Saturday, 20 November 2010

::Kerana Syahadah Cinta::




PanggilanMu,
Pada setiap lima waktu,
Aku lihat mereka terburu-buru,
Ada yang berlari menuju ke rumahMu,
Dengan diri dibasahi air wudhu,
Sujud pada kiblat yang satu,
Mengharap keredhaan di JalanMu,
Sungguh aku terpaku,
Pada setiap hati yang tunduk menyembahMu!

SuruhanMu,
Pada Halal dikejar,
Pada Haram dihindar,
Aku lihat mereka tunduk malu,
Dengan diri tertutup terpelihara,
Sabar dan tetap pada syariat,
Mencari kemanisan,Pengorbanan dibuat,
Sungguh aku terkedu,
Pada setiap Jiwa yang merasai HadirMu!

KalimahMu,
Dibaca syahdu penuh berlagu,
Aku lihat mereka menangis sendu,
Lantas aku terpukau dipanah risau!
Buta jalan akhirat tak ku hirau,
Pada Al-Fatihah dan makna,
Pada surah yang menusuk dada,
Sungguh aku benar-benar bersyukur!
Syahadah terlafaz mengubur takbur.

KekasihMu,
Pada pengorbanan menegakkan Jihad,
Pada kesabaran menyampaikan ajaran,
Selawat dan pujian buatmu Rasulullah,
Sungguh aku terharu!
Pada tangismu mengenang umatmu,
Pada kalimah "ummati" di hujung nyawamu,
Benar,kau utusan yang mulia!

CahayaMu,
Pimpin hatiku menuju laluanMu,
Teguhkan Iman mencapai redhaMu,
Andai aku jatuh,
jatuhkan demi cintaMu,
Andai aku sakit,
Sakitilah aku untuk terus memujiMu,
Andai aku dihina,
Pasrahkan aku demi agamaMu,
Andai aku mati,
Matikan aku bersama lafaz untukMu..

Kerana syahadah cinta,
Tiada yang payah dalam susah,
Tiada yang resah walaupun tak berharta,
Tiada yang kecewa walaupun derita,
Kerana Allah tak memandang paras rupa,
Tika iman menghias jiwa,
memimpin haluan penuh hikmah dan rahsia..

Kerana syahadah itu..
Lailaha illallah..
Lailaha illallah..
Lailaha illallah...
Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah~


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

::Hilang dalam Terang::

Assalamualaikum wbt,
Salam petang yang tenang =)

Lama tidak menjengah blog usang hamba,adanya kekangan masa,keadaan kurang sihat..tp Alhamdulillah,kali ni sempat juga mencoret sesuatu.Credit to my bestfriend,Wanie..sudi pinjamkan lappy buat Effa.(almaklum,bila tuannye sakit,notybook effa pn sakit sama..hihi..cuti smntara dari menulis..byk sgt bnda tertangguh,Tp insyaAllah dgn izinnya..)

Sebelum tu sekali lagi ana ucap terima kasih banyak2 pada iluvislam sbb sudi share cerpen Effa 'Nafas cinta Insyirah' yg x seberapa.Dan segala puji kembali kepadaNya.Terima kasih yg sudi mesej Effa,buat pembaca yg tak henti-henti beri Effa sokongan dan ada juga yg nak Effa sambung cerpen tu.InsyaAllah..dalam proses.Doakan =)

Semoga apa yg tersirat mnjadi tersurat.Semoga segala kesilapan akan diperbetulkan dan mnjadi tatapan pengajaran.Selagi ilham berbisik di hati,selagi itu Effa terus menulis..Maaf kalau masih ada kecacatan dlm semua karya tak seberapa (insyaAllah akan diperbaiki setiap masa)

InsyaAllah,coming soon Nafas cinta Insyirah (versi Novel),Hijab Cinta An-Nisaa,Kerana syahadah cinta dan satu lagi masih tak tau tajuk pe..(Masih dalam proses...insyaAllah..)

Harap apa jua kesilapan Effa harap diperbetulkan,Effa ni Insan biasa.Takde yang sempurna.Harap takde yang kecil hati kat luar sana..Kalau ada tolong maafkan ek..(berapa kali la nak minta maaf ek..hihi)

>>>>>>Tukar topik lak..<<<<<

Pernah tak bila bangun pagi,terasa bosan dengan rutin diri?Naudzubillah..kadang-kadang perasaan kecil ni boleh melahirkan rasa putus asa dalam diri kita yg lemah kan.Tapi bila ada masalah melanda,terasa nak pejam mata je sampai masalah tu selesai sendiri kan?Masa ni pun boleh dilabel sebagai seorang yg putus asa..

Pernah tak bila kita tak dapat sesuatu kita rasa Marah,Kecewa geram sangat!Dan kadang-kadang bila kita jadi mangsa tipu pun,kita rasa apalah salah kita sampai kita ditipu macam tu.Lain lagi kalau cerita orang bercinta kan,yang putus tengah jalan,yang cinta sepenuh hati tapi tak pula sampai bsanding..Itu lagi kecewa hampa macam nak bunuh diri kan?Atau kita nak balas dendam ke..Ha..ini pun kita boleh dilabel sbg yg putus asa..

Effa bukan pakar motivasi ke..tak nak la judge orang suka hati.Cuma bila rasa 'down' sgt..insyaAllah..cuba baca tafsir Quran.Dalam tu banyak ayat yg memujuk jiwa.InsyaAllah..(xpe,baca surah-surah pendek dulu,kalau malas nak baca panjang..)

Sebut pasal Malas...Malas..Malas..Semua orang takkan terlepas dari perasaan ni tmasuk Effa sendiri.Kita malas bila kita hilang minat.Jadi bila nak elak rasa malas kita kena Minat?Minat bukan senang!
Cuma berkongsi,ayah pernah cakap..bila kita tak kenal maka tak cinta.Bila kita tak minat semuanya tak menjadi.Sebab tu bila rasa malas datang,kita istighfar banyak2,kemungkinan rasa malas ni datang dari bisikan syaitan.Doa kepada Allah.Beri makanan pada jiwa kita.Jiwa pun perlu santapan yang membangkitkan rasa semangat,nurani!Naluri!Kalau makanan beracun kita leh sakit,jadi berikan jiwa kita makanan yg sepatutnya..(x nak explain bab ni..hihi...search..search.. and save ur soul..cuba dgr lagu maher zain,ada jwpn byk kat sana~)

Takat ni je la coret-coret Effa petang ni..Mode sedih ckit.=(...

Salam kasih Sayang semua..With luv~

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 18 November 2010

Cantik dilihat,tapi sakit bila disentuh~


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Monday, 15 November 2010

::Tarbiyah dalam rebah::


AMARAN : BACAAN SESUAI UNTUK ORG YG BERFIKIRAN TERBUKA DAN MAHU BERSEDEKAH SEDIKIT RUANG MASA.PENUH DGN EKSPRESI HATI.


Pada Perjalanan penuh Rahsia
Disitu aku kerap tersalah langkah dan mengalah,
Berbekalkan Cahaya Al-Fatihah
Padanya sebutan di lidah tanpa tahu makna,
Syahadah yang Memelihara,
Pada laluan kejap terang kejap kelam,
Iman yang sering diuji,
Sejauh mana dibenarkan hati,
Sekuat mana diperbuat anggota,
Pada detik waktu yang akan terhenti,
Sungguh aku dalam golongan yang RUGI!


Pada Perjalanan Rahsia yang penuh Hikmah,
Hati sering terluka hampir tak tertanggung Jiwa,
Kecewa setiap persinggahan hingga hilang laluan,
Doa yang kerap ditadah di saat musibah menjelma,
Sabar pada seminit dua dan pada dosa dipersalah,
Itulah aku yang diburu nafsu terburu,
Itulah laluanku yang kerap keliru di setiap penjuru,
Sungguh Hati perlu dirawat seberapa segera!


Semalam JATUH hari ini bangun kembali,
Semalam Jatuh dan kali ini merangkak lagi,
Semalam Jatuh dan kala ini terus merayap lagi,
Semalam Jatuh dan waktu ini..
Sakit tiada lagi,
Luka hanya calar,
Perjalanan diteruskan lagi..

Mungkin hari ini aku Jahil pada Laluan RahsiaMu,
Tapi terangi laluanku dengan terus mengingatiMu,
Biarkan aku terjatuh dan terus merasa luluh,
Agar padamu aku mengadu,
Agar padamu aku terus bersyukur,

Mungkin hari ini aku tidak merasai nikmat sakit dariMu,
Tapi ajarkan nadi terus sabar di takdirMu,
Biarkan aku sakit dan terus merasa perit,
Agar padamu aku bersujud,
Agar padamu aku bertahajud,

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar
Tetapkan pujian padaMu di qalbi,
Andai aku menangis lagi,
Biarkan tangisan ku keranaMu,
Andai aku jatuh lagi,
Biarkan kerana ke arahMu,
Andai aku sakit lagi,
Biarkan kerana mengingati Mati..
Andai aku kecewa lagi,
Biarkan kerana mendekatiMu..
Pada Nafas yang berhembus perlahan,
Sedarkan aku pada jasad yang hanya Pinjaman,
Pada nadi yang punya denyutan,
Ingatkan aku amanah yang belum disempurnakan,
Pada masa yang telah ada perkiraan,
Persiapkan aku menjawab soalan dengan amalan,

*Pada Insan yang aku cintai dengan mata hati,
Sungguh Hanya Allah yang Mengetahui laluan kasih,
Semoga kita tidak Buta pada Ihsan,
Semoga harapan disuluhi Keikhlasan,
Biar kita terkorban dan jangan sekali Iman,
Cinta menuju keredhaan.

Pada kezaliman ajarkan ku kelembutan,
Pada godaan bisikkan ku kalimah Tuhan,
Pada kematian,
Ingatkan aku pada GILIRAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Effa15112010:0123

















Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Sunday, 14 November 2010

Kenapa aku study?!

(Entri ni Effa dah post kat blog Cahayaalyfa,tp insyaAllah..nak share kat blog ni pula..^~^  )


         "Kenapa aku belajar?"
         "Kenapa aku perlu amik exam?"
         "Kenapa aku mesti belajar hanya kerana nak dapatkan segulung ijazah?"
          Soalan ni memang kerapkali muncul menerja ruang akal dan minda.Bermula dengan tadika hinggalah ke alam kolej,soalan yang aku lontarkan ni mungkin nampak biasa dan jawapan yang aku terima pelbagai.Antaranya :-
          "Dengan ilmu sahaja kita mampu mengubah status hidup.Dari sederhana kepada yang mampu.Miskin ke kaya." (Benar,tak dinafikan..tetapi adakah setakat itu haluan ilmu yang kita pelajari?Andai sudah kaya raya bagaimana?Ilmu apa lagi yang sesuai untuk kita?Apa pula tujuan ilmu waktu itu?)
           "Ilmu membezakan yang bodoh dan pandai.Ilmu menjadikan kita lebih berakal." (Benar,tapi orang berilmu tidak semestinya berakal.Kita tengok sahaja pada jenayah kolar putih,mereka berilmu,malah ilmu agama sekalipun tetapi tetap melakukan kegiatan seperti orang tak berakal.)
            "Ilmu membawa kita ke peringkat lebih tinggi.Melalui ilmu kita kenal Iman.kita kenal pahala,kita belajar agama."(Benar,tepat sekali..tetapi masih lagi orang yang belajar agama pun tetap mencalarkan agamanya.Jadi ke mana haluan ilmu itu sebenarnya?)

               Sekadar untuk refresh diri,bagi aku kalau kita tanya pelajar sekarang terutamanya (trmasuk aku),semua belajar kerana 'exam',lepas habis exam maka hilanglah ilmu.Ilmu itu terbatas hanya pada peringkat itu sahaja.Terkadang terasa 'rugi' kerana tidak meletakkan 'niat' yang betul dalam menuntut ilmu.Semuanya mahu belajar.Kalau ada yang kata lillahi taala sekalipun tetapi terpesong juga niat entah ke mana.Belajar.Belajardan belajar.Itu sahaja yang dia tahu..tetapi dengan 'belajar' juga semua 'ibadah' lupa.
Bukankah kesucian niat sudah tercemar?MasyaAllah..itulah tunjangnya.Belajar tanpa ada niat samalah seperti naik perahu tanpa pendayungnya.Ah..semoga kita terhindar dari 'kelalaian berniat dengan betul' dalam menuntut ilmu.
              
               Beberapa minggu yang lalu,pensyarah aku turut meluahkan pendapatnya."Kenapa kita perlu belajar banyak kat Universiti ni sedangkan separuh atau lebih daripadanya tidak digunakan atau 'apply' untuk pekerjaan nanti.?"
               Lagi soalan yang sama menjajah ruang akal.
               "Nanti lepas kahwin baru aku nak belajar agama ni,sekarang ni aku nak enjoy dulu"
               Adakah ilmu agama ini ada waktu yang spesifik dan relevan untuk mempelajarinya.Dimana agaknya silap kita dalam meletakkan martabat ilmu itu sendiri.Ada akal,Fikir..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

              Tujuan post ni bukan untuk menuding sesiapa dan mencari kesilapan tetapi untuk 'muhasabah diri' yang sememangnya berkali-kali rebah.Beribu kali muhasabah tetapi jarang sekali istiqamah.Mencari kekuatan istiqamah itu bukannya terletak pada banyaknya ilmu tetapi kekuatan istiqamah orang berilmu letaknya pada keikhlasan dan niat yang betul.
              Kita lihat dari sudut lain pula,tiap-tiap insan itu punya corak pemikiran berbeza tentang 'kemahuan dan dorongan menuntut ilmu',kebanyakan daripada kita dicorakkan dari bentuk pemikiran keluarga.Belajar kerana ingin mengubah status keluarga.Belajar untuk dapat 'nama'.Belajar untuk dihormati.Tak salah mencorakkan anak-anak kita untuk menanamkan lagi semangat mahu belajar dalam jiwa mereka.Tapi apa yang ingin dikongsi disini..Mungkin kita terlalu 'keduniaan' kerana itu arah tuju kita lebih ke arah 'keduniaan',maka kasih sayang kita takut tidak mendapat 'keberkatan' dariNya.
           Ingat,kasih sayang kita bukan hanya kerana takut untuk melihat anak kita tak cukup makan di dunia,tetapi biarlah sampai takutnya kita andai mereka tidak berpeluang mencium bau syurga!Sebab itu dalam kes remaja sekarang,walau peringkat IPTA ke IPTS ke,sekolah menengah ke..masih ada keruntuhan akhlak.Kerana apa?Ilmu agama ada tetapi masih lagi buta pada agama?Ilmu dunia ada tapi masih jahil melihat dunia?Sebab kita tidak letakkan 'niat yang betul' dalam menuntut ilmu.Sebab itu bila kita belajar tanpa niat taqarrub kepadaNya maka kita semakin berilmu semakin jauh dari hidayahNya.Niat betul seandainya kita letakkan 'mata hati' dalam menuntut ilmu.Bukan ketajaman mata akal semata-mata kerana tajamnya mata akal  tanpa ketajaman 'mata hati' membataskan kita dalam mencari 'redha' dan terjerumus pada 'sesat'.

Sememangnya Lahiriah kita telah ditetapkan dalam Firman Allah dalam surah Al-Alaq ; Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk
menerima balasan).
(6~8)
Dan kepadaNyalah kita merujuk kembali~
 
         Sebab itu menuntut ilmu dalam Islam adalah Fardhu.
ntara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.
        Contoh mudah :-
        Kita semua diajar untuk bersembahyang sejak kecil lagi.Sembahyang itu Fardhu.Wajib.Kita tahu tetapi berapa ramai yang mengamalkannya?Sikit bukan?Kenapa?
SEBAB ilmu yang kita pelajari itu tidak meresap dalam hati dan tidak masuk ke dalam jiwa.Maka jadilah kita jiwa yang leka.Kerana apa?Niat belajar solat itu hanya kerana mengikut budaya semata-mata (sebagai contoh) kerana orang lain pandai sembahyang aku pun kena pandai juga.
       Berapa ramai diluar sana yang tetap mengerjakan solat tetapi tahu bacaan surah yang dibaca dalam solatnya?Simple eg.Surah Al-Fatihah saja..Kita solat berulangkali tetapi mungkin makna surah Al-Fatihah masih ter'ingat' dan ter'lupa'.Ini kerana haluan niat yang tidak jitu.Maka dengan sebab itu tidak ada 'jiwa' dalam amalan ibadah kita.
      Pentingnya ilmu.Pentingnya niat yang betul.Mungkin kita kerap terlepas pandang.Dan sememangnya manusia dijadikan dalam keadaan sedemikian rupa.Sebab itu kita berniat bertunjangkan sandaran kukuh,berniat lillahi taala kerana Dia tahu apa yang dihadapan dan dibelakang.Minta ilmu dariNya.Belajar keranaNya.InsyaAllah sekiranya kita bersandarkan kekuatan niat maka kekuatan ilmu itu akan terserlah dalam menguatkan lahiriah dan rohaniah kita sesama ummah.
      
Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

"Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya."
Kejarlah akhirat dan Dunia akan mengikutimu.
Atas kasih sayang,dalam kesempatan..kita betulkan niat.Belajar itu akan jadi ibadah andai kita berniat keranaNya.InsyaAllah yang kita kejar di dunia adalah RedhaNya.Bukan pangkat,bukan harta,bukan nama..kelak bila kita terjatuh dan menemui kegagalan dalam berilmu kita akan sentiasa beringat.Oh,ilmu itu dariNya..dia berhak beri pada sesiapa pun.Itulah beza kita dengan orang yang bukan Islam.Allah tetap memberi rahmatnya dalam memberikan ilmu pada mereka,walaupun ilmu mengenal diri masih lagi buta.Tetapi kita cenderung terpikat pada cara 'mereka' dengan sebab itu 'agama' terpinggir.Pemikiran sekular yang menjajah minda inilah yang menjadi penyakit dikalangan pelajar Islam.Tak perlu solat pun pandai juga.
Tak perlu lah doa panjang-panjang kalau gagal tu gagal juga.
Mana Iman kita?Tunjang ilmu kita melalui Allah.Bukan kejayaan dunia yang jadi pengukur kita disana.Kegagalan kita di dunia belum tentu bersambung di akhirat.Apa-apa berlaku segalanya berpaksikan kepada mengingati Allah.Kita lahir dengan azan dan kita pergi suatu hari nanti dengan bacaan doa.Jangan kerana ilmu kita 'riak',bangga meleret-leret..sejauh mana bumi dipijak kita masih berada dalam pengawasanNya,masih berpijak dibumi ciptaannya,kaki yang melangkah pun turut dari pinjamanNya.Refresh diri,betulkan niat..InsyaAllah..ada cinta,ada jiwa,ada redha~

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Segala yang baik dan buruk datang dari Allah atas kehendakNya.Segala pujian kembali padaNya.Alhamdulillah atas masa dan kudrat dariNya.
Wallahu a'lam..




Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..