahu berganjak memberi privasi pada ruang antara kita dan pencipta.Sedang duduk tahiyat akhir,jari telunjuk terangkat syahadah,hanya pada lafaz bibir tanpa menghayati maknanya!

Semua itu kerana LEKA!Bila Hiburan terlalu banyak disuntik ke dalam ruang jiwa seseorang hamba,bila ruang jiwa itu juga terlalu dicucuk dengan pelbagai cerita-cerita bersiri cinta dan romantika.Tatkala jiwa itu dihidangkan dengan keBAHAGIAan berupa material yang bertimbun-timbun,bila jiwa diracuni angan-angan kereta mewah,harta yang berjuta.Lihat?Bukankah ALLAH sudah menunjukkan betapa kekayaan di dunia itu merupakan suatu ujian berat buat hambaNya.Belum pun menjejakkan kaki ke jalan keKAYAan duniawi kita sudah pun dilemaskan dengan keKAYAan angan-angan tanpa Iman!

Bagaimana mahu Fokus pada rakaat dalam solat kalau dalam fikiran fokus pada dimana mencari WANG saraan lebih?Ya.Bagi mereka..wang yang bagi makan..kalau solat 24 jam pun takde guna..bukan boleh beri makan anak.Tidak lah sampai 24 jam tuan2 dan puan2 sekalian.Malah 1 jam pun tidak usah...andai 30 minit sudah memadai jika HATI diletakkan BETUL pada tempatnya.FOKUS. (INGAT: Allah yang beri makan..beri rezeki..beri nafas..<--Utama! Allah yang memulakan dan mengakhiri! Bukan wang saraan gaji kerajaan,bukan wang dari majikan..tapi ALLAH MAHA BESAR)
sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ”Wahai Tuhan kami ! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah Ali-Imran, 3: 190-191)

Titipan ini ikhlas untuk hamba-hamba ALLAH di luar sana.Kita menyangka..bila kita duduk di rumah,berkurung dibilik..kita tak diuji.Ya,kita akan terus menerus diuji untuk jadi bahan permainan syaitan.Sebagai contoh,kita mengelak dari keluar berduaan dan memilih untuk duduk berdepan Facebook atau alam maya..kita masih diuji dengan godaan lain.Kita masih dibisikkan sang tanduk itu..'ayuh..cuba buka link ini..link itu.."..mungkin juga kita akan diuji untuk memperli dan mencaci orang lain tanpa sedar!Lihat..kita masih diuji dengan cara yang berlainan.Jadi..sebab itu ruang mengingati ALLAH itu tidak terhad pada ruang solat semata!Tapi pada segenap masa!Kerana apa?Hanya dengan mengingati ALLAH akan menguatkan JIWA kita yang kerap digoda dan diuji berkali-kali.

Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada semua perkara), dan (menyuruh supaya kamu) menghadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan ingatlah Allah (dengan beribadah) mengikhlaskan (segala amal ibadah kamu) hanya kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya). (Surah Al-A’raf: 29)

Sekali rebah digoda,esok taubat lagi.Kali kedua rebah esok taubat lagi.Tapi bila kali ketiga,kali keempat rebah?Anda pasti diyakinkan makhluk bertanduk itu akan 'adanya esok hari' dan meragui 'ALLAH MAHA MELIHAT setiap tingkah laku kita!'..

Rasulullah saw telah bersabda mengenai anjuran untuk mengingat dan bertasbih kepada Allah:
"Perumpamaan bagi orang yang mengingati Tuhannya dan orang-orang yang tidak mengingat adalah seperti orang hidup dan orang yang mati." 
(sohih Bukhari wa Muslim)
"Perkataan subhanallah, walhamdulillah, wa Lailaha illallah, wallahu akhbar lebih aku sukai daripada terbitnya matahari." 
(hadith riwayat Abu Hurairah)
Rasulullah saw bersabda kepada salah seorang sahabatnya yang bermaksud:
"Mahukah kamu akan tunjukkan tentang perkataan yang berasal dari gudang syurga, iaitu kamu berkata: La haula wa laa quwwata illa billah." 
(sohih Bukhari wa Muslim)




Jadi kesimpulannya dari bebelan panjang ini cuma satu! Jangan LEKA!
Bagaimana??
-Kurangkan menyuntik hiburan-hiburan yang melekakan..bukan tak boleh.Boleh,tapi jangan terlalu BANYAK hingga kita akan hilang MINAT untuk menjadikan amalan sebagai hiburan utama untuk ke akhirat!Bila kita terlalu minat untuk mencari hiburan-hiburan lagha (remeh/sia2) maka amalan kita tentu akan hilang 'jiwa' dan 'rasa'.Kerana kita sudah ketagih dengan hiburan-hiburan yg diperlihatkan 'SEDAP' di mata kita oleh makhluk bertanduk itu!(taktik makhluk licik itu..bila kita sudah disibukkan dengan hiburan2 kita semakin JAUH dari mendekatkan diri pada ALLAH!)

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.  (Luqman :6)




-
ISTIAZAH : PAKSA diri membaca doa menghindarkan diri dari gangguan syaitan!Paksa diri membaca ayat alQuran walaupun surah pendek al-ikhlas!Kerana apa?Bila kita sudah cuba sedaya-upaya menjauhi HIBURAN yang diperlihatkan 'sedap' pada pandangan mata kita..tapi hati kita masih kekurangan santapan-santapan kerohanian.Bukan lah pada membaca Al-Quran semata-mata,tetapi dekatkan diri dengan aktiviti keagamaan,ceramah,rutin kerohanian..atau beri peluang pada masa mengenal ayat-ayat ALLAH.Cari HIBURAN di situ!InsyaAllah...Banyak kelebihan bagi kita mengkaji dan mendalami ayat-ayat ALLAH.Gantikan rutin 'menghafal lirik' kepada 'menghafal surah'..sukakan nyanyian..cuba belajar tarannum!InsyaAllah..Hiburan ukhrawi ada di situ!(Kelemahan Mahkluk bertanduk,tatkala ayat-ayat ALLAH dibaca penuh ikhlas dan yakin,KECUT dan GENTAR pada getaran 'keyakinan' itu!)

“Oleh itu apabila engkau membaca al-Quran, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah daripada hasutan syaitan yang kena rejam. Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.” ( an-Nahl : 98-99 )

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya"(Al-Falaq: 1~5)



-LAFAZ SYAHADAH tidak semestinya diruang SOLAT!
Inilah label pemikiran kita...ucap syahadah hanya pada masa solat..!Ingat!Syahadah antara RAHMAT ALLAH paling BESAR buat kita yang beragama ISLAM.Ia umpama HOT TIKET bagi masuk SYURGA ALLAH!!Peluang sang pendosa terbanyak dan terbesar..syahadah inilah yang memberi laluan mereka memasuki SYURGA walaupun pada tingkat terbawah.Maka...jika jiwa lemah,hiburan sukar dihindar..bagai ketagih yang dipatri ruang jiwa,doa payah dilafaz,Alquran payah dibaca! Ucaplah SYAHADAH sebanyak mungkin..ucaplah sehingga timbul getaran dalam kalbu.Ucap sehingga datang rasa MALU! Ucap sehingga hadir rasa TAKUT!Ucaplah sehingga jasadmu terpanggil membuat persiapan untuk AKHIRAT nanti!Ucaplah SYAHADAH masa anda diuji!Ucap Syahadah pada awal pagi..dan sebelum mata terlena berkali-kali.Moga dihadirkan hidayah dan taufik menerangi laluan hidup kita..InsyaAllah! (Ini lah beza kita dengan makhluk syaitan dan iblis terkutuk itu.Mereka mana mungkin mengucap lafaz SYAHADAH.Jadi..usah gentar sebagai khalifah.Lafazkan syahadah tanda CINTA kita yang agung hanya padaNYA!)

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;(Al-Insaan : 25)
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Al-Hasyr:21)



Hanya Allah yang Maha Mengetahui..segala kekurangan mohon diperbetulkan dan jutaan ALHAMDULILLAH buat sekalian pandangan mata yang menatap hasil tulisan hina hamba dan buat Jiwa yang sudi bersedekah ruang masa dan naluri pada tatapan entri kali ini) Semoga Allah memberi kebaikan buat kita semua!Ameeennn...

--->>>Terutama Selawat buat Kekasih Allah.Rasulullah saw dan para sahabat!Khas untuk ayahanda dan bonda tercinta yang sentiasa menjadi inspirasi diri.Buat insan yang mencintai diri yang tidak luntur 'ingatan' dalam doa...Semoga Tahun Baru ni memberi sinar cahaya dalam iman kita..Ameen...Sekali lagi..buat pembaca..terima kasih tak terhingga!<<<----

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
(Al-Munafiquun : 11)


Salam Kasih Sayang,
~Effa Aleeffa (Kenapa tukar nama kat FB?hmm...saje,mood tahun baru..hehe..)







Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..