Wednesday, 29 September 2010

Ekspresi Hari ini




Assalamualaikum Wbt..

(panjang ni..kalo x snggup baca..dah..heheh..ayat yg kejam)
Lama tak berkunjung dan memberi coretan ke blog serba Hina ni,kadang-kadang ilham seakan segan untuk muncul dan jari-jemari seakan malu untuk menaip sesuatu.Entah apa yang perlu disegankan,entah apa yang perlu dimalukan..huhu..Effa hanya Insan Biasa.Semangat pun mampu luntur bila-bila masa.Apapun,buat semua pembaca yang tidak putus-putus memberikan dorongan diucapkan ucapan ribuan terima kasih tak terhingga.Anda yang membuatkan Effa tidak berhenti dan tidak gentar untuk menulis.Dan tentulah kekuatan yang lahir dari kudratNya dan kehendakNya membuatkan mesej dalam penulisan itu sampai buat para pembaca yang disayangi.
Sejak akhir-akhir ni ramai yang bertanyakan tentang nama facebook Effa yang bertukar pada 'Penulis Buta' .Butakah penulisnya?Apa yang buta pada Effa?Bukan gimik tapi hakikatnya diri sengaja menggelarkan nama sedemikian rupa.Bukan 'buta' pandangan yang dimaksudkan,tetapi diri kalau boleh biarlah 'buta' pada pujian,dan buta pada riak.InsyaAllah..InsyaAllah..Biarlah  diri ini menjadi  Penulis Buta pada Keduniaan.Diri menulis bukan kerana dahagakan perhatian cuma inginkan mesej dan buah fikiran itu dikongsi bersama.Tiada paksaan untuk bersetuju dalam segala hal yg ditulis.Perbezaan pendapat itu akan ada.Tetapi walau berbeza mana pun kita,biarlah kita kembali kepada Fitrah untuk sentiasa ingat siapa diri kita pada pencipta.Biarlah kudrat yg dipinjam pada kita dimanfaatkan sebaiknya.Bukan untuk mencari 'gaduh' hanya kerana hal remeh,banyak lagi kita perlu fokuskan..yg pasti semua mahukan Redha dariNya.Maka,seharusnya perkongsian dan penulisan itu tidak terpesong ke arah mencari keMurkaanNya.
TETAPI,Effa terlalu kesal dengan segelintir user kat FB.Dunia ini memang semakin canggih dengan terciptanya teknologi yang memudahkan urusan kita.Segalanya menjadi mudah dan segera!Tapi janganlah kerana kemudahan itu kita turut menjadikan dosa semakin canggih.Hanya dengan satu klik anda dapat dosa.Begitu mudah dan segera! InsyaAllah,semoga Allah sentiasa memberikan sikap 'sabar' dalam mengharungi apa-apa jua kritikan dan cacian.Sesungguhnya 'marah' itu perlu dielak.Marah itu penyakit Hati.Bila tidak dirawat maka Hati akan menjadi Kotor dan susah untuk kita melakukan Amalan padaNya dengan Ikhlas.Mungkin ada yang menganggap ini remeh,tapi sebenarnya hal yang kita sering terlepas pandang ini lah selalunya menjadi titik yang sepatutnya bertukar pada potensi tetapi hanya menjadi titik hitam yang tidak berERTI.
Sedar atau tidak,anda meluahkan rasa marah anda dengan menconteng wall FB anda dengan 'makian' dan kutukan pedas sama seperti anda menjemput atau mempelawa rakan-rakan anda untuk meletakkan komen yang menyambung kutukan dan menyokong tindakan 'murni' anda.Bagi pihak yang secara tidak sengaja menyukai atau mengklik 'LIKE' pada status anda,pihak itu turut sama terlibat dalam aktiviti 'sihat' anda.Saham akan masuk setiap kali orang lain turut serta dalam perbincangan musyawarah anda.Bayangkan kalau sepuluh orang Like dan 10 orang tadi ikut tindakan anda.Berapa agaknya income yang anda dapat dalam akaun 'dosa' anda?Ada akal FIKIR.Ada Hati SELAMI..
Beralih pada sudut yang lain,hampir semua rakan kita memiliki akaun FB.Effa tak nak mempertikaikan samaada tindakan ni wajib atau haram.TETAPI apa yang perlu dikongsikan disini,jangan sesekali mengambil kesempatan untuk membuka ‘aib’ saudara dan rakan anda.Samaada kita memalukannya dengan menyebarkan kelakuan buruk belakang tabir hidup atau pun men’tag’  (aku xtaw apa dlm B.Melayu ayat ni) mereka dalam keadaan yg mengaibkan.(yg ni lu pikiyaq la sndiri).Mungkin pada kita ia Cuma situasi BIASA,tapi belum tentu mereka berpandangan seperti anda.Mungkin juga ada yg lain menganggap ianya sebagai ‘HIBURAN’ dan untuk menarik ‘PERHATIAN’,tapi jangan kerana sentiment sedemikian anda telah mencipta ruang ‘satu klik satu dosa’.Bayangkan berapa ramai yang mentertawakan,mengejek atau melihat gambar yang ditagged tu.MasyaAllah,bagi yang sedar,anda mampu merubahnya.~
Berlainan dengan Video yang kita kongsikan bersama rakan-rakan lain sepatutnya tidak ada unsur mengaibkan seseorang.PENTING untuk kit ambil peduli tentang Aib orang.Kenapa?Allah telah berfirman sesiapa yang membuka aib saudaranya maka Allah akan buka aibnya di hari perhitungan nanti.So,beringatlah..Pesanan untuk diri sendiri juga.Lagi satu hal,kenapa pula kita nak menghebohkan aktiviti harian dalam hidup kita.Allah telah menutup keaiban kita,sebab tu ada diantara mereka memandang kita BAIK  walaupun kita rasa kita tidak cukup baik.Seandai saja dosa itu kelihatan seperti debu pasti diri ini terlindung dan berkabuskan debu.TETAPI kita seringkali lupa,walhal aib kita sendiri pun kita buka.Anda melakukan kejahatan pada si fulan pun anda umumkan pada semua rakan di FB.Berbangga.Bayangkan kalau rakan lain mencontohi sikap anda.MasyaAllah..Kadang-kadang gambar berduaan yang bukan muhrim  dengan aksi ter’OVER sudah turut dikongsikan bersama,dan rakan lain meng’LIKE’ atau menyukai album anda.Awas,Satu klik,Income masuk ke akaun DOSA kita!
Berhati-hatilah dengan perkataan anda.Effa sendiri kerap melakukan kesilapan,sebab tu Effa kalau boleh biarlah kita berkongsi pesan dan menjauhi kemungkaran.Ingat,disetiap kiri dan kanan anak Adam aka n ada Malaikat yang tidak pernah REHAT dari tugasnya,apatah lagi MC,sickleave.Setiap perkataan dan perbuatan akan sentiasa dicatit dan di’update’ dalam buku kita.FB adalah tapak komunikasi terbaik untuk rebut pahala,kongsi ilmu, tetapi  jangan sesekali berkongsi DOSA juga.Inilah yang sering menjadi Muhasabah dalam diri Effa.Apa yang anda buat pasti akan ada balasannya.Tidak hari ini,pasti esok lusa.Tidak di Dunia pasti di Akhirat.Jangan sesekali menyakiti hati orang lain.Allah itu tidak pernah TIDUR.Mungkin esok hari anda pula diSAKITI dan diCACI.
Jika anda ingin berubah,perlu kenal pasti kelemahan diri dahulu.Kalau anda mudah marah,mudah memaki,maka jauhi la situasi-situasi yang mendorong anda untuk meletuskan kemarahan yang sukar dikawal.Bagaimana hendak mengawal?Gunakan akal..fikir tentang kebaikan apa yang akan anda peroleh atau kesinambungan daripadanya.Gunakan Hati..betulkan niat yang mungkin terbengkok sedikit dari strukturnya.Kalau nak betulkan orang,betulkan diri kita terlebih dahulu.Berkata sememangnya Mudah tapi mengamalkan payah.Kuncinya DOA.BerDoa la dgn hati yang mengharap dan penuh  ikhlas,insyaAllah..

Bukan mahu mencari kesilapan dan kesalahan orang lain,tetapi selagi kita seagama kita adalah saudara.Amar makruf Nahi Munkar.Sebaiknya kita tegur sekiranya ada saudara kita yang terleka.Tegurlah dengan cara berhemah.Dan ingat,tidak semua akan menerima teguran kita dengan baik.Malah ada yang membalas dengan kutukan.Dalam Firman Allah melalui surah Al-Asr ayat 1 hingga 3 ada menyebut : 
"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "
  Jangan sesekali MALU untuk memberi nasihat kepada orang lain.Nasihat terbaik itu tidak seharusnya menjadikan orang yang anda nasihat itu berubah,tetapi nasihat itulah yang membawa kita kepada merendahkan rasa ego,melahirkan rasa kasih sesama saudara dan tentunya menjadikan kita insan yang ke arah berbuat baik dalam mengamalkan nasihat yang diberi.
'Kita menjadikan diri berMotivasi dengan cara memberi Motivasi kepada Orang lain.' 
Akhir kata,salam kasih sayang dari saya..apa yg baik datang dari Allah dan yang buruk pun datang dari Allah atas kelemahan saya sendiri. Semoga kita sentiasa dapat memperbaiki diri.InsyaAllah..

"Cinta itu lahir dari KEYAKINAN.Bila anda YAKIN anda akan PERCAYA,bila anda PERCAYA anda akan ada JIWA yang membawa kepada USAHA mendekatkan diri kepada keyakinan kita.Bila anda YAKIN anda tidak berputus asa,dari situ lahirlah DOA untuk sentiasa mengharap kepada apa yang kita PERCAYA.Bila anda tak putus asa anda akan REDHA.Bila anda REDHA..disitulah lahir keIKHLASAN yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mendekati CINTA dan JIWA kita~" ~
"Cinta TIDAK memerlukan PENGORBANAN,tidak mengenar PENGORBANAN,tidak ada yang perlu BERKORBAN,dan tidak patut ada yang DIKORBANKAN.."
kenapa?
"Bila anda mencintai maka anda meyakini penuh keIKHLASAN.Anda meyakini bukan saja pada perasaan tapi pada perbuatan,begitu juga anda ikhlas pada perasaan dan perbuatan.KORBAN tidak perlu kerana anda IKHLAS dan REDHA pada KETETAPANNYA.CInta tidak memerlukan balasan tetapi cinta itu memerlukan HALUAN dan LANDASAN yang BETUL ke arah mengejar PERCINTAAN yang diREDHAi." 

Wassalam~




 



Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Sunday, 5 September 2010

Nafas cintaMu



Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa..
Hidup takkan bererti tanpa dinikmati..
Saudaraku,hidup hanya sekali !!
Bergembiralah engkau sepuas hati !!
Kerana bila esok hari tua menerpa,
Pasti tidak berdaya mengharungi usia.."
Suara itu seakan merasuk qalbi..


TETAPI. . .

Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,

Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..

Bagaimana mungkin aku mampu terleka?
Bergelak tawa sedang kubur makin hampir..
Berbahagia sedang diri akan tersingkir ..
Tergelincir dari dunia..
Tersungkur meniti akhirat..
Tercicir mengejar redhaNya

Cukuplah gelak tawa semalam meninggalkan noda..
Noda yang menjadi nakhoda bahtera dunia..
Tatkala dipukul ombak,nyaris maut ditelan ombak..
Mendambakan bahagia seluas langit angkasa..
Tapi kabur dibawa kabus sedang arah terpesong entah kemana..
Menguasai layar dunia tapi angin akhirat sentiasa memberi ingat.
Lemahnya diri menggadaikan iman demi dunia fana..
Jahilnya diri mempertaruhkan iman pada harta,

Lalu,
Berikan aku jawapan..
Bagaimana mungkin aku tertawa kerna dunia?

Dunia yang menjual leka dan kepuraan,
Dibeli dengan dosa yang berkuponkan neraka.
Walhal,
Tangisan jua yang menyedarkan..
Tangisan jua yang membangunkan...
Munajat hamba ke jalan yang Hasanah..
Lantas aku berterusan menangis,
Gelisah iman yang nipis ini terhakis..
Takut akan RedhaNya menghiris..
Risau syahadah yang tak tersebut
di hujung nafas maut..

"Ah,usiamu terlalu muda untuk bertaqwa!
Langkahmu masih jauh wahai anak muda,
Ayuh sementara masih ada masa,
Masih bertenaga dan berupaya..
Kita langgar saja batasan dan syariah yang ada..
Esok bila jasad dimamah usia..
Duduklah menghabiskan masa di tikar sejadah,
Allah kan Maha pengampun Maha Pemurah,
Pasti dia menerima amal dan ibadah.
Barulah hidup namanya!"

Suara ketiga terus memujuk rayu..

Tahukah kau apa sebenarnya CINTA?
Tahukah kau apa sebenarnya RINDU?
Andai kau tahu,
Pasti bibirmu tak henti bertasbih,
Mensyukuri setiap detik nadi yang diberi..
Andai kau tahu,
Pasti jasadmu teguh pada sujud
dan bangun pada tahajud,
Andai kau tahu,
Pasti kering airmatamu menangisi
Limpahan kasih melalui kurniaan rezeki..
Di setiap penghujung s0lat dhuha..

Andai saja kau mengerti..
Pasti musibah menjadi bahagia..
Pasti sakit itu yang kau damba..
Pasti dahimu tak terangkat dari sejadah..
Pasti tangan mu lama menadah..
Mem0h0n Allah terus memberi hidayah..


Cinta yang didamba itulah Pemandu..
Cinta itulah yang menguatkan jiwa khalifah agar setia pada pencipta,
Cinta itulah yang merelakan hati berkorban tanpa balasan..
Cinta itulah yang akur pada ketetapan dan jujur pada perbuatan,
Cinta itu tetap mempesonakan walau dirempuh berjuta dugaan..
Rindu yang menerpa itu Pengajar..
Rindu itulah yang membasahimu dengan tangisan syukur,
Rindu itulah yang meneguhkan janji yang bersimpul,
Rindu itulah yang sentiasa menguji cinta khalifah pada penciptaNya..
Rindu itu tetap menggetarkan hati yang menyintaiNya..
Rindu itulah yang akan terus memuji walau disakiti..

Pada,
Masa yang sentiasa meninggalkan kita jauh.
Umur yang semakin bertambah mendekati langkah..
D0sa yang sentiasa mahu mengekori..
Amal yang masih terumbang-ambing di jalanan..
Iman yang sentiasa diuji ke mana arahnya..

Apakah yang lebih manis melainkan syurga ciptaanNya?
Sedang dunia yang hina lagi dipuja..
Apakah yang lebih seksa dari Azab Neraka?
Sedang hati masih 'wahan' terleka..

"

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam."




Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..