Friday, 25 November 2011

Sabar dalam bersabar.




        Sebaris perkataan ditaip penuh maksud.Sebaris lagi penuh pengertian.Sejurus selepas itu,butang 'post' diklik dan terpapar status Facebook yang baru.Namun setelah itu,status itu dengan cepat dihapus dari dinding profil  FB miliknya.Segugus nafas berat dilepaskan seolah mengharap 'keluhan' itu umpama beban minda yang mudah terhapus dengan hembusan.Bukan mudah menjaga hati orang,fikirnya.Kadang-kadang,dengan perkataan yang mungkin tersalah erti oleh penerima atau dengan sedikit pandangan mata yang tersalah maksud,mahupun dengan senyuman yang tersilap tafsir,hatta dilakukan dengan tujuan yang baik.Hati si pemberi tentu takkan sama dengan hati si penerima.Malah hati sendiri kadangkali perlu diketepikan,hati sendiri sering tercalar,terluka tanpa tiada sedar hanya kerana mahu menjaga hati insan di sekitar.
      ‘Asyik aku je yang jaga hati mereka,habis hati aku ni siapa nak jaga?!’Bentaknya bergema sekadar di penjuru hati.Tidak terluah.Hanya berlawan dengan perasaan dan sebaiknya cuba ditapisi Iman yang menipis.
      ‘Takpe,Tuhan ada untuk jaga hati mereka yang menjaga hati hamba-hambaNya yang lain’pujuk hati kecil.
       ‘Memanglah…tapi masalahnya sekarang aku yang bersusah-susah,sedangkan mereka bukan ambil kisah pun.Tak peduli langsung!Aku ni manusia biasa juga,bukannya Nabi,Wali..Sabar aku pun ada batas.”Penjuru hati masih memberontak.Mahu menang.
       ‘Masalah tu datang dari Allah untuk menguji hamba-hambaNya.Bolehjadi orang di sekitar kita ni cuma sebab dan asbab medium ujian kesabaran kita.Kita rasa susah nak jaga hati orang,tapi sebenarnya masa itu la tanda Tuhan permudahkan hati kita untuk rasa tegal,tabah dan berharap padaNya.Lagi satu,sebab kita manusia biasa lah kita kena tahan sabar sikit,sedangkan Nabi yang confirm masuk syurga pun mahu bersabar dalam dugaan,apatah lagi kita?’
        ‘Sabar apa lagi?Sakit hati ni dibuatnya!’
        ‘Sabarlah dalam bersabar.Tiap yang sabar itu selalu mengingatiNya.Tiap yang mengingatiNya akan dapat ketenangan..’
        ‘Senanglah cakap,tapi yang mengalaminya payah!Bersabar macammana lagi? ’
        ‘Firman Allah ; Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [al-Baqarah: 153]’Sabar dalam mengharungi dan sabar dalam memohon pertolongan dan solat.Itu kunci nak jadi penyabar dalam bersabar.’
         'Susah!Semua orang ada batas kesabaran.Tentunya ada beza antara kesabaran dan penindasan.Begitu juga pengorbanan.Tentu ada perbezaan antara pengorbanan dan kebodohan.Bersabar harus pada tempatnya dan berkorban harus kena pada tujuannya!'
         'Ya,Sabar itu memang pada tempatnya sebab itu orang yang bersabar meletakkan Allah di hati mereka.Bila Allah diletakkan bersama,segalanya akan berjalan dengan lancar dan kesabaran dapat meningkatkan iman kita padaNya.Begitu juga berkorban,jika lurus tujuannya maka tiadalah dipertikai akan soal balasan setimpal atau tidak.'
         'Jadi,tidak semua orang yang solat itu mampu bersabar.'
         'Usah mengukur kesabaran dengan solat.'
         'Solat kan dari hati,sabar pun dari hati.Bukankah sabar juga separuh dari Iman.Bukankah sepatutnya solat itu melahirkan kesabaran?'
          'Anda sendiri menjawabnya.Oleh itu,tidak semua orang yang bersolat itu memiliki kesabaran yang tertinggi.Oleh itu lakukan solat itu sebaiknya,setertib yang mungkin.Ini kerana solat itu cerminan akhlak diri kita sendiri.Bila kita dapat jaga solat sebaiknya maka hati kita akan terpantul untuk menjadi yang baik.Bersabar dan berusaha mengejar redhaNya.'
         'Kenapalah solat yang mudah itu kadangkala payah untuk diperbuat.Susah untuk istiqamah.'
         'Cabaran bagi kebaikan adalah istiqamah,dan begitu juga cabaran bagi segala keburukan ialah bertaubat sesungguhnya.Solatlah kerana mahu menyatakan kesyukuran padaNya.Usah terikat dengan pandangan awam yang meletakkan taraf baik buruk seseorang pada amalannya.Solat untuk mendapat redhaNya bukan untuk mendapatkan rela manusia.'
        'Tapi memang benar..solat itu kadangkala terasa berat untuk dilakukan.Walhal,tatkala solat hati kita belum tentu disitu.Masih menerawang ke tempat lain.Masih singgah pada dunia.Azan yang berkumandang pun terasa bersahaja dan bagaikan angin sepoi-sepoi yang berlalu.Hati susah benar terusik!Inilah realiti kenapa ramai orang meninggalkan solat mahupun melengahkannya.'
         'Cuba teliti situasi ini,seorang pekerja mahu meminta upah dan gaji tetapi tidak melakukan sebarang kerja malah tidak menghormati majikannya.Atau seorang hamba abdi yang sentiasa mendabik dada di hadapan tuan yang memberinya upah dari kerja.'
         'Memang kurang ajar.Mana adil seorang pekerja makan gaji buta macam tu!Satu lagi,dah nama hamba abdi sedarlah diri sikit.Takkan dia nak berlagak ego pula depan tuan sendiri.'
         'Begitulah juga solat.Semaikan rasa jiwa 'hamba',disitu baru kita rasa hidup kita bertuhan.Bila bertuhan kita akan sedar diri dan tidak sesekali menjadi seperti makan gaji buta.Diberi nafas percuma tapi sujud pun payah.Seandainya perkataan 'solat' terasa sudah lali,contohnya solat subuh,solat zuhur asar,maghrib dan Isyak.Gantikan perkataan yang memberi sentuhan rasa hamba,beri kelainan sedikit kerana kadang-kadang hati kita jahil untuk memahami bahasa arab dan menghayati maksud di sebalik istilah.Cuba ganti dengan ' sujud subuh' atau 'menghadap Rabb' atau 'Berdepan Allah' mungkin disitu kita akan belajar untuk merasai kebesaranNya.Bila dengar azan kita boleh tukar pandangan seperti 'panggilan Allah' dah kedengaran.Selagi kita masih hiduplah kita berkesempatan berdepan Allah,sujud dan mendengar panggilan Allah.Jadikan diri bermotivasi dalam beribadah kepadaNya.InsyaAllah hati mudah tersentuh dan mata hati akan terasah mengagungkan kebesaranNya.'

  Terdiam sejenak.Hati bertanya dan jiwa menjawab.Ya.Tidak perlu beri alasan kenapa perlu menjaga hati orang lain.Kenapa perlu bersabar.Lakukan dan hadapi sebaiknya.Waktu itulah sedikit sebanyak segala pahit,sakit dan perit mengajar untuk tabah dan ikhlas menghadapinya.Usah pertikai mahupun persoalkan.Tidak perlu agungkan pujian mahupun dambaan perhatian dan simpati orang lain.Lakukan sehingga kita benar-benar tahu apa yang dilakukan dan faham akan aturanNya.


    T A M A T  muhasabah hari ini.
Mode : Mata kuyu
2.27am
25112011
--Bersedia menghadapi kesukaran hari esok.InsyaAllah---

Seandainya kesabaran membuat anda belajar,jadi belajarlah bersabar.
Seandainya kesusahan membuat anda tabah,tabahlah dalam susah.
Seandainya kesakitan buat anda kuat,Berdayalah dalam sakit.
Sesungguhnya tiap ujian dan cabaran itu terselit hikmah yang telah tersusun atur perancanganNya.
Untuk mencari hikmah,belajarlah mengenal diri sendiri. ^__^
Belajar merasa untuk melihat dengan mata hati.

----"ok,cukup effa,teman tito...."mimie said...hihi

Wassalam.
       
   
        
        
       
     


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Wednesday, 16 November 2011

Hanya catatan biasa

 Hanya Catatan Biasa
Oleh : Cahaya Kemesraan


Assalamualaikum random readers (^___^)
   
     Alhamdulillah,saya masih ada kudrat untuk mengisi sesuatu dalam blog usang ini.Hmm..saya banyak menghabiskan luang waktu cuti dengan membaca novel dan diselang-seli dengan bermain sudoku.Sesudah tamat bacaan 'sutera bidadari' karya Ramlee Awang Murshid,saya teruskan dengan novel 'Isabella'.Novel yang saya idam2kan untuk dimiliki sendiri.Alhamdulillah...berkemampuan untuk membeli saat menemui di Popular dua hari lalu!


   Alhamdulillah...kerana buku2 ini banyak membuatkan saya terfikir dan berfikir pelbagai perkara,dan sedikitpun tidak mengurangkan waktu dan menggoyah kemahuan saya untuk meluangkan masa meneliti 'tafsir AlQuran' kecil berwarna hijau yang sentiasa temani saya.Dan sememangnya mudah untuk menghabiskan bacaan novel setebal 500-600 muka surat berbanding AlQuran kerana membaca firman Allah harus punya hati yang teliti dan gerak rasa memahami.
Sekali lagi,saya bukan memberi persepsi bahawa membaca AlQuran itu payah,tetapi saya cenderung kepada 'why not?' atau dengan kata lain..tidak perlu tunggu 'seru' atau jadi 'alim' untuk baca ayat2 Tuhan..baca tak faham pun takpe..sebab hidayah tu milikNya.Tapi bukankah bila kita membaca ayat-ayat tuhan kita selangkah mendekatiNya.Tak setuju??Jika anda baca hasil karya seseorang anda juga selangkah mengenalinya,bukan?
 

     Back to topic.Entri kali ni..seperti tajuk di atas.Hanya catatan biasa.Hanya sekadar ekspresi dan tidak terikat pada apapun.Dan mungkin benar di benak anda,saya memang banyak fikir!  

     Saya cuba menyelami novel Isabella.Kisah benar seorang rahib yang masuk Islam dan menjadi mujahadah.Kisah mengenai perbandingan Islam dan Kristian.Di sebalik itu,saya suka untuk memberitahu.. Saya juga seperti kebanyakan wanita di luar sana,gemar dan tertarik membaca novel cinta romantik.Tapi kebanyakan daripadanya tidak dapat memenuhi naluri saya kerana adakalanya sad ending dan susunan cerita yang indah tetapi untuk diimaginasikan pada realiti jauh sekali!Malah kadang-kadang hati saya merasa sakitnya apabila cerita itu mengagungkan lelaki dengan berperwatakan handsome dan digandingkan dengan memuji2 wanita yang diberi perwatakan cantik dan mempesonakan.Sedangkan saya yang membaca hanya orang biasa-biasa sahaja.
 

     Sebab itu saya lebih cenderung kepada novel yang bercirikan Tauhid sebab saya juga seorang wanita yang banyak jahilnya dan ingin mengenali pencipta.Semoga dengan mengenaliNya saya dapat memahami pahit dan manis hidup yang diaturnya dan mengajar hati saya untuk kental dan arif dalam membuat pilihan hidup.
  

   Hari ini,ada sesuatu yang tercerna di ruang minda saya.Saat bacaan doa iftitah dibaca waktu mengabdikan diri padaNya.Bagaikan terpukul sesuatu.Hingga membuat saya sedar akan sesuatu.
Saya cuba mengamati makna doa tersebut satu persatu.


Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
        Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Amin.
       Saya sedikit tersentuh memikirkan rupa-rupanya selama ini Tuhan mengajar saya erti keikhlasan dalam doa tersebut."Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam". Selepas itu saya mula memahami rukuk dan sujud. Sujudlah kerana kita mensyukuri nikmatNya dan sebagai hambaNya sebenar-benarnya..kedua-duanya andai dilakukan dengan tawadhu dan penuh pengharapan pasti akan terasa benar jiwa kehambaan. Fitrah!

       Saya terkenang mimpi saya semalam.Ayat kursi yang tersekat-sekat yang mampu saya baca berulang dan berulang hingga terlafaz di bibir saat membaca isti'azah dan bismillah.Mengigau.
Akhirnya menyedarkan saya dari lena panjang.Istighfar sepanjang hari tatkala teringat mimpi berlawan syaitan itu.Mungkinkah terlalu banyak tenggelam dengan kisah laksamana Sunan atau.... selebihnya saya serahkan padaNya.Hati dan akal saya masih jahil memahami hikmah disebaliknya.
 
      Akhir2 ini,emosi saya banyak tergugat.Hati mula terasa penat.Otak pula semakin ligat.Jiwa bagai tak larat.Tapi terfikir akan nikmatNya yang tidak pernah putus,memikirkan tentang RahmatNya,lalu pujuk hati kembali mengejar redhaNya.Ikutkan hati mati,Ikutkan rasa binasa.Tapi kali ni biarlah ikutkan hati,kerana Iman letaknya di hati.Andai mati,tetapkan di hati..mati itu pasti,Hidup insyaAllah.Pasti hati yang dituruti itu bukan hati yang mati.
Sedikit nukilan buat catatan kerdil ini;

       Saya mahu :

      Menjadi baik pada orang lain bukan kerana menginginkan mereka memberi kebaikan kembali,hanya kerana Allah itu sumber segala kebaikan dan Dia suka segalanya yang baik.
     
       Menulis sesuatu buat insan lain bukan kerana inginkan perhatian dan mahu jadi tarikan tetapi kerana diri ini selalu diperhatikanNya dan semoga Allah menarik kita semua ke jalan yang diredhai.
  
   Adakalanya saya akan : 
  Banyak menangis dan tersentuh tatkala melihat orang-orang yang saya sayangi hatta hanya mendengar suara mereka dari jauh,bukan hanya kerana saya rindu tetapi saya merasakan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang buat hamba2Nya kerana Dia melembutkan hati2 orang yang saya sayangi untuk turut menyayangi malah mendoakan kebaikan saya dunia dan akhirat.
 
    Kadangkala saya banyak mengeluh dan merungut pada orang sekeliling dan insan rapat,tapi bukan kerana saya putus asa dan malu mengadu pada Tuhan Maha Mendengar.Bukan juga untuk tunjuk ketabahan dan tagih simpati.Tapi saya juga manusia yang selalu alpa dengan dunia dan kala itu ingatkan saya untuk gantikan helaan nafas keluhan saya pada helaan nafas memuji Allah..

    Saya sentiasa ingat dan diingatkan ayah:
 
   Saya tidak dikurniakan kecantikan yang mempesona dan saya hanya selayaknya wanita biasa,
   Saya tidak sebijak mana malah saya tidak tahu menyerlah,
   Saya tiada apa-apa untuk dibanggakan hatta menjadi dambaan mereka luar sana,
   Tapi cukuplah dengan mengingati Allah,
   Itulah kecantikan hati  yang boleh mencerminkan diri saya untuk memuji dan terus memujinya,
   Cukup dengan meminta semua dari Allah,
   Itulah ilmu yang membawa ke jalan yang diredhai dan menjadi hatimu serendah-rendah hamba pada Tuhan pencipta.
    Cukup dengan mengejar redhaNya dan selalu memuji kekasihNya Muhammad,
     Disitu pasti dunia ini terasa tawar kerana yang lebih manis adalah redha Allah....
     Disitu pasti sakit terasa nikmat kerana yang menyembuhkan adalah Allah.
     Disitu pasti tiada kekalutan dalam menghadapi ujian dan tiada lagi persoalan mencari hikmah ujian kerana jawapannya ialah Allah.

      Cukup disini catatan saya untuk muhasabah diri.Catatan biasa dan tiadalah daya upaya dan kekuatan melainkan dariNya.Segala sangkaan yang baik datang dari Allah.Saya hanya mampu meneliti,memahami,menghayati dan menaip apa yang ada di benak fikiran dan sudut hati melalui firasat seorang wanita biasa.

Tutup kata.
Wassalam...
161111-0255-Demak Laut,Kuching.
  

       

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Friday, 11 November 2011

Lensa Hati II (Bila Hati menulis)


       Hati ini ciptaan yang mempesonakan jiwa.Hati ini;walau sedalam mana kelukaan,walau seperit mana kepedihan tapi ia masih berfungsi dengan baik.Hati ini antara ciptaanNya yang membuat kami sebagai hambaMu ingin kembali pada fitrah dariMu.Sungguh kekuatan hati meneguhkan jiwa yang mudah goyah.
       Namun,kami akur.Dalam menyusuri realiti hidup di dunia ciptaanMu.Hati tidak pernah berhenti dari diuji.Malah Hati kami turut mahu menguji Hati Hati disekeliling kami.Padanya ada Hati kental,tajam tapi lebih banyak kental dan tajam itu melukai hati itu sendiri.
       Akur akan kehendakMu.Hati ini pasti menemui 'luka' yang memerlukan masa untuk sembuh.Akur akan Hati ini turut ada batasnya tatkala Hati kadangkala terasa letih dan penat untuk bermujahadah bersama hati hati lain.Akur akan hati ini perlukan rehat agar terasa segar semula untuk menjadi teliti, terus diuji dan teruji dan tidak teralih dari merasa pandanganMu.
       Oleh itu ,Lensa Hati II diilhamiNya agar hati berparut ini tidak terikat pada kesan parut luka semata tapi pada pencipta yang menjadikan parut itu sebagai tanda kental dan tabahnya HATI untuk redha diujiNya.Diingatkan lagi..semuanya dari DIA yang Maha Teliti.Hati yang menyelami,Minda yang berfikir dan jari-jari yang menaip semua atas izin dan milikNya.^__^
BILA HATI MENULIS

         
Hati saya terus berjalan dan disapa beberapa orang yang kurang dikenali.Tapi mereka mengajar saya aplikasi 'sabar' dan 'sedar' dalam hidup.Alhamdulillah.Hati ini terus mengembara di muka bumi Allah dan dipertemukan dengan beberapa insan yang rapat dan akrab.Keakraban yang membawa hati ini terusik dan terjentik berulangkali.Akhirnya membawa hati terdetik untuk memahami 'siapa' sebenarnya Harapan, Yakin, Cinta dan Ikhlas sebenar-benarnya.Alhamdulillah..

           HARAPAN bercerita : Saat kelahiran dirimu,aku dibawa bersama ibumu.Kekuatan yang terlahir dari ibumu kerana turut adanya aku yang mewarnai coretan bayangan bila bersamamu.Lantas dengan izinNya dirimu berjaya melihat dunia.Lantas kedua orang tuamu meletakkan aku pada dasar hidup hanya kepadaNya sebaik-baik Harapan.Dengan harapan itulah hatimu sebaiknya dilentur.Saat dirimu meningkat usia.Dari fizikalmu setinggi kerusi hingga ke zaman remaja dirimu melukiskan aku seindah yang mungkin namun kerapkali pudar dan dirimu mewarnakan kembali seterang yang mungkin.Kadangkala,hatimu meletakkan aku pada orang lain,namun bila orang itu melukakan hatimu,aku sebagai harapan mula terkikis perlahan dan dipersalahkan.Kadangkala hatimu meletakkan aku pada sesuatu seperti matlamat yang ingin dirimu kejar,pada harta yang dirimu idam-idamkan mahupun pada impian yang perlu dijadikan kenyataan.Namun ianya bersifat sementara dan kerana itu Hatimu lebih banyak menangis dan menangis lantas harapan pudar sendiri. Sekali lagi aku dipersalahkan kerana hadirnya aku sebagai harapan hanya mengundang sejuta tangisan kekecewaan.           

        HARAPAN berbicara : Letaklah diriku di tempat yang tertinggi,kelak bila aku terjatuh hatimu akan merasa 'sakit' yang terus menyedarkan dirimu.Letaklah diriku pada sisiNya agar hatimu tidak melupakan sebaik-baik pemberi.Letakkan aku dalam hatimu yang merendah di hadapanNya agar harapan yang dilukiskan sebagai tarbiyah dari seorang Pencipta kepada HambaNya.

          Hati mulai terasa damai.Benar.Harapan itu yang membangkitkan sang pendosa untuk bertaubat padaNya.Harapan itu yang membuatkan hati terus menerus memujiNya walau teruji fizikal dan nurani.Harapan jua yang membuat rasul tidak berhenti mendoakan umatnya hingga hujung nafasnya.

Lalu dari sang harapan hati dibawa mengenali sang Yakin. 

           YAKIN bercerita : Aku ada dalam hatimu kerana imanmu terletak di Hati.Tanpa diriku,hatimu tidak mungkin mengenali Maha Pencipta.Lawan bagiku adalah rasa ragu iaitu sifat bagi iblis dan syaitan yang suka menggoyah hambaNya.Setelah dirimu meletakkan harapan pada tempatnya,aku mulai mengiringi sang harapan.Hatimu akan terus diuji dan teruji dimanakah letaknya diriku dalam hatimu.Seandainya hatimu menangis disakiti adakah aku masih ada membelaimu?Seandainya engkau diberi kelapangan dan kemudahan,adakah aku sebagai 'yakin' dalam dirimu masih ada mengingatkanmu? Silap tafsir dan sering terlepas pandang,harapan tidak cukup seandainya hatimu tidak membawaku bersama.Yakin itu bukan sahaja perlu ditegas dalam hati tapi perlu ditunjuk agar hati-hati disekelilingmu turut merasai aku. 
          YAKIN berbicara : Bila hatimu sudah meletakkan aku dan harapan setingginya pada tempatNya. Apapun ujian yang menguji hatimu yang mungkin membuat hatimu menangis semahunya,hadirnya diriku sebagai 'yakin' yakni 'Iman' dalam dirimu sentiasa memujuk dan membelaimu hingga kesakitan yang dirimu rasai membuatmu tenang.Hinggakan kesakitan dan keperitan itu yang engkau dambakan.

          Hati mulai terpujuk.Benar.Yakin itulah yang membawa Adam dan Hawa yang berpisah dari Barat dan Timur bertemu di Arafah.Yakin itulah yang membuat ramai para sahabat mengejar mati syahid.Yakin itulah yang menggerak si buta membuka kakinya untuk melangkah selain dibimbing tongkat.
Yakin itulah yang membawa ajaran Rasulullah SAW menawan 2/3 dunia.Keyakinan membimbing hati mengenal sang Cinta.Cinta itu buta.Cinta itu segala-galanya.Siapakah cinta yang membuat dirinya disebut-sebut?


CINTA berbicara : Kerana hatimu diulit harapan dan dibalut yakin,akhirnya hatimu merasai aku.Aku dianugerahkan olehNya buat semua hambaNya dan hadirnya aku sejak dirimu masih tertatih untuk membaca dan berjalan sendiri.Cinta itu fitrah.Namun cinta yang sebaiknya fitrah,yang sebaiknya membuatmu merendahkan diri dihadapanNya namun sebaliknya.Cinta yang tidak didasarkan haluan dan tujuan yang lurus akhirnya membengkokkan hatimu dan hidupmu malah sebengkok tulang rusuk lebih baik kerana masih dapat dilembut dan diluruskan.Selagi aku ada,selagi itulah hatimu masih menghargai nafas percuma dariNya.Kekuatan cinta ini akan lahir seandainya mengagungkan sumber kekuatan itu.Siapa yang menerbitkan aku dalam jiwamu hingga melahirkan akhlak dalam dirimu?Siapa yang membawa kebaikan dalam dirimu hingga tiap-tiap musibah dan keburukan memotivasikan hatimu?Itulah dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala Cinta yang utama dariNya dan keranaNya adalah sandaran yang meneguhkan cinta-cinta selain darinya.

CINTA berbicara : Oleh itu bawalah aku ke dalam hatimu bersama harapan dan yakin,namun usah hatimu melebihkan aku pada sesiapa mahupun sesuatu selain dari yang Maha Esa.Melalui aku hatimu akan diajar keikhlasan dan melalui aku hatimu mendambakan REDHA lebih dari SyurgaNya!

             Terusik!Hati mana yang tidak terusik dengan cinta!Cinta itu membuat hati rela dan redha untuk berkorban.Hati saya terus memandang sekeliling dengan cinta..menyelami rasa itu sebentar.Rasa yang sungguh mendamaikan kerana cinta dibawa ke haluan pencipta.Hati saya terkenang pada rasa cinta yang dianugerahkanNya dan justeru mengingatkan diri saya betapa cinta itu datang dariNya dan semua milikNya.Hati diajar agar usah dipersoalkan rasa memiliki dan merajai cinta,serahkan cinta itu padaNya untuk mentadbir seiring dambaan redha padaNya.Lalu hati saya diuji dengan 'ikhlas'?Memahami disebalik perkataan ikhlas.


IKHLAS berbicara : Aku tidak perlu disebut untuk mengumumkan kehadiranku.Kerana hadirku atas rahmatNya meresap dalam jiwa seorang hamba secara diam.Aku tidak perlu dipersoalkan kerana jawapannya sentiasa tersedia tatkala hati hamba itu diuji sedikit demi sedikit.Namun aku perlu dipelawa ke dalam hati.Diajar dan dilentur melalui tarbiyah ke atas hambaNya.Usah mengejarku tiap masa kerana kedudukanku bukan rawak mahupun dibawa arus hidupmu.Ikhlaskan dirimu sehingga hatimu tidak mempersoalkan tentang keihklasan.Dambakan aku namun usah agungkan aku.Ikhlas itu amalan dari hati yang terzahir ke perbuatan dan perlakuan dan ucapanmu.Kadangkala,hambaNya turut memerlukan perantara iaitu insan lain untuk mengajarnya erti keikhlasan dan kadangkala ianya diajar melalui titik plot kehidupannya yang begitu teratur dirangka olehNya.Dalam pada itu,sesiapa yang belajar erti ikhlas tidak akan terlepas untuk teruji dari diam,tangisan dan rasa sepi,kerana ikhlas itu hadirnya meresap ke hati secara diam dan tersembunyi.Hanya Allah yang Mengetahui.

        Hati menangis menggantikan keluhan dan segala ucapan yang melemahkan jiwa.Merenung jarum jam yang sentiasa menjalankan kerjanya mengingatkan hati saya bahawa akan sampai suatu masa dimana jasad dimamah usia dan saat hati sahaja yang menjadi ukuran.Di sudut hati,saya mendoakan segala yang terbaik buat semua insan yang mengajar dan melenturkan hati ini untuk lembut mengingatiNya.Di kejauhan,saya mendoakan agar hati ini terpelihara dan cukup redha sebagai dambaan.

Alhamdulillah....serta-merta membawa hati kerdil ini rehat merawat luka. =^ . ^=


~Salam Jumaat~

11.11.11@05.23pm@Musafir di bumi Tuhan.

        


  
      

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 20 October 2011

Lensa Hati I



         "Apa yang awak pandang tu?"
         "Cantik kan pelangi tu?"
         "Oh,awak tengok pelangi rupanya.Ya,sangat cantik.Siapalah yang tak tertarik untuk melihat keindahannya.Tapi selalunya  pelangi terbentuk apabila matahari bersinar semasa hujan turun.Apa yang kita lihat sekarang ia terbentuk apabila matahari berada di belakang air pancutan."
         "Ala..tak kisah la bagaimana terbentuk yang penting pelangi tu sangat cantik.Indah dipandang."
         "Fitrah,semua orang suka melihat yang cantik,yang indah belaka.Kebanyakan mereka suka dilihat cantik dan dilihat indah.Tak kisah bagaimana orang memandang kita,cantik atau tak.Tetapi bagaimana pandangan kita terhadap diri sendiri dan orang lain.Adakah kecantikan yang kita ada mampu mencantikkan diri atau orang lain?"
         "Jauhnya pandangan awak.Hanya dengan pelangi awak boleh berfikir macam-macam."
         "Bila kita hanya fokus untuk berfikir pada akal fikiran,kita akan terikat dengan logik dan penglihatan luaran.Tetapi bila kita berfikir dengan hati,kita akan dapat menyelami pemikiran dan memahami melalui ketajaman mata hati."
          "Memanglah mudah berkata,kalau nak ubah diri sendiri pun susah apatahlagi nak ubah pandangan atau persepsi orang,lagi payah.Lagipun sekarang zaman dah berubah,dah moden.Pemikiran kita pun kena bergerak seiring.Kalau tak kita akan ketinggalan."
          "Kita tidak perlu ubah pandangan orang lain untuk berubah tetapi kita kena ubah sudut pandang diri sendiri terlebih dahulu dan orang yang melihat sudut pandang kita akan belajar perubahan itu perlahan-lahan."
          "Tapi,apa kaitan sudut pandang dalam kehidupan?Lantaklah bagaimana orang pandang kita pun yang penting kita tahu siapa diri kita dan tak perlu nak 'busy body' hal orang lain."
           "Hanya kerana orang memandang dirinya 'tak berguna',dia boleh kehilangan nyawa kerana mahu bunuh diri.Hanya kerana orang memandang hidupnya menderita,dia boleh putus asa.Hanya kerana diri tidak dipandang langsung pun boleh membuatkan hidupnya sengsara.Hanya kerana sekelumit pandangan yang mungkin bagi kita agak remeh,tapi apabila kita dapat mengubah cara 'pandangan' tersebut,ketenangan dalam memandang yang mengajar bagaimana untuk tersenyum lama dan kecantikan yang pudar tidak akan menjadikan ketenangan itu terus tawar."
          "Pandangan mata selalu menipu,dan kecantikan tu tak selamanya"
          "Ya,itu realiti.Realiti juga mengatakan pandangan mata selalu menjadi utama dan kecantikan itu segalanya.Tapi harus disedar, semua kecantikan itu indah,tapi semua keindahan itu cantik.Tak semua keindahan itu memberi ketenangan.Tapi ketenangan itu selalunya indah."

~~~~~Pengemis ilhamMu~~~~~

         
     

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Monday, 29 August 2011

Setulus Ingatan Buat Ibu Ayah

Hari ni Effa nak kongsi lagu je...for my super daddy and beautiful mommy..I luv u!

Terima kasih Ayah Ibu

Album :
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)

lahirku ke dunia
ku disambut penuh syukur
bisikan azan ke telinga
hikamah kalimah nan luhur

lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah dan ibu
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu

tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah (2x)

Jasamu oh ayah dan ibu
akan ku kenang selamnya
hidup saling berkasih sayang
membina keluarga bahaia

(bridge)
pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga

daku mengharap redha mu ibu
juga redha darimu ayah
hanya itulah yang ku pintu
agar hidupku lebih bermakna

terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah
(ulang bridge)

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Monday, 1 August 2011

:: Mutiara Ramadhan ::





Salam 1 Ramadhan..
   Alhamdulillah..atas kesempatan dan kemuliaan Ramadhan..Izinkan Effa berkongsi sedikit madah keranaNya..Rugi rasanya andai coretan pena atas kertas jumaat lalu hanya disimpan kemas.InsyaAllah,dengan kudrat pinjamanNya,Effa ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan tazkirah jumaat lalu.
 
  Tazkirah bertajuk 'Mutiara Ramadhan' berjalan lancar dengan anjuran badan dakwah TCS dan PPI yang disampaikan oleh Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah JAIS).Effa amat tertarik dengan kiasan 'Mutiara Ramadhan'..Bersesuaian dengan kemuliaan Ramadhan itu sendiri.Hadirnya Ramadhan dialu-alukan/dinanti-nantikan umat islam sedunia..Bukan hanya kerana kelebihan tapi rahmat Allah yang Maha Besar pada bulan ini.Membaca AlQuran di bulan ini jauh bezanya dengan bulan biasa..Ibadah yang kita lakukan punya pahala berlipatganda.MasyaAllah...Allah Maha Besar dan Maha Pemurah dengan memberi kita peluang untuk menikmati Ramadhan..Ingat,usah jadi hamba pada ramadhan..tapi hamba pada Allah SWT.Betulkan sedikit persepsi....kelak amalan yang kita buat akan betul dan tetap niatnya. >~<

  Kembali pada tajuk; dalam tazkirah tersebut ada disebut tentang objektif Puasa.
Konsep Agama- Melahirkan manusia bertaqwa.
Konsep Kehidupan - Melahirkan individu yang berKualiti.

**Kualiti Puasa juga terletak pada kualiti solat...Di mana kita letakkan hati ketika solat,dimana kita letak hati kita pada ibadah puasa.Mungkin remeh tapi hakikatnya kekuatan rohani terbit dari perkara seremeh ini.Tanyakan pada hati,dimana puasa kita?Adakah sama atau lebih baik dari sebelumnya?..

  Ustaz Khalidi ada menghuraikan dalil tentang puasa yang ada dalam Surah Al-Baqarah 183~185 dan 187 dengan lengkap.Pada surah 185,ada persoalan tentang 'doa'.Mungkin ada yang terikat pada 'semakin banyak berdoa semakin mudah Allah makbulkan doa kita'.Ya.Itu memang benar.Tapi tidak semestinya permohonan doa kita itu baik untuk kita..Sedang Allah tahu apa yang di hadapan dan dibelakang kita..IlmuNya lebih luas.Maka mungkin doa kita lambat makbul atau Allah gantikan pada cara yang lebih baik..Atau semakin kita merintih semakin kita diuji..kerana dengan rintihan kita kerap berdoa padaNya.Andai kita terlalu senang dan selesa..mungkin kuantiti serta kualiti dalam doa turut berkurangan.Hebatnya Allah,bukan?

   Selain itu,tazkirah tersebut banyak menyentuh tentang permasalahan berkenaan puasa.Bererti disini...kita dilengkapkan dengan ilmu agar ada persediaan untuk berhadapan dengan ramadhan dengan lebih baik.Namun ,Effa tidak akan memberi ulasan sepenuhnya tentang isi majlis ilmu jumaat lalu.Cukup dengan refresh kembali hati kita.Sebelum undur diri, Effa ingin kongsikan sedikit catatan usang pada hari itu...semoga bermanfaat.

"Simpulan dunia Ikatan jiwa.."

Fenomena Ramadhan
Ku lihat yang lena akan perlahan-lahan terjaga,
Yang terjaga perlahan-lahan membuka mata,
Diingatkan sekeping hati pada ibadah Puasa,
Disuntik kembali keindahan syahadah.

Ramadhan,
Ku lihat pekanya mereka terhadap kehadiranmu,
Hinggakan masjid mula dipenuhi dan diburu,
Derma dan sedekah tidak terkira,
Alhamdulillah..
Lupakan rasa lena untuk bangun menjamah rezekiNya,
Pancaindera dipelihara sebaiknya,
Ukhwah kukuh tatkala makan bersama tika berbuka..

Anugerah Ramadhan,
Pada malam lailatul qadar,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Sungguh ramadhan itu memberi ketenangan,
Melembutkan tiap hati yang keras,
Meringankan tiap ibadah yang dirasa berat..

Nur Ramadhan yang tiba..
Simpulan dunia bagaikan lusuh,
Ikatan jiwa terasa kukuh,
Tiap nafas diingatkan ibadah,
Tiap amalan sambil memujiNya,
Tiap keinsafan menuju redhaNya..

Akankah makanan tika sahur dan berbuka dijamah dengan rasa 'bersyukur'?
Pasti tidak terikat dengan kelazatan juadah..
Tetapi mengingatkan Allah Maha Pemurah..
Moga terbit jiwa hamba..
Moga hidup diberkati dan adanya maghfirah..
Agar Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..
Agar syawal kelak lahir tangisan Rindu pada Ramadhan..
                                 

p/s-Sekian,wsalam....selamat berpuasa dgn tenang semua.... ^~^ effa




  

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Friday, 22 July 2011

Segalanya tentang HATI . . .


Assalamualaikum readers~
Alhamdulillah atas rahmat masa dan ilham untuk menulis petang ini...

   Ya.Segalanya tentang Hati..Setiap perbuatan dan tingkah laku jasad kita adalah cerminan dari hati,setiap buah fikiran serta lontaran perasaan kita juga adalah refleksi dari sekeping hati.Kekuatan yang lahir dalam mengharungi segala kepayahan,kesakitan,tohmahan fitnah atau apa jua cabaran...sebenarnya bermula dari Hati.

  Mungkin bagi segelintir,persoalan yang kita lontarkan kali ini agak remeh..dan mungkin juga segelintir itu perlu memeriksa kembali..di manakah anda letakkan 'hati' dalam setiap tindakan anda.^ __^

Baiklah..kembali pada topik daif tadi..saya amat percaya.Hati adalah anugerah Allah yang tidak ternilai selain dari akal fikiran untuk membezakan kita dengan makhluk lain.Anda boleh lihat buktinya bahawa persoalan 'hati' dan perkataan 'hati' terdapat banyak di dalam Al-Quran mahupun hadis.Saya juga percaya..hablumminnallah ( hub.dgn Allah) dan hablumminannas (hub.dgn manusia) amat berkesinambungan dengan hati..apatah lagi hubungan kita sesama saudara.Pokok pangkalnya kita dalam menjalinkan ukhwah bukanlah dengan menjaga keperluan luaran atau lontaran perkataan yang manis-manis sahaja tetapi menjaga 'hati' mereka.

Di sini,saya kongsikan sedikit madah fikiran untuk kita buka sedikit jurang hati kita untuk transformasikan hati kita pada sebuah persepsi yang insyaAllah akan memberi refleksi pada mata hati kita.

1.Kadang-kadang kita terasa kita TAHU apa yang diingini hati kita..apa yang dikejar hati kita,tetapi apabila kita diuji (dalam situasi mengejar keinginan/cita-cita hati kita),kita bagaikan putus asa.Walhal,kita telah memberikan sepenuh hati dalam matlamat yang hendak dicapai...Oh,rupa-rupanya kita terlupa untuk meletakkan matlamat pada hati kita sendiri.Sejauh mana matlamat yang hendak kita capai,tekadkan dalam diri..sekuat mana hati kita akan bertahan pada rintangan dan cabaran.Maka dari situ kita akan sentiasa ada jalan untuk regenerate ataupun update hati kita kepada kedudukan yang lebih baik selain dari matlamat yang hendak kita kejar.

2.Kadangkala,kita meletakkan sepenuh hati pada 'sesuatu' yang memberi ketenangan pada hati kita.Contoh mudah,Cinta.Remaja khususnya;seringkali bercinta sepenuh hati,tak salah..tapi hati yang bagaimana kita cetuskan untuk memenuhi cinta kita?Adakah hati yang meletakkan ukuran 'sesuatu' sebagai pengikat cinta kita?Hati yang terikat pada 'bahagia' untuk memiliki tanpa memahami haluan untuk ke arah memiliki. Bagaimana pula seandainya kita diuji,cinta itu bukan untuk kita..bagaimana agaknya hati kita menerimanya? Adakah masih dengan sepenuh hati?Jadi letakkanlah sebaiknya 'cinta sepenuh hati' kita kepada sebaik-baik sandaran yang mencipta hati.Kerana hanya DIA yang mengetahui dan memegang kekuatan hati kita untuk mengharungi liku-liku di hadapan yang masih belum pasti..

3.Kadang-kadang..dalam menjaga hati kita dengan cermat..Kita seringkali lupa akan hati-hati insan di luar sana..sedangkan..hati mereka diluar sana turut penjana kepada kematangan hati kita sendiri.Mungkin kita terlalu memikirkan keperluan diri,perasaan diri sendiri tanpa memikirkan setiap tindakan kita yang mahu menjaga hati sendir tetapi menimbulkan bebanan pada hati insan yang lain.Malah,kerana sikap ambil remeh kita pada hati orang lain,tanpa sedar kita sebenarnya turut memandang remeh hati kita sendiri.Kekuatan hati tidak terbina dengan 'satu hati' semata-mata,tetapi seteguh mana hati kita bersatu.Contoh mudah ; ikatan kekeluargaan...tidak akan terasa kegembiraan seseorang individu jika melihat ahli keluarganya yang lain ditimpa musibah atau diuji dugaan berat.Jalan terbaik..hati yang bersatu.Bersatu teguh,bercerai roboh.

4.Dalam meletakkan matlamat pada hati,memberi sebaik-baik sandaran pada sang hati dan menyatu-padukan hati-hati insan lain...kita akan terus-menerus diuji.Semakin besar cabaran maka makin teguhlah refleksi hati kita samaada untuk terus berdiri ataupun undur diri.Kesinambungannya,Hati antara suatu ciptaan yang mana walaupun dekat dalam diri kita...dibentuk oleh kita sendiri..tetapi kekuatan dan keteguhannya adalah dari pencipta hati.Allah yang memiliki hati kita sepenuhnya.Berbolak-baliknya hati kita adalah kerana kekuasaanNya.Jadi...jangan sesekali berfikir orang jahat akan selamanya jahat dan sebaliknya,,kerana kita manusia lemah..Apa yang kita fikirkan..cuba istiqamahkan hati kepada kebaikan,dan dekatkan kepada pencipta..semoga dengan titik-titik niat dan perubahan itu sedikit-sebanyak dapat membersihkan langkah hati kita..

      InsyaAllah...itu sahaja mampu Effa kongsikan.Segala yang baik datang dariNya dan buruk datang dariNya atas kelemahan diri sendiri..
Wassalam..

Mode : Serba Kurang.

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Friday, 1 July 2011

Solat : The direction of LIFE

No reason to miss!

               Assalamualaikum my readers....Bertemu pada entri pertama untuk teratak 'fikir' Effa.Entri lain hanya dieksport dari blog lama jadi agak serabut sedikit.Yes,i'm writer but not the real blogger.(Lambat sikit update widget).>>>Kembali pada tajuk di atas<<

    SOLAT.Entri kali ni tidak akan menghuraikan 'hukum' atau pun hadis yang menekankan kepentingan solat.Sebab semua tahu,solat lima tu WAJIB.Tetapi sejauh manakah solat membentuk peribadi kita?Tepuk dada tanya Iman anda.
    Haluan Hidup?Solat lima kali,siang petang dan malam..mampukah 'exercise' sedemikian mempengaruhi corak hidup kita yang begitu besar 'ruang' dan 'dimensi peluang'.Jika YA,kenapa ada yang solat tak pernah tinggal langsung;tapi 'haluan' hidupnya seakan sama.Seakan statik di situ.Malah lebih tertekan!Di mana agaknya silap si hamba yang kehilangan arah ni?
   JAWAPANNYA :- Dimana kita letak 'hati' kita yang hina sewaktu solat?
           ~~~Jika pada Dunia,maka di situlah arah tuju solat kita~~
           ~~Jika pada takutkan ayah ibu marah,maka di situlah hala tuju niat kita~~
          ~~~Jika kerana mahu menunjuk,maka di situlah hala tuju menunjuk ke arah siapa kita~~

YA.Bukan mudah untuk Khusyuk dalam Solat.Sedangkan kita bukan keturunan para nabi,wali,alim ulama,mahupun Effa sendiri bukan bergelar Ustazah.Tetapi Khusyuk juga bukannya 'bakat' yang hanya ada pada sesetengah orang.Khusyuk juga bukannya 'skill' atau 'kepakaran' yang bertunjangkan ilmu semata-mata.Tidak kira bagaimana lancar dan cantik bacaan tarannum anda,secantik mana pakaian solat anda,mahupun Sefasih mana anda dalam Bahasa AlQuran.Bukan itu kayu pengukur kekhusyukan anda dalam solat.Kerana semuanya bermula dari HATI.Mata Hati anda yang anda asah untuk terus teliti dan sensitif pada signal-signal Nur.(Mudah untuk berkata bukan?Ya..tapi lebih mudah untuk melakukannya andai kita buka sedikit mata hati kita.Lihat sekeliling kita,apa yang menggembirakan agar mudah kita memujiNya;Alhamdulillah.Lihat juga apa kesukaran yang kita hadapi,tegaskan dalam hati;Astaghfirullah..InsyaAllah..semua ada jalan mudah yang tersedia.)

     Effa terbaca satu entri dari blog mana dah tak ingat..menceritakan tentang "Bagaimana Khusyuk dalam Solat?"...Sebenarnya khusyuk itu perlu dipupuk,dan yang penting kena solat dulu la baru fikir khusyuk ke tak..hihi..Terdapat senarai panjang yang mana harus dibaca untuk mengelakkan syaitan/jin mengganggu ruang masa solat kita.Lihat,Allah dah permudahkan jalan,bukan?TETAPI.....

     Agak mustahil bagi kita untuk khusyuk dalam solat yang mungkin ambil masa 15minit? 10 minit?ataupun 5 minit? yang mana apabila kita darab dengan 5 kali mungkin kita hanya 1 jam lebih atau kurang daripada itu dalam sehari untuk Solat.(Tak kira solat sunat,alhamdulillah kalau ada ya)..tetapi the rest of time yang mungkin 22 jam yang lain kita diulit dengan dosa.Bimbang dosa itu lah yang mempengaruhi ketenangan solat kita~Ingat,Kunci Khusyuk adalah Tenang.Macam ambil exam@periksa,kunci Fokus adalah tenang.Kalau kelam kabut semua tak jadi..Maka Hadirnya dosa akan mengikis ketenangan hati kita..


Comel kan baby ni!


    Jadi untuk mendekati Khusyuk dalam solat,maka rutin harian kita perlu didasari kerana Allah.Sebab itu dalam Islam ada doa makan,doa naik kenderaan,doa belajar,doa keluar rumah..sebab apa?Sebab hidup juga merupakan ibadah jika tunjangnya kepada Allah.InsyaAllah,kita akan perolehi ketenangan.Solat juga akan take care rutin harian dan peribadi kita.Lihat,di sinilah maksud Solat will direct our life.-Kind of give and take;Solat melengkapkan kehidupan dan Kehidupan turut melengkapkan solat.

   Bulan Ramadhan akan menjelma tak lama lagi.Lagi sebulan...Alhamdulillah..Tetapi adakah kita mahu meletakkan bulan ramadhan sahaja sebagai 'bulan ibadah'..bulan mendekati agama,Tarbiyyah jiwa.Jadi bagaimana 11 bulan yang lain?Sebab itu la masih berlakunya manusia yang bertopengkan syaitan dalam bulan suci ini kerana sudah terlatih pada tipudaya syaitan secara praktikal dan amali selama 11 bulan lamanya.Hingga bila nak diprogram untuk buat kebaikan pun payah.Jika ya pun hanya kerana 'Ramadhan'.Jadi,jangan bergantung sepenuhnya pada 'bulan ramadhan' untuk berubah ke arah kebaikan,jadi dermawan..jika 11 bulan yang lain kita tidak latih perlahan-lahan untuk berubah.Sedangkan.............
>>>>60saat x 60mnit x 24jam x 365 hari= (31,536,000 saat dalam setahun) dan (31,622,400 saat setahun )kalau tahun lompat..berapa saat kita akan terlepas dari catitan amal malaikat Raqib dan Atid?Berapa saat agaknya kita bebas dari 'pandangan' Allah??

Sekali lagi,Tegur Hati Tanya Iman..
Wallahu'alam...

Mode : (¬_¬)--adesh,sakit tengkuk!


 

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 30 June 2011

ABouT me. ^ _ ^


Assalamualaikum.
Sebelum itu..setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat anda.Kesudian anda mengklik ruang ini bermakna anda sudi untuk mengenali serba sedikit tentang saya.Salam ukhwah.
Seperti yg anda tahu.Nama yg terpapar di ruang blog ini.
Nurrul Alifah Awg Norjalim @ Yusof adalah nama sebenar saya.Aleeffa Yusof adalah nama pena.Begitu juga Mia Effy dan Mia Effa.Sebelum ini saya juga dikenali sebagai Penulis Buta dan kini Pensel Tumpul.
Banyak nama kan?Reason?
Agh..anggap saja saya ni seorang yang banyak fikir.
Dan YA.Saya memang seorang pemalu dan pendiam.
Jadi kadangkala saya suka bersembunyi di sebalik 'nama pena'..

Kenali saya,kenali ekspresi saya.
Cintai saya.Oops!
Selitkan ingatan buat muslimah2 di dunia ini dalam doa pun sudah 'bahagia' buat saya.

Selebihnya?
Saya.
Hanya Insan Biasa.
Menulis kerana diilhamiNya.
Semoga menjadi dakwah kecil pada dan perantara kerdil diantara berjuta daie diluar sana.
Bukan kerana mahu menjadi 'alim' dan menjadi miss pop-ular.
Tetapi semuanya kerana mahu sedikit perhatian dari ALLAH.
Semoga dapat redhaNya.

Sekiranya anda lihat terdapat banyak KEKURANGAN dan kelemahan dalam diri saya.
YA.anda benar.
Itulah diri saya yang sebenarnya.
Sejujurnya.
Pada tiap sangka baik anda buat saya..
Saya hadiahkan setulus Al-Fatihah tanda syukur padaNya .
Kerana DIA menjaga dan menutup aib dengan sebaiknya.
Alhamdulillah.

Betulkan jika saya salah.Bimbing saya jika teralih arah.


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 9 June 2011

Buat seketika..





Saat jari jemari menulis,
Hati kadangkala terhiris,
Jiwa kadang terhakis,,
Mungkin bagi mereka agak mudah untuk menulis,
Mungkin jua terlalu senang untuk mengalun ayat,
Tapi bagiku bagaikan menjaga azimat,
Menyusunnya penuh cermat,
Mengaturnya penuh hemat,
Menulis dalam gelap,
Mengasah si mata hati yang malap,
Agar terus tabah pada haluan hidup..
Agar terus mampu berharap..

Tiada yang mungkin mengerti,
Tiada yang mungkin mahu memahami,
Bagaimana rasanya..
Menangis tanpa airmata,
Ketawa tanpa suara,
Meluah tanpa berkata,
Tapi memikirkan ayah disana,
Andai terluah segalanya,
Pasti senyumnya tawar,
Pasti harapannya pudar..
Mampukah?

Bertahun menahan rasa,
Menyembunyikan beban;berseorangan,
Hanya Allah jadi peneman,
Tika doa ditadah pasti airmata melimpah,
Saat ada mata memerhati,
Senyuman terukir mesra,
Manik jernih diseka segera..
Melihat teman bahagia dengan cinta,
Diri dihantui kekurangan mengecapnya..
Namun akur Redha pada jalanNya,
Cinta mungkin bukan segalanya.

Saat hadirnya seseorang yang mendekati,
Entahkan kerana simpati ataupun memang cinta di hati?
Menerima diri seadanya..seawalnya..
Lalu senyap berbulan lama,
Mungkinkah cinta itu sekadar yang ‘perlu’?
Andai maut tiba pasti dia terlepas khabar berita!

Dari maya ke pandangan mata,
Kali ini getaran terasa,
Naluri wanita tersentuh agak lama,
Mengaguminya,
Menghormatinya,
Tiap bicara tersusun kemas,
Tiap kata terlahir ikhlas,
Sedikit perhatian darinya..
Walau hanya dengan sedikit senyuman,
Cukup membahagiakan diri yang kerap terluka..

Aneh perasaan yang melanda,
Dibatasi keadaan dan kekurangan,
Biarlah diri bermimpi indah sekali sekala,
Menjadi pemerhati setia..
Mencuri sedikit senyuman buat pengubat lara,
Menggantikan dengan doa tanpa mengharapkan apa-apa..
Kerana itu sudah cukup membahagiakan..
Menguatkan langkah yang lemah.
Memapah jiwa yang hampir rebah..

Hadirnya membawa inspirasi..
Berkongsi buah fikiran,
Persepsi pada kehidupan,
Perspektif keindahan Islam..
Sememangnya aku jatuh cinta!
Atas perhatian yang membuat hati kadangkala berangan,
Menghanyutkan emosi lantas menghadirkan puisi-puisi,
Menguatkan jari jemari..
Tetap terus menulis..
Bukan sahaja untuk diri,
Tetapi ‘hati’ insan di luar sana..
Mungkin sepertinya..yang mahu mengerti.,
Saat ini,
Ku rayu mata agar terus lena,
Ku pujuk masa agar leka,
Biarkan diri bermimpi indah,
Walau sekejap Cuma,
Hingga bila tiba saat diri terjaga,
Cukup membiarkan aku tersenyum..
Agak lama..
Benarkan diri merasai bahagia..
walau seketika..
Benarkan diri merasai ketenangan,
walau kesepian..
Dengan ini,
Aku terasa bagaikan ‘hidup’ untuk selamanya..







Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 21 April 2011

Salahkah menulis???



Assalamualaikum..
   Bila Effa menulis Entri ini,Effa dalam keadaan Waras cuma terselit 'luka-luka' hati yang belum sembuh.Bagaimana sakit jasad ianya takkan sama dengan sakitnya sekeping hati.Tapi Salahkah menulis?Ya..ini yang Effa harus lontarkan untuk santapan jiwa blog usang hamba.Izinkan Effa kali ni bicara sedikit tentang tuan empunya blog 'tidak pop-ular' ini.

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman”[Ali Imran : 139]
  Effa bukan penulis komersial..hanya berpaut pada gelaran 'penulis buta' yang sesetengah orang sahaja dapat menangkap maksudnya.Kehadiran blog ini pun antara lain hanya untuk 'muhasabah' diri sendiri dan lebih suka jadi tumpuan secara rawak dari para sahabat maya lain.Kebanyakan entri adalah hasil tulisan buruk hamba.

   Suka menulis.Masing-masing punya niat untuk menulis.Tapi sebaiknya tiap tulisan yang dibentuk biarlah membawa kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri semata tetapi pada sesiapa yang membacanya.Masing-masing ada sebab kenapa ada blog.Menulis adalah suatu 'kepuasan' bagi seorang penulis buta macam saya dan sesekali tidak untuk memburukkan seseorang ataupun untuk mendapat 'tempat' di hati peminat.Tidak.



    Sekalipun anda punya kehebatan dalam membuat hujah,petah dalam bicara,dan walaupun anda gah dengan metafora tetapi jangan lupa,Setiap apa yang ditulis pasti ada 'amanah'.Bukan hati kita sendiri sahaja perlu dijaga dan dibelai-belai tetapi hati pembaca diluar sana juga amat penting.Sekali terluka pasti payah untuk dirawat.Pertimbangkan apa yang ditulis.Sebaiknya fikirkan dua atau tiga kali sekiranya mahu publish sesuatu entri apatahlagi yang melibatkan watak yang wujud di dunia realiti.Sekali wujud penceritaan pada watak itu dan tidak mustahil ianya menjadi 'aib' bagi watak realiti tersebut.Hati manusia tak pernah sama,mungkin bagi anda ianya 'biasa' dan kebaikan bersama..tetapi hanya Allah mengetahui hati setiap hambaNya.Sebaiknya jangan khususkan penulisan anda pada 'seseorang penama' melainkan diri sendiri ataupun secara umum.Malah yang paling penting hasil penulisan bukan untuk jadi bahan 'lawan' untuk penulisan yang lain.Menulislah kerana Allah pasti Allah memberi hikmah pada hati penulis atau sekitarnya.

   Ayat ini sering berlegar-legar di ruang kepala saya semasa menulis..sebab itu saya rasa sesuatu keindahan dalam Islam dan Iman itu perlu diceritakan..perlu dikongsikan..Dan selebihnya biarlah pembaca tentukan apa yang diperbetulkan apa yang tersilap,menyebarkan fikrah mahupun mengkritik penulisan tersebut.

Saad bin Abi Waqqas berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya” Nabi saw menjawab, “Para nabi kemudian yang meniru (menyerupai) mereka dan yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Kalau agamanya tipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan bila imannya kuat dia diuji sesuai itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi bersih dari dosa-dosa.”
(HR. Al Bukhari).

    Berdakwahlah dengan lemah lembut.Dan kebanyakan yang lemah lembut itu datang dari tulisan.Kerana biasanya tulisan dibaca oleh hati pembaca dan bila diterima jiwanya maka Alhamdulillah sungguh Allah yang Maha Mengetahui segala hikmah.Sebab itu berdakwah ini bukan hanya 'muncul bila perlu'..maksudnya bukan bila ada kepincangan akhlak baru muncul insan-insan yang mahu berdakwah.Dakwah itu sebaiknya bermula dari hati kita sendiri dan ia perlu bermula bukan kerana kadar situasi tetapi kerana keindahan berdakwah itu sendiri.Berdakwah juga bukan dilakukan secara 'straight' dan 'paksa' tetapi punya strategi-strategi halus dengan senjata-senjata mukmin yang kukuh.InsyaAllah...bukan sahaja mampu mengubah corak pemikiran mahupun cara pembawaan hidup seseorang tetapi khususnya ia dapat memberi 'makna' kehidupan dalam seseorang hamba Allah tanpa menjiwai rasa 'payah'!Indah kan berdakwah?

    Jadi ingat.Setiap klik ada dua hala.Dosa mahupun Pahala.Jika inginkan kebaikan hati orang islam yang lain sebaiknya cuba bentuk hati kita terlebih dahulu.Bila sesuatu dilakukan dari hati yang dijaga sebaiknya (Taqwa) pasti akan terserlah melalui keperibadiannya."Peduli apa orang kata.Ini hidup aku"..Buang persepsi sebegini dalam ruang kepala anda.Sedangkan Nabi Muhammad sayangkan umat apatah lagi kita yang tidak mahu hidup sebagai Ummah.Sekali lagi....Salahkah menulis??

  Jawapannya ada pada hati anda sendiri.Wallahu a'lam. (T_T)

(Mode : Hati Patah)


"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..seandainya tulisanku ini bermanfaat buatku dan mereka yg membacanya,kau hadirkanlah manusia untuk mengambilnya dan kau berikan padaku hidayah dan pada siapa yg membacanya dan andainya ia tidak mbawa manfaat kau tutuplah pandangan mereka dari menjumpainya.Titipkan keikhlasan untukku dari segala ilham pinjaman dariMu dan segala puji kembali untukMu." Ameen.. (n___~)



“…cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” [At Taubah: 129]

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’’ [Surah Al-Baqarah: 45]

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Surah Yusuf: 87]

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Wednesday, 20 April 2011

CERMIN


   Assalamualaikum my sweet and cute readers....Walau siapapun anda saya amat bersyukur pada Allah kerana kita dipertemukan di dunia maya ni pada posting ni..Alhamdulillah!
         Walau siapapun anda,mungkin pelajar lepasan universiti luar negara atau U terkemuka,atau mungkin pekerja berjawatan tinggi ataupun kaunselor mahupun penulis-penulis yang disegani..Alhamdulillah kerana berjaya membawa hati anda masih mahu membaca pra kata ni.
          Benar kan? Walau ke mana kaki melangkah,walau ke mana haluan klik jari anda,jika kita dalam mengingati Allah nescaya Allah akan jaga HATI kita untuk melangkah dan memberi haluan ke arah dekat padaNya.Tetapi jika sebaliknya maka tindakan kita juga turut menjadi sebaliknya.Oleh sebab itulah lahirnya entri ini iaitu CERMIN.
         

 CERMIN

     "Cermin diri sendiri dulu sebelum mengata orang lain"..Biasa kan dengar ucapan seperti ini?Mungkin diri kita sendiri pernah cakap macam ni..hihi.. Sebelum tu suka nak terangkan maksud cermin ...Cermin adalah permukaan memantul yang cukup licin untuk membentuk imej(wikipedia). Maka dari cermin akan terhasil 'pantulan'.Tapi entri ni bukannya membawa anda kepada mengenali cermin dan fungsi-fungsinya.Tidak! Jadi..teruskan pembacaan anda ye..

    HATI manusia turut diibaratkan seperti CERMIN.Petunjuk dari ALLAH ibarat nur/cahaya .Jika Hati benar-benar bersih maka ia lebih mudah untuk menangkap cahaya tersebut dan memantulkan kembali pada kehidupan seseorang hamba ALLAH.Tetapi jika sebaliknya,Hati tersebut akan sukar memahami signal-signal 'nur' dan besar kemungkinan terdiri daripada beberapa faktor :-

-Cermin KOTOR-
   Jika kita berdiri dihadapan cermin yang kotor dan kusam,kemungkinan untuk kita melihat bayangan imej kita pada cermin tersebut turut kurang jelas.Kerana cermin yang kotor tidak dapat memberi pantulan yang jelas.Begitu juga dengan hati manusia,bila hati manusia sering dikotori dosa secara berterusan tanpa ada ikhtiar untuk ber'taubat'..hati itu menjadi 'keras' dan 'degil' kerana tidak dapat pantulan nurani pada cermin hati kita.
    TETAPI,tiada istilah 'terlambat' seandainya maut masih belum menjemput kita.Jadi,cuba bersihkan sedikit demi sedikit cermin nurani kita supaya kita dipermudahkan untuk mendapat pantulan dan walau apapun imej yang terpancar..mungkin kurang jelas sepenuhnya tapi hati kita 'nampak dan boleh memahami pantulan tersebut.
 (Memudahkan faham bagi contoh ye)Contohnya ;- Seseorang yang menganggap 'dosa' itu sebagai kebiasaan..contoh :biasa memakai pakaian yang agak ter'dedah',walaupun dia dipujuk dengan tazkirah mengajak kepada menutup aurat,hatinya akan terasa 'payah untuk berubah kecuali ada iktiar mahu membenarkan hati untuk merasai nikmat iman itu sendiri.
-Ada PENGHALANG antara CERMIN-

     Boleh tak imej terlihat sekiranya kita berdiri menghadap cermin yang dihadang oleh dinding? Tentu TIDAK bukan? Penghadang ini bolehlah diibaratkan sebagai 'hiburan duniawi' yang sekiranya secara berlebihan akan memblocking (ape la ayat ni ye..hihi..)
     Ia seperti menghadang daripada kita menerima cahaya illahi itu andai dalam hati penuh disibukkan dengan 'keseronokan',masih dikaburi dengan kebahagian mengejar kemewahan sebagai keutamaan,masih berkabus dgn takut kehilangan pangkat dan seumpamanya.
    Kalau cermin kotor mungkin kita boleh lap.Tapi kalau cermin kena block kita boleh kenalpasti apa yang menjadi penghadang dan cuba mengalihkannya agar cahaya illahi itu dapat menembusi hati kita yang lemah.Contohnya ;- Dalam melakukan amalan ibadah amat penting kita elakkan rasa ujub dan riak kerana terdapat dalam hadis 'ujub' boleh menjadi penghalang pada keikhlasan kita dalam beribadah.Jadi,tunggu apa lagi..alihkan penhadang yang ada pada cermin hati kita dan bersihkan cermin sebaiknya ;-

Nabi saw bersabda:

ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه

“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”
Hadis riwayat Bazzar (80) dengan sanad yang hasan.

Imam Nawawi berkata:
“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya.”


Cahaya di BELAKANG cermin.

   Biasanya lapisan cermin tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.Tetapi pada belakang cermin biasanya diselaput logam nipis agar tidak tembus cahaya.Jadi bagaimana mungkin cermin itu mampu memberi pantulan imej bayangan kita sekiranya kita berdiri di belakang permukaan cermin??
   Oleh sebab itu kita kena pastikan kita berada di hadapan cermin hati kita..atau lebih mudah faham berada di penjagaanNya..Saling menjaga hubungan pada Allah dan juga sesama manusia yang lain.Bila kita jaga hubungan denganNya maka hati kita pasti dijaga denganNya.Bila ada musibah atau ujian yang datang ia adalah salah satu cara ALLAH jaga Hati kita agar kita mempelajari hikmah yang lebih mudah disebut 'tarbiyyah'.Sesi tarbiyah ini takkan dapat tembus pada hati yang mungkir dengan keberadaanNya apatah lagi yang mahu menjauhi Allah.

Kesimpulannya :- Andainya kita mahu hati kita menjadi CERMIN yang memberi sinar pantulan untuk ketenangan kita maka kita perlu bersihkan hati....elakkan sikap prasangka,maafkan semua orang-bak kata Dato. Fadzillah Khamsah (bukan mulut je tau..)..ikhlaskan diri dalam buat segala kerja kerana Allah  (bila ikhlas kita akan rasa semuanya mudah kerana kita dibantu Allah InsyaAllah)..dan paling penting jadilah cermin yang bukan sahaja memberi pantulan dan sinaran pada diri sendiri tetapi dapat menyinari keindahan untuk orang lain agar lebih bersyukur pada Allah.

-Hanya Allah yang Maha Mengetahui >,<  - syukran atas mata hati anda yang teliti~

(M0de : Berdaya kerana Upaya dariNya)
p/s-effa pakai cermin mata...memang tak boleh dipisahkan dgn cermin...saling memerlukan..ngeeeee...








Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Monday, 21 March 2011

Majlis Ilmu : perlu Berilmu atau Beradab?


Sekadar gambar hiasan



Assalamualaikum wbt,
Bertemu lagi dalam entri kali ini..(Walaupun sejak akhir2 ni Effa kehilangan jiwa untuk menulis,tapi Effa kan penulis buta..i dont need a reason to write something! <--hrp jgn slh fhm!haha)
Kembali pada tajuk yang agak sensitif malam ni.Pada jumaat lalu saya berkesempatan menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam yang dianjurkan Yayasan Mara dan Yayasan Ilmuan.Perbincangan berfokus pada Amanah pendidikan dan sesi seterusnya ialah Ramadhan ku kali ini.TETAPI saya tidak akan menghuraikan isi dari panel-panel jemputan,mungkin lebih kepada meringkaskan atau memberi sedikit ulasan tentang suasana Forum.Ya,tentulah ini bukan kali pertama saya menghadiri majlis ilmu sebegini.Persoalan yang saya lontarkan disini apakah dalam majlis ilmu perlu berILMU atau berADAB?

Jawapan saya : YA.Kedua-duanya perlu.

Kenapa?

Untuk mendapatkan suatu input dengan 'berkesan' kita perlu berADAB.Tetapi untuk memahami sesuatu 'input' yang dilontarkan kita perlu berILMU (walaupun ilmu tak setinggi mana),Penting bagi mengelakkan kesalahfahaman sesuatu input yang diterima malah bagi melahirkan individu yang bermotivasi tanpa pemikiran 'membabi buta'.Maksudnya disini,menerima semuanya tanpa akal fikir dan akhirnya input yang diterima kelak akan terputar dan terbelit dengan kefahaman 'direct' Sendirian Berhad tadi.Bukan kah susah jadinya??

Adab lebih merujuk kepada tatacara atau tingkah laku yang boleh dilihat dan memberi kesan kepada pemerhati sekitarnya.Manakala Ilmu pula lebih kepada sesuatu yang bermula dari dalam iaitu kesinambungan akal dan hati insan yang dimana melaluinya akan terpancar melalui tuturkata mahupun perbuatan seseorang.

Bicara saya selanjutnya disini,melahirkan rasa syukur yang teramat tinggi kerana hadirnya insan-insan ke majlis ilmu samaanda program ceramah dan berkaitan dengannya.Tetapi,bukankah lebih bak kita hadirkan bersama 'jiwa' untuk menghayati apa sebenarnya tunjang majlis ilmu itu.Tanpa sedar,kita menghadirkan jasad ke dalam suatu majlis ilmu,membawa hati yang penuh dengan 'lonjakan ingin tahu' tapi kita masih kehilangan jiwa 'paradigma mahu berubah'.Dimana silap kita sebenarnya?

Suka untuk saya selitkan satu pengajaran hadis dibawah.Daripada Abu Waqid al-Laitsi r.a berkata, "Rasulullah s.a.w. sedang duduk di masjid bersama orang ramai ketika menyampaikan ceramahnya, tiba-tiba datang tiga orang lelaki. Dua daripada mereka mendatangi Nabi s.a.w., sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Seorang daripada mereka mencari-cari ruang yang kosong dalam majlis itu, lalu dia duduk di situ. Dan yang seorang lagi terus duduk di belakang.


Setelah Rasulullah s.a.w. selesai memberikan pengajian, Baginda bersabda yang bermaksud,
'Perhatikanlah, ku beritahukan kepada anda sekalian tentang orang yang bertiga itu. Seorang antaranya mencari tempat di sisi Allah, maka Allah melapangkan tempat baginya. Orang kedua malu-malu maka Allah malu pula padanya. Dan orang yang ketiga jelas berpaling , maka Allah berpaling pula daripadanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengajaran yang dapat disimpul dari hadis berkenaan (dipetik dari blog sesalju.blogspot.)
 

1.Seorang alim yang menyampaikan kuliahnya hendaklah duduk di tengah-tengah murid-muridnya di tempat yang boleh di lihat dengan jelas oleh semua orang.

2.Disunatkan duduk dalam masjid untuk muzakarah yang membincangkan tentang ilmu.

3.Disunatkan membentuk halakah dalam majlis ilmu dan zikir.

4.Makruh keluar dari dalam masjid ketika sedang berlangsungnya ceramah tanpa alasan yang munasabah.

5.Disunatkan mendekati orang yang berilmu dalam halakah agar dapat mendengar penerangannya dengan jelas.

6.Seorang yang ingin bergabung dalam halakah jika melihat ada tempat yang renggang hendaklah ia duduk di tempat tersebut, bukan di belakang para jemaah.

7.Harus memberi pujian kepada seseorang yang membuat kebaikan.

8.Harus menceritakan tentang keburukan yang di lakukan oleh seseorang secara terang-terangan.

9.Orang yang terlebih dahulu menduduki suatu tempat dalam majlis ilmu maka jika ia kembali ia lebih berhak untuk duduk di tempat tersebut.

10.Kita hendaklah mengisi kawasan yang renggang dengan penuh adab tanpa menganggu para hadirin yang sedia ada.

11.Hendaklah duduk tetap di suatu tempat sehingga selesai pengajian atau ceramah melainkan jika ada keuzuran.


******************************
   Terima kasih kerana berjaya memujuk hati anda untuk meneruskan pembacaan di blog hina hamba.Ini bukan entri suka-suka,bukan juga entri menjemput dosa.Tetapi saya tak kata entri saya entri terpelajar cuma entri yang ingin mengejutkan minda-minda yang BUKAN tidur lena cuma selalu terlelap dan terhantuk di bantal yang empuk! (Pr0verb sendiri..haha)

    Apa yang saya ingin lahirkan di sini,kesal dengan segelintir tetamu yang hadir,suara panel jemputan nampaknya tidak memberi kesan kepada 'bibir' mereka untuk menutup bicara dan apatahlagi hati yang mahu memberi konsentrasi.Sedikit sebanyak rasa terganggu dengan 'Forum Perdana' mereka berbanding apa yang perlu difokuskan di hadapan.Hairan bila tangisan anak kecil mahupun panggilan telefon yang berdering kurang menggangu arus 'konsentrasi' saya pada masa itu berbanding 'bual bicara' forum belakang tabir.

      Semoga hati-hati kita akan terus diberi hidayah dan petunjukNya.Tapi harus diingat,dalam menjaga hati kita sendiri,kita sering mengabaikan hati insan sekitar kita.Walhal,tanpa sedar,hati-hati insan disekeliling kita kadang2 menjadi aset untuk mendekati ke pintu hidayahNya.Ya,saya sangat bersetuju bahawa hidayah itu bukan datang pada orang2 yang hanya tahu goyang kaki ataupun sekadar doa seminit dua tanpa mendalami makna.Tapi saya percaya hidayah itu perlu dicari,perlu didekati pintu-pintu nya...melalui syariatnya.Hatta,walau pandangan kita melihat insan itu agak malas atau seakan tidak berusaha,tetapi HATI nya jauh membuat lonjakan paradigma tanpa disangka.

      p/s - Pandangan mata selalu menipu dan tertipu.Pandangan hati selalu kurang tahu dan terburu!Sebaiknya kombinasi terbaik disterilkan dengan pandangan Iman.Kerana pandangan Iman mungkin buta di pandangan insan tapi mampu menerangi laluan jiwa Insan..ke arah yg lebih abadi.

Mode : Hilang dalam diam..(Mungkin hasil kerja kurang kualiti tetapi hati masih kukuh berseni)

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Saturday, 26 February 2011

Hanya Insan Terpilih


Bismillahirrahmanirrahim...
Semoga dengan lafaz terpeliharalah syahadah dan akan lahir zarah keikhlasan dalam setiap atom perbuatan kita..^^

-Pernah tak anda rasa 'geram' kerana orang di sekitar anda terlalu mengharapkan anda semata-mata dalam apa jua tugasan?
-Pernah tak anda rasa hidup anda terlalu 'tragik' berbanding orang lain yang kelihatan agak kurang 'rintangan dan musibah'?
-Pernah tak anda rasa putus asa lalu anda membuat sesuatu pekerjaan dengan sambil lewa @ asal ada kerana tugasan atau bantuan anda selalu dipandang remeh apatah lagi mahu menghargai?
-Pernah tak anda mempersoalkan 'kenapa begini?' dan 'mengapa mesti aku?' dalam diari hidup anda?
-Sejujurnya,pernah tak anda merasakan anda hilang 'keikhlasan' dalam berbuat sesuatu??

Jawapannya :-Saya pernah menghadapi dan merasai semua situasi diatas!Mungkinkah anda??

**********************H a n y a  I n s a n  T e r p i l i h ********************************

  Hidup kita lahir dengan pelbagai PILIHAN.Malah Allah terlebih dahulu meletakkan pilihan utama yg sepatutnya menjadi tunjang atas apa jua niat yg kita pahatkan iaitu jalan ke Syurga atau sebaliknya.Setiap hari kita akan baca Al-Fatihah dalam solat ataupun sebelum tidur.

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (AlFatihah : 5~7)

"Jalan yg Lurus dan bukan Jalan orang2 yg sesat"..Bukan sahaja dalam surah al-Fatihah malah dalam kebanyakan surah.(Rajin2 le buka tafsir yek..)

Persoalannya disini :"Memanglah aku tahu apa maksud jalan lurus tu..Jalan kepada kebenaran...tapi mereka takkan faham.Mereka tak faham apa aku rasa!Mereka tak rasa apa yg aku rasa!"


~Dimensi Iman : Masalah kita ialah penglihatan.Maksud penglihatan disini bukannya rabun atau tak mata anda.Tapi mata HATI kita!Bila kita memohon pertolongan Allah untuk tunjukkan jalan lurus atau beri hidayah dlm setiap doa.Allah tidak akan beri kita 'peta' untuk ke syurga atau hantar mesej samaada hidayah atau petunjuk dalam proses ataupun dah sampai.Tentu tidak!Tapi Allah beri kita situasi..situasi untuk memelihara 'hati' kita untuk menuju ke arah redhaNya.Atau lebih manis disebut 'tarbiyyah'..Melalui AlQuran pun Allah guna perumpamaan dan kiasan supaya kita lebih berfikir dan memahami maknanya serta meresap dan bergetar dalam dada.Begitu juga dengan hal di atas..Kita lebih memikirkan apa orang rasa..apa orang akan cakap..apa orang faham...Bukankah kita diberi akal dan ruang masa untuk memperbetulkan komunikasi kita pada Pencipta 'hati setiap insan di muka bumi' terlebih dahulu sebelum mengambil kira masalah komunikasi orang terhadap kita.

Persoalan : "Senanglah cakap tapi bila dah kena baru tau langit tu tinggi ke tak!Bila dah kena baru tau apa rasanya..Sakit hati!Marah!Macam sia-sia buat kebaikan bila diuji dengan macam ni!Nasihat orang senang ler..tapi bila sendiri kena susah gak nak buat!"

Perspektif Iman : Ya.Senang dan Mudah.Refresh kembali kepada kekuatan hati kita:-Niat dah betul,ikhlas kerana Allah..Tapi kita mungkin terlepas pandang pada kekuatan hati turut dipengaruhi dengan betapa teguhnya kepercayaan dan keyakinan anda dengan enam rukun Iman.Bila kita kurang memahami haluan rukun Iman tersebut..susah bagi kita untuk memahami situasi tarbiyyah yg Allah hadiahkan kepada kita.Sebenarnya kita memang hidup dengan pilihan.Kita tetap diberi peluang untuk memilih..tapi dalam masa yg sama Allah sudah ada ketetapan dan PILIHAN yang tentunya lebih baik dari kita.Pilihan dari Allah sukar difahami secara teori dan memerlukan masa serta kekuatan doa untuk memahaminya.Contoh paling mudah:- jodoh.Tidak semestinya kita akan mendapatkan jodoh dari apa yg kita planning dan idam2 kan selama ni.Malah mungkin pasangan kita jauh dari apa yg kita bayangkan.Bila hidup bersama selama beberapa hari mungkin takkan nampak apa hikmahnye..tapi bila dah bertahun dan lahir pula anak2..insyaAllah hati yg terpilih akan nampak hikmahnya.Seandainya rumahtangga tidak bahagia..gaduh sana gaduh sini.Bukan Allah tak sayang,tapi sebab Allah sayang la...situasi2 sedemikian hadir dalam memperbetulkan akidah dan topup 'iman' kita untuk mudah menuju ke SYURGA~

Sekian celoteh hamba malam ni..ngee..mata diselubungi keletihan sedikit.Semoga bertemu di lain entri..(sebenarya nak tulis panjang lg..tp dah ngntuk..haha)
InsyaAllah...jangan lupa doa agar Allah bersihkan hati kita ^^

Wassalam ~



Mode : Agak Tenang ~




Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..