Sunday, 5 December 2010

Berubah ke Mengubah??

Assalamualaikum..
Para tetamu yang sudi datang ke blog hina Effa,semoga setiap klik dapat memberi santapan buat jiwa dan rohani kte..=)
Apapun nak ucap terima kasih pada penaja setiap klik yang membentuk kalimah,siapa lagi kalau bukan cik Wanie..hihi..thanks dear.Atas sebab noty book Effa masih terlantar di kedai repair,maka atas kekangan itu blog ini seperti dilanda 'blackout' yang panjang..dan meminjam masa dan kudrat dari lappy cik wanie..(kekok rasanye..hihi)
Kembali pada topik~
::BERUBAH ATAU MENGUBAH??::
Hanya sedikit titipan khas buat malam ni..sempena awal Muharram yang akan datang tak lama lagi.Maka akan wujudlah perkataan 'hijrah' atau lebih sinonim di masyarakat kita..awal tahun baru islam.Bila sebut awal tahun maka kita tidak akan terlepas dari membuat azam tahun baru.Pada azam tahun baru tu tunjangnya adalah 'PERUBAHAN'
Tapi apa bezanya kita berubah atau mengubah?Apakah perubahan itu perlu mengikut situasi semata ataupun atas dasar tekanan yang menolak niat kite untuk berubah.Tapi apa yang Effa perlu tekankan di sini,berubah dan mengubah ialah dua perkataan yang berbeza.
Kehidupan ni akan sentiasa memerlukan perubahan,tanpa perubahan takkan ada kehidupan.Maka seharusnya kita yang perlu mengubah dulu sebelum berubah.Kalau nak tahu lebih lanjut nantikan entri seterusnya ye..(Masa x ckup..)
InsyaAllah...bertemu pada klik akan datang..wallahu a'lam~~~~



Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Saturday, 20 November 2010

::Kerana Syahadah Cinta::




PanggilanMu,
Pada setiap lima waktu,
Aku lihat mereka terburu-buru,
Ada yang berlari menuju ke rumahMu,
Dengan diri dibasahi air wudhu,
Sujud pada kiblat yang satu,
Mengharap keredhaan di JalanMu,
Sungguh aku terpaku,
Pada setiap hati yang tunduk menyembahMu!

SuruhanMu,
Pada Halal dikejar,
Pada Haram dihindar,
Aku lihat mereka tunduk malu,
Dengan diri tertutup terpelihara,
Sabar dan tetap pada syariat,
Mencari kemanisan,Pengorbanan dibuat,
Sungguh aku terkedu,
Pada setiap Jiwa yang merasai HadirMu!

KalimahMu,
Dibaca syahdu penuh berlagu,
Aku lihat mereka menangis sendu,
Lantas aku terpukau dipanah risau!
Buta jalan akhirat tak ku hirau,
Pada Al-Fatihah dan makna,
Pada surah yang menusuk dada,
Sungguh aku benar-benar bersyukur!
Syahadah terlafaz mengubur takbur.

KekasihMu,
Pada pengorbanan menegakkan Jihad,
Pada kesabaran menyampaikan ajaran,
Selawat dan pujian buatmu Rasulullah,
Sungguh aku terharu!
Pada tangismu mengenang umatmu,
Pada kalimah "ummati" di hujung nyawamu,
Benar,kau utusan yang mulia!

CahayaMu,
Pimpin hatiku menuju laluanMu,
Teguhkan Iman mencapai redhaMu,
Andai aku jatuh,
jatuhkan demi cintaMu,
Andai aku sakit,
Sakitilah aku untuk terus memujiMu,
Andai aku dihina,
Pasrahkan aku demi agamaMu,
Andai aku mati,
Matikan aku bersama lafaz untukMu..

Kerana syahadah cinta,
Tiada yang payah dalam susah,
Tiada yang resah walaupun tak berharta,
Tiada yang kecewa walaupun derita,
Kerana Allah tak memandang paras rupa,
Tika iman menghias jiwa,
memimpin haluan penuh hikmah dan rahsia..

Kerana syahadah itu..
Lailaha illallah..
Lailaha illallah..
Lailaha illallah...
Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah~


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

::Hilang dalam Terang::

Assalamualaikum wbt,
Salam petang yang tenang =)

Lama tidak menjengah blog usang hamba,adanya kekangan masa,keadaan kurang sihat..tp Alhamdulillah,kali ni sempat juga mencoret sesuatu.Credit to my bestfriend,Wanie..sudi pinjamkan lappy buat Effa.(almaklum,bila tuannye sakit,notybook effa pn sakit sama..hihi..cuti smntara dari menulis..byk sgt bnda tertangguh,Tp insyaAllah dgn izinnya..)

Sebelum tu sekali lagi ana ucap terima kasih banyak2 pada iluvislam sbb sudi share cerpen Effa 'Nafas cinta Insyirah' yg x seberapa.Dan segala puji kembali kepadaNya.Terima kasih yg sudi mesej Effa,buat pembaca yg tak henti-henti beri Effa sokongan dan ada juga yg nak Effa sambung cerpen tu.InsyaAllah..dalam proses.Doakan =)

Semoga apa yg tersirat mnjadi tersurat.Semoga segala kesilapan akan diperbetulkan dan mnjadi tatapan pengajaran.Selagi ilham berbisik di hati,selagi itu Effa terus menulis..Maaf kalau masih ada kecacatan dlm semua karya tak seberapa (insyaAllah akan diperbaiki setiap masa)

InsyaAllah,coming soon Nafas cinta Insyirah (versi Novel),Hijab Cinta An-Nisaa,Kerana syahadah cinta dan satu lagi masih tak tau tajuk pe..(Masih dalam proses...insyaAllah..)

Harap apa jua kesilapan Effa harap diperbetulkan,Effa ni Insan biasa.Takde yang sempurna.Harap takde yang kecil hati kat luar sana..Kalau ada tolong maafkan ek..(berapa kali la nak minta maaf ek..hihi)

>>>>>>Tukar topik lak..<<<<<

Pernah tak bila bangun pagi,terasa bosan dengan rutin diri?Naudzubillah..kadang-kadang perasaan kecil ni boleh melahirkan rasa putus asa dalam diri kita yg lemah kan.Tapi bila ada masalah melanda,terasa nak pejam mata je sampai masalah tu selesai sendiri kan?Masa ni pun boleh dilabel sebagai seorang yg putus asa..

Pernah tak bila kita tak dapat sesuatu kita rasa Marah,Kecewa geram sangat!Dan kadang-kadang bila kita jadi mangsa tipu pun,kita rasa apalah salah kita sampai kita ditipu macam tu.Lain lagi kalau cerita orang bercinta kan,yang putus tengah jalan,yang cinta sepenuh hati tapi tak pula sampai bsanding..Itu lagi kecewa hampa macam nak bunuh diri kan?Atau kita nak balas dendam ke..Ha..ini pun kita boleh dilabel sbg yg putus asa..

Effa bukan pakar motivasi ke..tak nak la judge orang suka hati.Cuma bila rasa 'down' sgt..insyaAllah..cuba baca tafsir Quran.Dalam tu banyak ayat yg memujuk jiwa.InsyaAllah..(xpe,baca surah-surah pendek dulu,kalau malas nak baca panjang..)

Sebut pasal Malas...Malas..Malas..Semua orang takkan terlepas dari perasaan ni tmasuk Effa sendiri.Kita malas bila kita hilang minat.Jadi bila nak elak rasa malas kita kena Minat?Minat bukan senang!
Cuma berkongsi,ayah pernah cakap..bila kita tak kenal maka tak cinta.Bila kita tak minat semuanya tak menjadi.Sebab tu bila rasa malas datang,kita istighfar banyak2,kemungkinan rasa malas ni datang dari bisikan syaitan.Doa kepada Allah.Beri makanan pada jiwa kita.Jiwa pun perlu santapan yang membangkitkan rasa semangat,nurani!Naluri!Kalau makanan beracun kita leh sakit,jadi berikan jiwa kita makanan yg sepatutnya..(x nak explain bab ni..hihi...search..search.. and save ur soul..cuba dgr lagu maher zain,ada jwpn byk kat sana~)

Takat ni je la coret-coret Effa petang ni..Mode sedih ckit.=(...

Salam kasih Sayang semua..With luv~

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Thursday, 18 November 2010

Cantik dilihat,tapi sakit bila disentuh~


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Monday, 15 November 2010

::Tarbiyah dalam rebah::


AMARAN : BACAAN SESUAI UNTUK ORG YG BERFIKIRAN TERBUKA DAN MAHU BERSEDEKAH SEDIKIT RUANG MASA.PENUH DGN EKSPRESI HATI.


Pada Perjalanan penuh Rahsia
Disitu aku kerap tersalah langkah dan mengalah,
Berbekalkan Cahaya Al-Fatihah
Padanya sebutan di lidah tanpa tahu makna,
Syahadah yang Memelihara,
Pada laluan kejap terang kejap kelam,
Iman yang sering diuji,
Sejauh mana dibenarkan hati,
Sekuat mana diperbuat anggota,
Pada detik waktu yang akan terhenti,
Sungguh aku dalam golongan yang RUGI!


Pada Perjalanan Rahsia yang penuh Hikmah,
Hati sering terluka hampir tak tertanggung Jiwa,
Kecewa setiap persinggahan hingga hilang laluan,
Doa yang kerap ditadah di saat musibah menjelma,
Sabar pada seminit dua dan pada dosa dipersalah,
Itulah aku yang diburu nafsu terburu,
Itulah laluanku yang kerap keliru di setiap penjuru,
Sungguh Hati perlu dirawat seberapa segera!


Semalam JATUH hari ini bangun kembali,
Semalam Jatuh dan kali ini merangkak lagi,
Semalam Jatuh dan kala ini terus merayap lagi,
Semalam Jatuh dan waktu ini..
Sakit tiada lagi,
Luka hanya calar,
Perjalanan diteruskan lagi..

Mungkin hari ini aku Jahil pada Laluan RahsiaMu,
Tapi terangi laluanku dengan terus mengingatiMu,
Biarkan aku terjatuh dan terus merasa luluh,
Agar padamu aku mengadu,
Agar padamu aku terus bersyukur,

Mungkin hari ini aku tidak merasai nikmat sakit dariMu,
Tapi ajarkan nadi terus sabar di takdirMu,
Biarkan aku sakit dan terus merasa perit,
Agar padamu aku bersujud,
Agar padamu aku bertahajud,

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakhbar
Tetapkan pujian padaMu di qalbi,
Andai aku menangis lagi,
Biarkan tangisan ku keranaMu,
Andai aku jatuh lagi,
Biarkan kerana ke arahMu,
Andai aku sakit lagi,
Biarkan kerana mengingati Mati..
Andai aku kecewa lagi,
Biarkan kerana mendekatiMu..
Pada Nafas yang berhembus perlahan,
Sedarkan aku pada jasad yang hanya Pinjaman,
Pada nadi yang punya denyutan,
Ingatkan aku amanah yang belum disempurnakan,
Pada masa yang telah ada perkiraan,
Persiapkan aku menjawab soalan dengan amalan,

*Pada Insan yang aku cintai dengan mata hati,
Sungguh Hanya Allah yang Mengetahui laluan kasih,
Semoga kita tidak Buta pada Ihsan,
Semoga harapan disuluhi Keikhlasan,
Biar kita terkorban dan jangan sekali Iman,
Cinta menuju keredhaan.

Pada kezaliman ajarkan ku kelembutan,
Pada godaan bisikkan ku kalimah Tuhan,
Pada kematian,
Ingatkan aku pada GILIRAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Effa15112010:0123

















Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Sunday, 14 November 2010

Kenapa aku study?!

(Entri ni Effa dah post kat blog Cahayaalyfa,tp insyaAllah..nak share kat blog ni pula..^~^  )


         "Kenapa aku belajar?"
         "Kenapa aku perlu amik exam?"
         "Kenapa aku mesti belajar hanya kerana nak dapatkan segulung ijazah?"
          Soalan ni memang kerapkali muncul menerja ruang akal dan minda.Bermula dengan tadika hinggalah ke alam kolej,soalan yang aku lontarkan ni mungkin nampak biasa dan jawapan yang aku terima pelbagai.Antaranya :-
          "Dengan ilmu sahaja kita mampu mengubah status hidup.Dari sederhana kepada yang mampu.Miskin ke kaya." (Benar,tak dinafikan..tetapi adakah setakat itu haluan ilmu yang kita pelajari?Andai sudah kaya raya bagaimana?Ilmu apa lagi yang sesuai untuk kita?Apa pula tujuan ilmu waktu itu?)
           "Ilmu membezakan yang bodoh dan pandai.Ilmu menjadikan kita lebih berakal." (Benar,tapi orang berilmu tidak semestinya berakal.Kita tengok sahaja pada jenayah kolar putih,mereka berilmu,malah ilmu agama sekalipun tetapi tetap melakukan kegiatan seperti orang tak berakal.)
            "Ilmu membawa kita ke peringkat lebih tinggi.Melalui ilmu kita kenal Iman.kita kenal pahala,kita belajar agama."(Benar,tepat sekali..tetapi masih lagi orang yang belajar agama pun tetap mencalarkan agamanya.Jadi ke mana haluan ilmu itu sebenarnya?)

               Sekadar untuk refresh diri,bagi aku kalau kita tanya pelajar sekarang terutamanya (trmasuk aku),semua belajar kerana 'exam',lepas habis exam maka hilanglah ilmu.Ilmu itu terbatas hanya pada peringkat itu sahaja.Terkadang terasa 'rugi' kerana tidak meletakkan 'niat' yang betul dalam menuntut ilmu.Semuanya mahu belajar.Kalau ada yang kata lillahi taala sekalipun tetapi terpesong juga niat entah ke mana.Belajar.Belajardan belajar.Itu sahaja yang dia tahu..tetapi dengan 'belajar' juga semua 'ibadah' lupa.
Bukankah kesucian niat sudah tercemar?MasyaAllah..itulah tunjangnya.Belajar tanpa ada niat samalah seperti naik perahu tanpa pendayungnya.Ah..semoga kita terhindar dari 'kelalaian berniat dengan betul' dalam menuntut ilmu.
              
               Beberapa minggu yang lalu,pensyarah aku turut meluahkan pendapatnya."Kenapa kita perlu belajar banyak kat Universiti ni sedangkan separuh atau lebih daripadanya tidak digunakan atau 'apply' untuk pekerjaan nanti.?"
               Lagi soalan yang sama menjajah ruang akal.
               "Nanti lepas kahwin baru aku nak belajar agama ni,sekarang ni aku nak enjoy dulu"
               Adakah ilmu agama ini ada waktu yang spesifik dan relevan untuk mempelajarinya.Dimana agaknya silap kita dalam meletakkan martabat ilmu itu sendiri.Ada akal,Fikir..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

              Tujuan post ni bukan untuk menuding sesiapa dan mencari kesilapan tetapi untuk 'muhasabah diri' yang sememangnya berkali-kali rebah.Beribu kali muhasabah tetapi jarang sekali istiqamah.Mencari kekuatan istiqamah itu bukannya terletak pada banyaknya ilmu tetapi kekuatan istiqamah orang berilmu letaknya pada keikhlasan dan niat yang betul.
              Kita lihat dari sudut lain pula,tiap-tiap insan itu punya corak pemikiran berbeza tentang 'kemahuan dan dorongan menuntut ilmu',kebanyakan daripada kita dicorakkan dari bentuk pemikiran keluarga.Belajar kerana ingin mengubah status keluarga.Belajar untuk dapat 'nama'.Belajar untuk dihormati.Tak salah mencorakkan anak-anak kita untuk menanamkan lagi semangat mahu belajar dalam jiwa mereka.Tapi apa yang ingin dikongsi disini..Mungkin kita terlalu 'keduniaan' kerana itu arah tuju kita lebih ke arah 'keduniaan',maka kasih sayang kita takut tidak mendapat 'keberkatan' dariNya.
           Ingat,kasih sayang kita bukan hanya kerana takut untuk melihat anak kita tak cukup makan di dunia,tetapi biarlah sampai takutnya kita andai mereka tidak berpeluang mencium bau syurga!Sebab itu dalam kes remaja sekarang,walau peringkat IPTA ke IPTS ke,sekolah menengah ke..masih ada keruntuhan akhlak.Kerana apa?Ilmu agama ada tetapi masih lagi buta pada agama?Ilmu dunia ada tapi masih jahil melihat dunia?Sebab kita tidak letakkan 'niat yang betul' dalam menuntut ilmu.Sebab itu bila kita belajar tanpa niat taqarrub kepadaNya maka kita semakin berilmu semakin jauh dari hidayahNya.Niat betul seandainya kita letakkan 'mata hati' dalam menuntut ilmu.Bukan ketajaman mata akal semata-mata kerana tajamnya mata akal  tanpa ketajaman 'mata hati' membataskan kita dalam mencari 'redha' dan terjerumus pada 'sesat'.

Sememangnya Lahiriah kita telah ditetapkan dalam Firman Allah dalam surah Al-Alaq ; Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk
menerima balasan).
(6~8)
Dan kepadaNyalah kita merujuk kembali~
 
         Sebab itu menuntut ilmu dalam Islam adalah Fardhu.
ntara lain tujuan menuntut ilmu ialah untuk membina kekuatan ummah Islam dan untuk mencari kemaslahatan masyarakat manusia. Membina kekuatan umat merupakan salah satu tanggungjawab para penuntut kerana merekalah bakal pemimpin di masa depan. Oleh yang demikian, kemaslahatan ummah banyak bergantung kepada pemimpin dan kepimpinannya.
        Contoh mudah :-
        Kita semua diajar untuk bersembahyang sejak kecil lagi.Sembahyang itu Fardhu.Wajib.Kita tahu tetapi berapa ramai yang mengamalkannya?Sikit bukan?Kenapa?
SEBAB ilmu yang kita pelajari itu tidak meresap dalam hati dan tidak masuk ke dalam jiwa.Maka jadilah kita jiwa yang leka.Kerana apa?Niat belajar solat itu hanya kerana mengikut budaya semata-mata (sebagai contoh) kerana orang lain pandai sembahyang aku pun kena pandai juga.
       Berapa ramai diluar sana yang tetap mengerjakan solat tetapi tahu bacaan surah yang dibaca dalam solatnya?Simple eg.Surah Al-Fatihah saja..Kita solat berulangkali tetapi mungkin makna surah Al-Fatihah masih ter'ingat' dan ter'lupa'.Ini kerana haluan niat yang tidak jitu.Maka dengan sebab itu tidak ada 'jiwa' dalam amalan ibadah kita.
      Pentingnya ilmu.Pentingnya niat yang betul.Mungkin kita kerap terlepas pandang.Dan sememangnya manusia dijadikan dalam keadaan sedemikian rupa.Sebab itu kita berniat bertunjangkan sandaran kukuh,berniat lillahi taala kerana Dia tahu apa yang dihadapan dan dibelakang.Minta ilmu dariNya.Belajar keranaNya.InsyaAllah sekiranya kita bersandarkan kekuatan niat maka kekuatan ilmu itu akan terserlah dalam menguatkan lahiriah dan rohaniah kita sesama ummah.
      
Sabba Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

"Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia cegah dengan tangannya (kuasa), sekiranya tidak mampu cegahlah ia dengan lisan seandainya tidak mampu juga; cegahlah ia dengan hati itu yang paling lemah imannya."
Kejarlah akhirat dan Dunia akan mengikutimu.
Atas kasih sayang,dalam kesempatan..kita betulkan niat.Belajar itu akan jadi ibadah andai kita berniat keranaNya.InsyaAllah yang kita kejar di dunia adalah RedhaNya.Bukan pangkat,bukan harta,bukan nama..kelak bila kita terjatuh dan menemui kegagalan dalam berilmu kita akan sentiasa beringat.Oh,ilmu itu dariNya..dia berhak beri pada sesiapa pun.Itulah beza kita dengan orang yang bukan Islam.Allah tetap memberi rahmatnya dalam memberikan ilmu pada mereka,walaupun ilmu mengenal diri masih lagi buta.Tetapi kita cenderung terpikat pada cara 'mereka' dengan sebab itu 'agama' terpinggir.Pemikiran sekular yang menjajah minda inilah yang menjadi penyakit dikalangan pelajar Islam.Tak perlu solat pun pandai juga.
Tak perlu lah doa panjang-panjang kalau gagal tu gagal juga.
Mana Iman kita?Tunjang ilmu kita melalui Allah.Bukan kejayaan dunia yang jadi pengukur kita disana.Kegagalan kita di dunia belum tentu bersambung di akhirat.Apa-apa berlaku segalanya berpaksikan kepada mengingati Allah.Kita lahir dengan azan dan kita pergi suatu hari nanti dengan bacaan doa.Jangan kerana ilmu kita 'riak',bangga meleret-leret..sejauh mana bumi dipijak kita masih berada dalam pengawasanNya,masih berpijak dibumi ciptaannya,kaki yang melangkah pun turut dari pinjamanNya.Refresh diri,betulkan niat..InsyaAllah..ada cinta,ada jiwa,ada redha~

Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak”. (Al-Baqarah:269)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Segala yang baik dan buruk datang dari Allah atas kehendakNya.Segala pujian kembali padaNya.Alhamdulillah atas masa dan kudrat dariNya.
Wallahu a'lam..




Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Friday, 29 October 2010

Sekilas pandang pun tak nampak kalau dah BUTA~


Assalamualaikum Wbt..
Alhamdulillah atas nafas dan rezeki pada hari ni,berpeluang juga meminjam sedikit masa yg terluang untuk bertandang di blog hamba yang hina.Hari jumaat yg mulia ini Effa berpeluang mendengar ceramah di kolej petang tadi yg dianjurkan pihak kolej.Syukran pada semua tenaga yg terlibat menjayakan!Semoga Allah meredhai amal anda..Jazakallahu khairan~

Sekadar ingin merumuskan apa yg Effa dengar pada ceramah tadi.Ceramah yang agak umum dan banyak menyentuh tentang hal-hal remaja dalam Islam.Bila sebut tentang ceramah agama,boleh la dikatakan semua orang pasti bosan nak dengar.Tapi tertarik dgn cara penyampaian Ustaz Hassan Basri (Maaf,tak tau la betul ke ejaannye..) dari SM Teknik Sejingkat ni.Santai,bersahaja tapi sinis dan penuh makna! I like!! Teringat pula masa sekolah kat SM Teknik  Likas dulu..setiap minggu ada beberapa kali ceramah agama kat surau.(walaupun adakalanya tertidur gak bila dgr ceramah yg straight je membaca)

Dalam ceramah tadi ,point utama yg ditekankan ialah tujuan hidup.Apa sebenarnya tujuan kita hidup?Dan jawapannya ialah kita hidup untuk bersedia pada kematian.Eh,nape pulak hidup nak sedia mati?Yakinlah saudara sekalian akan penghidupan selepas mati.Kita mati didunia dan akan ada lagi penghidupan di alam kubur n alam barzakh.Jadi,sekali lagi..apa tujuan kita hidup?(fikirkan..)
Sedikit selingan untuk muhasabah jiwa yg kerap rebah : -

Apa ertinya hidup di dunia ..??
Inginkan bahagia sengsara yang tiba..
Inginkan ketenangan malah malapetaka menimpa,
Jangankan Hati..
Jiwa pun mula gelisah!
Sekejap  gembira itu tiba..
Ujian pula yang berganti..
 
Duhai Hati yang sudah mati!
Hidupkan dirimu dengan Iman!
Iman itu satu jalan menuju cahaya..
Hidupkan jiwamu dengan Ibadah!
Ibadah itu meluruskan jalan,
Hidupkan niatmu,
Hiduplah seperti mati esok hari,
Sesungguhnya hidup ini hanya pinjaman seketika,
Bukan sekadar meredah kehidupan,
Tapi mengembara dalam keredhaan…

Tiada niat untuk menyindir sesiapa ye..Cuma kadang terasa sedikit sebak bila sindiran-sindiran tentang keMATIan itu disambut dengan gelak tawa.Tidakkah terasa GENTAR di ruang HATI?Tidakkah terasa TAKUT berdepan dgn keMATIan yg tiba bila-bila masa?Mungkin kita boleh bergelak tawa dgn pelbagai cara kematian  sekarang beramai-ramai (cth kemalangan ngeri bas)/mati yg mengaibkan..tp fikir lah lagi..Apakah sindiran mengenai keMATIan itu tak menusuk ke hati?Astaghfirullah..kita yg masih hidup pasti mati bila2 masa,dan bagaimana caranya?Apakah sedia atau belum?Hanya Allah yg mengetahui.Cuma,Ingat..Kematian itu bukan suatu gelak ketawa.Andai mayat diusung ke tanah pusara,masihkah bibir mahu tersenyum tawa atau air mata membasahi wajah~sama2 fikir2 kan..

Kembali ke isi ceramah agama tadi.Effa akan rumuskan secara ringkas je..takut korang bosan pulak!Apapun pada yg sudi membaca coretan hamba..terima kasih dan Alhamdulillah. Dalam ceramah tadi ada perkongsian tentang kehebatan manusia dan ciri2 manusia hebat.

1)Aqidah Mantap

-Kalimah Tauhid(La ilaha illallah)
Inilah kalimah yg kita perlu pegang dan jaga!Bila kita sematkan didada,dan bila kita yakin..dimana pun berada..tempat sunyi,tempat gelap,kwasan pub atau ruang rehat,insyaALLAH akan ada kalimah tauhid di dada inilah yg menjaga kita .
-Halal & Haram (x perlu hurai..semua dah tahu kan..)
-Jaga Akidah dengan Syahadah
Syahadah ni bukan masa solat je,eh tau kea pa syahadah tu..Ha…masa kita angkat jari telunjuk dalam tahiyat awal dan akhir tu.Ha..bukan masa tu je..(psst..rasa2 kan,masa nk buat dosa tu,cuba kita lafaz syahadah,terasa bergetar tak dalam hati?InsyaAllah..pasti takut nak tambah list dosa~)

2)Ibadah Betul.
Ramai yang beribadah tapi ramai juga yang beribadah tapi sebenarnya tiada makna.Ibadah ni bila kita menyerahkan diri kepada Allah.Jadi,bila kita buat sesuatu bukan kerana Allah ta’ala adakah ianya dianggap ibadah?Maka niat itu harus ada.Ibadah utama tunjangnya Solat.Macam buat rumah,kena ada tiang kan.Kalau xde pun takpe,tapi agak2 selamat ke nak masuk rumah tu..err,jawab sndiri la ek)

3)Berilmu
Orang yang tinggi ilmunya belum tentu kenal agama,orang yang kenal  agamanya pasti tinggi ilmunya.Uish..nape kata macam tu?Ha..dalam konteks ni jangan timbulkan kes ustaz masuk penjara sebab mencuri ke ape ke..sebab org yg kenal agama ni tahu akan apa yg dia percaya.Maka seharusnya dia tak kan buat apa yang agamanye larang.

Sebab itu tahu agama belum tentu kita dah cukup Iman.Tapi kenal agama dulu,baru kita akan kenal apa kehidupan sebenar.Bila kita kenal iman baru kita rasa yang susah ni macam kesenangan je..sebab kita fikir ke hadapan.Fikirkan laluan ke akhirat sana bukan hanya persinggahan kita didunia ni~
-Ada ilmu barulah kita tahu agama,tahu bagaimana nak solat,tahu bagaimana nak buat ibadah.
-Ilmu ni bukan ilmu fardu Ain je,tapi Fardu Kifaiyah jgn lupa..maka kita bukan hanya nak tahu camne nak solat lima,kita pun perlu tahu bagaimana nak mandikan jenazah,nak solatkan jenazah..sbg contoh ekk~

Akhir kata..semoga perkongsian kita diberkati dan dirahmati Allah swt.Alhamdulillah atas masanya,dan insyaAllah bertemu lagi pada entri akan datang..
Wallahu a’lam..

(P/S-Agak terkejut kat kolej tadi,tak sangka ramai juga yang muslim ye..selama ni yang disangka bukan islam rupanya Islam.MasyaAllah..yg pompuan manis berbaju kurung,yg lelaki pula sopan berbaju melayu..aiseh…besh la tgok kumpulan pelajar macam ni.Wah!!Tapi apapun..bersihkan hati kita ek dan betulkan niat kita yg mungkin kdg2 terbengkok ckit.Pada yg baru belajar bertudung..alhamdulillah,keep it up^^..i like =) )



Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Tuesday, 12 October 2010

Cerpen : Istikharah Cinta





   "Aku bosan dengan hidup aku!!"itu yang keluar dari Zulaikha.Ini bukan kali pertama,rasanya hampir setiap minggu gadis kecil itu akan menjerit secara tiba-tiba dan meluahkan rasa meluatnya dengan kehidupannya sekarang.
   "Eh,kau ni kenapa?Hujan tak,ribut pun tak! Tiba-tiba je bosan dengan hidup!Sepatutnya kau kena bersyukur tau,dalam dunia ni ramai yang menderita sakit,ramai yang mati kebuluran malah ada yang mati dalam mengaibkan.Aku tengok kau sihat walafiat je boleh kata macam tu.Sedarlah sikit!"bentak Humairah geram.Ini juga bukan kali pertama dia menasihatkan Zulaikha.Zulaikha terus memandang wajah Humaira,sugul.
    "Kau gaduh dengan boyfriend kau ye?"Humaira mula meneka.
    "Tak."Zulaikha menggeleng.
    "Kau gagal exam?"
    "Tak."
    "Habis tu,kenapa stress semacam je?Buang tebiat?"
    "Aku rasa bosanlah dengan hidup aku.Entah la.."
    "Istighfar banyak-banyak Zul.Kita ni ada iman,kau ni cakap macam tak ada tuhan je."
    "Aku rasa aku nak break je la dengan si Farhan  tu."
    "Oh..korang gaduh ek?Tak mengaku pula!"
    "Bukanlah!Tapi aku rasa sejak aku bercouple dengan Farhan tu aku leka.Aku rasa aku kehilangan sesuatu!Macam ada yang kosong je dalam hati aku."
     "Amboi..bukan main bermadah pujangga lagi kawan aku sorang ni."
     "Aku serius la Mai,aku nak dapat jiwa aku yang hilang tu."
     "Aku tak faham!Jiwa apa ni Zul?"
****************************************
     Lagu Maher Zain,Always be there dimainkan berulang.Liriknya cuba diamati dan dihayati satu persatu.

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart


So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…


    Tidak semena-mena tangisan membasahi pipi Zulaikha.Lirik ini terlalu menyentuh qalbunya.Selalunya air mata ini selalu sahaja berlinang pada lagu kecewa nyanyian Bon Jovi,ataupun lagu nyanyian Search yang kerapkali menyentuh ruang emosinya.Tapi kali ini lain...
     "Sini pun kau Zul!Puas aku cari kau!"Sergah Humaira tiba-tiba dan pantas jari-jemarinya menyeka linangan air mata yang mula membasahi pipi gebunya.Bantalnya yang basah cepat-cepat dialihkan dari pandangan sahabatnya.
     "Waalaikumussalam.."ujar Zulaikha sinis.Sengaja menyindir sahabat baiknya yang datang tanpa salam.
     "Eh,Assalamualaikum..hee."Mai tersengih mengakui kesilapannya.
     "Waalaikumussalam,kenapa cari aku?Ada hal mustahak ke?"
     "Ya Allah..kau tau tak apa kau buat ni?Kau tak datang kelas Encik Hafiz tau hari ni,3 jam kuliah pula tu!"
     "So,apa masalahnya?"
     "Apa masalah kau kata?Cik Zulaikha,aku tak tahu la nak nasihat apa lagi dengan kau,sebelum ni tak pernah pun kau ponteng kelas,lepas tu melepak kat rumah siap dengar lagu?Lepas tu buat muka selamba pulak!Sejak-sejak kau putus dengan si Farhan ni la kau dah banyak berubah,Zul.Aku rindukan Zul yang dulu.."Mai duduk di sisi Zul yang berbaring di katil dengan MP4 kesayangannya.
      "Kalau aku pergi kelas tak ikhlas pun takde makna Mai.Lagi satu hal,perubahan aku takde kena mengena dengan budak Farhan tu!Malah aku lebih sukakan aku yang sekarang.Kau tak patut rindu Zul yang dulu.Zul yang dulu tu jahil,penakut."
      "Ini bukan soal ikhlas atau tak,Zul.Tapi apa tujuan kau datang ke kolej ni nak belajar,bukan nak pergi kelas bila ikhlas je.Zul yang sekarang pula apa?Pemberontak?"
       "Mai,kau tak faham."
       "Oh ya,Farhan nak jumpa kau esok.Dia kata dia ada hal nak cakap dengan kau.Lagipun dia pun dapat tau yang kau dah jadi kaki ponteng sekarang ni.Mungkin dia pun rasa bersalah dengan perangai kau sekarang ni."
        "Aku tak ada masa la Mai.Cakap kat dia yang aku sibuk.Sekarang ni aku hidup ke,aku mati ke..aku punya hal la..takde kaitan dengan dia."Bentak Zulaikha geram.Benci merasuk hati mendengar nama Farhan disebut-sebut.
        "MasyaAllah..Zulaikha!Cuba kau beritahu aku..apa masalah kau sebenarnya?"
        "Masalahnya ialah aku!Hati aku!"

 :::Benarlah apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW: “ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.



 *******************************************

          
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way

Lirik Maher Zain bergema di ruang hati.'InsyaAllah' bisik hati kecil Zulaikha.Kakinya melangkah yakin menuju kelas.Terasa dirinya bagaikan bunga yang baru disirami air setelah lama dibiarkan layu.Terasa 'tudung' yang dipakainya seakan pelindung buat diri dan hatinya.Bacaan Al-mathurat yang dibaca pagi tadi menyinari hari paginya.Bersinar hingga ke kamar hati.
       Setibanya di kelas,matanya melilau mencari tempat duduk kosong.Tempat menimba ilmu dari Allah.Itu yang disemat dalam hati. ‘Aku belajar kerana Allah’.Hampa.Kerusi disebelah Farhan dilihatnya seakan ketawa mengejek ke arahnya.Nampaknya hanya itu satu-satunya tempat yang ada.Ya Allah,kuatkan hati aku!
        “Ika,tunggu sekejap!”jerit kecil Farhan yang menjadi antara pelajar terakhir keluar dari ruang kuliah.
        “Ada apa?”cebik Zulaikha.Benci bila teringat satu-satunya insan yang memanggil dirinya dengan nama Ika hanyalah Farhan.
        “Jom ke kafe.Farhan belanja lunch?”
        “Maaflah,Ika puasa hari ni.So,ada perkara yang penting lagi ke nak beritahu Ika?”
        “Oh,sebelum tu Farhan minta maaf sebab ganggu Ika dan buat Ika tak gembira selama ni.”
        “Farhan..ini semua bukan sebab awak.Tapi Ika sendiri.Kelemahan Ika.Ika rasa kosong sebelum ni.Bosan dengan rutin hidup Ika.Biarlah Allah yang atur haluan cinta kita..”
         “Tapi Farhan sayangkan Ika,ikhlas.”
         “Kerana Allah?”
         “InsyaAllah..”
         “Kalau macam tu jangan berharap dengan Ika.Berharap dengan Allah.InsyaAllah..Hanya Dia yang tahu apa terbaik untuk kita.Ikhlas tu bukan satu permintaan untuk mendapatkan apa-apa balasan.Tapi ikhlas tu bila kita cuba melakukan dengan sepenuh harapan tanpa mengharapkan balasan.”Zulaikha meninggalkan Farhan.Mengharap agar Allah mengilhami Farhan untuk memahami niat perubahannya.

"Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari & Muslim)

************************************************
 
Adakalanya Hati terasa begitu kosong,
Adakalanya Jiwa terasa terlalu hambar,
Adakalanya Cinta terasa mulai pudar,
Hinggakan Rindu singgah hanya seketika.

Pada Jalan yang sudah tersedia,
Lupa Niat diletakkan bersama,
Pada Ibadah yang mula terleka,
Hilang Ikhlas yang mahu bersama..

Ada apa pada Jiwa?
Di saat Takbir diangkat dan Al-Fatihah dibaca,
Sekadar laungan di dada sekadar bacaan tanpa memahami makna,
Di saat rukuk dan sujud sesaat dua,
Sekadar menghabiskan bacaan yang cukup tiga,
Di saat tangan diangkat dan menyusun doa,
Sekadar meminta tanpa harapan itu ada.
Di saat AlQuran dilagukan dan tajwid  terjaga sempurna,
Sekadar alunan tanpa menghayati maksud setiap ayatnya,
Di saat zikir dengan jari yang berusaha mengira,
Sekadar cukup tiga puluh tiga dan selesai sudah puji padaNya.

Apa ada pada Hati?
Di kala solat lima bukan lagi pada masanya,
Di kala Syahadah hanya pada jari telunjuk yang terarah,
Di kala Doa hanya pada tangan yang menadah,
Di kala selawat pada baginda kadangkala cuma,
Di kala Yakin hanya pada bibir yang berkata,
Di kala niat tersimpang entah ke mana,
Di kala jiwa terleka dengan lagha yang menggoda.

Puas dicari dimana silapnya,
Puas dijejaki dimana Istiqamah,
Seruan kedengaran namun masih menunggu,
Jalan hidayah tersedia namun belum melangkah,
Lalu,
Segalanya kembali pada Fitrah.
Segalanya berputar kembali pada Pencipta,
Segalanya berpaksi pada Niat.

Tetaplah pada Rukun Islam,
Cintalah pada Rukun Iman,
Ketetapan illahi berbolaknya Hati pada kehendakNya,
Istiqamah akan ditemui andai Ihsan diajar ke hati,
Ikhlas akan meresap di hati andai Sabar disuntik ke jiwa.
Mula dengan Nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah,
Rawatkan Hati yang terluka dan Jiwa yang rebah
Agar selalu pada Syahadah CintaNya

Zulaikha memasukkan puisi ke dalam blognya.Matanya memandang jarum jam yang menunjukkan jam dua pagi,tepat.Sukar dirinya melelapkan mata tatkala debaran menanti hari esok itu tiba.Zulaikha bangun dan menyucikan diri dengan berwudhu.Air wudhu yang membasahi jasad memberi frekuensi sejuk dan tenang dalam diri.Solat Istikharah didirikan.InsyaAllah..
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika pernikahan ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu pernikahan ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”airmata mengiringi penghujung doa Istikharahnya malam itu.Zulaikha dan bakal suaminya Farhan.Semoga Allah membukakan jalan terbaik buat kami.

Ya Allah… Jiwa kami ada dalam genggamanMu maka izinkanlah jiwa kami  selalu bertaut dalam cintaMuYa Allah…Permintaan terakhirku, semoga kami berdua selalu berada dalam perlindunganMu..Ameen”



Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.


                                                                               TAMAT

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Inilah hasilnya bila aku dilanda STRESS.Cerpen yang dipublish tanpa diedit kemas.Ini antara kaedah aku nak rawat hati yang kerapkali tersungkur dimana-mana arah.Cerpen ni aku buat dalam beberapa jam dan sementara nak Refresh diri sambung study ngee..(kebelakangan ni aku terasa seperti keHILANGan..=(...   )
Apapun,segala yg baik itu datang dari Allah dan kekurangan tu datang dari Allah atas kelemahan Effa sendiri.So,i'm sowie kalau buat org baca ni makin stress ke..apa ke...Apa-apa puisi atau perkataan dalam cerpen ni takde unsur nak menyindir sesiapa.(Tapi sindir effa sendiri la..)Senyum2 selalu~Minta maaf taw.~Alhamdulillah...keep spreading this word^^

Senyum2 slalu =)


Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Tuesday, 5 October 2010

Breath of Love ya Rabb (Nafas cintaMu)


Satu klik 'niatkan kepada Allah'
This is a  Nafas CintaMu in the English version. Keep personal self-reflection, I take time to translate bit by bit and if there is an error please please correct me right ..

Surely my heart belongs to God, was uncertain of his heart is back and he will.
Like a cracked or broken glass shattered on the list may not be back, but God willing, even cracking the mirror we can see the shadow of ourselves in the mirror fragments.  

That is also the heart, how bad and evil ourselves, we still see 'it myself' in the mirror, as 'creatures of God we are' in front of him. It was a matter of fact. look into the mirror and say, 'the others'.Never. That we are about to keep changing ourselves  and that is the beginning from the faith that guides our minds and actions.




"Life will not be meaningful without laughter ..
Life will not be meaningful without the benefit ..
My brother, only live once!Cheer your heart's content!Because when the parents rushed the next day,Certainly not powerless to face life .. "The voice seemed to penetrate qalbi ..
 
BUT. . .
How might I be able to laugh?
When remembered sins piled,
No reward is being collected,

How might I be able to forget?

In the penalty provided in the hell?

On the day of reckoning would arrive?

Being myself there is no available ..

How might I be able to so engrossed?
Laughing laughter while getting close to the grave ..
Happy being themselves will be disqualified ..

Slipped from the world ..

Scaling down the hereafter ..

Dropped out to pursue ONE

Enough laughter yesterday left the spot ..

Stain is a master of the ship, the world ..

When the wave struck, killed nearly swallowed by the waves ..

Be happy covering the sky crave space ..

But the fog was brought vague direction where distracted somehow ..

Conquering the world, but the wind screen always remember the hereafter.
Weak faith by pledging himself mortal world ..
So ignorant  risking personal faith in the property,
 
Then,Give me the answer ..
How could I laugh because the world?

The world that sells complacent and pretense,

Purchased with the hell with coupon of sin.

Right now
Aware of all that crying ..Crying all the develop ...
Brings slave to that which Hasanah ..

So I'm going to CRY,

This little uneasy faith eroded ..

The fear of slicing ONE ..

The testimony is not worried


"Ah, your age is too young to fear!
Step is still far away, O young man,

Come while there is still time,
Still energetic and capable ..
We just hit-and sharia is no limit ..

Tomorrow, when the body chewed age ..

Sit down to spend time in prayer mats,
Allah is Forgiving, Most Gracious, right,
Sure he received a charitable and religious.
That's we called Life
! "The third voice continued appeasement ..

Do you know what exactly is love?
Do you know what miss is?

If you know,

Definitely do not stop your lips sing,

Thankful, every second pulse is given ..

If you know,
Sure you firmly on the prostrate bodyand build on tahajud,If you know,Sure wept tears dry Overflowing love through food gift ..
At the end of each prayer sun ..
If only you understand ..
Sure to be a happy accident ..
Sure the pain that you yearn ..
Definitely do not lift your forehead from the prayer mat ..

Your hands definitely catch up soon ..

Requesting Allah continue to give guidance ..

Love is a dream that driver and motivate  ..
 
Love is the soul of the caliph to strengthen loyalty to the author,
Love is what allow the heart to give up without a reply ..

Love is what conforms to the resolutions and honest in the act,

Love is still stunning even hit a million allegations ..

The longing is headed for the Instructor ..

That longing what wetting you
with tears of gratitude,
That longing is a promise to establish a bersimpul,

That longing for love that is always testing the inheritors of the creator ..

That longing is still love the thrill of God ..

That longing is what will continue to praise even hurt ..
On,Time is always left us far.Increasing age step closer ..
sin always wanted to follow ..

Charity is still wobbling on the streets ..
Faith is always tested to any direction ..

What is sweeter than the creation of heaven?As the world who despise the adored ..
What more punishment of Hell-Fire?

Though still 'wahan' engrossed ..

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful ..
God is great and all praise be to Allah abundantly. Praise be to Allah during the morning and evening. I confront my face to God who created heaven and earth, the atmosphere is straight and trust, and I'm not of the idolaters. Indeed solatku, prayer, my life, my death are for Allah, Lord of the Universe.
There is no partner with Him and me ordered not to associate anything with Him, and I join the Muslims.
The name of love ..
"I bear witness there is no god but Allah, and Muhammad is the Messenger of Allah .."

On the breath of love ...

Subhanallah ..

Alhamdulillah ..

AllahuAkhbar ..

Jihad for your love,ya Rabb ...
Keep my heart to always remember ..Keep my heart for always believing ..

P/s~Thank you to those who have shared this poem, hope to bring awareness for all of us and especially I myself, InsyaAllah .. Praise God we return to Allah almighty
Credit back to iluvislam..TQ

Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Wednesday, 29 September 2010

Ekspresi Hari ini




Assalamualaikum Wbt..

(panjang ni..kalo x snggup baca..dah..heheh..ayat yg kejam)
Lama tak berkunjung dan memberi coretan ke blog serba Hina ni,kadang-kadang ilham seakan segan untuk muncul dan jari-jemari seakan malu untuk menaip sesuatu.Entah apa yang perlu disegankan,entah apa yang perlu dimalukan..huhu..Effa hanya Insan Biasa.Semangat pun mampu luntur bila-bila masa.Apapun,buat semua pembaca yang tidak putus-putus memberikan dorongan diucapkan ucapan ribuan terima kasih tak terhingga.Anda yang membuatkan Effa tidak berhenti dan tidak gentar untuk menulis.Dan tentulah kekuatan yang lahir dari kudratNya dan kehendakNya membuatkan mesej dalam penulisan itu sampai buat para pembaca yang disayangi.
Sejak akhir-akhir ni ramai yang bertanyakan tentang nama facebook Effa yang bertukar pada 'Penulis Buta' .Butakah penulisnya?Apa yang buta pada Effa?Bukan gimik tapi hakikatnya diri sengaja menggelarkan nama sedemikian rupa.Bukan 'buta' pandangan yang dimaksudkan,tetapi diri kalau boleh biarlah 'buta' pada pujian,dan buta pada riak.InsyaAllah..InsyaAllah..Biarlah  diri ini menjadi  Penulis Buta pada Keduniaan.Diri menulis bukan kerana dahagakan perhatian cuma inginkan mesej dan buah fikiran itu dikongsi bersama.Tiada paksaan untuk bersetuju dalam segala hal yg ditulis.Perbezaan pendapat itu akan ada.Tetapi walau berbeza mana pun kita,biarlah kita kembali kepada Fitrah untuk sentiasa ingat siapa diri kita pada pencipta.Biarlah kudrat yg dipinjam pada kita dimanfaatkan sebaiknya.Bukan untuk mencari 'gaduh' hanya kerana hal remeh,banyak lagi kita perlu fokuskan..yg pasti semua mahukan Redha dariNya.Maka,seharusnya perkongsian dan penulisan itu tidak terpesong ke arah mencari keMurkaanNya.
TETAPI,Effa terlalu kesal dengan segelintir user kat FB.Dunia ini memang semakin canggih dengan terciptanya teknologi yang memudahkan urusan kita.Segalanya menjadi mudah dan segera!Tapi janganlah kerana kemudahan itu kita turut menjadikan dosa semakin canggih.Hanya dengan satu klik anda dapat dosa.Begitu mudah dan segera! InsyaAllah,semoga Allah sentiasa memberikan sikap 'sabar' dalam mengharungi apa-apa jua kritikan dan cacian.Sesungguhnya 'marah' itu perlu dielak.Marah itu penyakit Hati.Bila tidak dirawat maka Hati akan menjadi Kotor dan susah untuk kita melakukan Amalan padaNya dengan Ikhlas.Mungkin ada yang menganggap ini remeh,tapi sebenarnya hal yang kita sering terlepas pandang ini lah selalunya menjadi titik yang sepatutnya bertukar pada potensi tetapi hanya menjadi titik hitam yang tidak berERTI.
Sedar atau tidak,anda meluahkan rasa marah anda dengan menconteng wall FB anda dengan 'makian' dan kutukan pedas sama seperti anda menjemput atau mempelawa rakan-rakan anda untuk meletakkan komen yang menyambung kutukan dan menyokong tindakan 'murni' anda.Bagi pihak yang secara tidak sengaja menyukai atau mengklik 'LIKE' pada status anda,pihak itu turut sama terlibat dalam aktiviti 'sihat' anda.Saham akan masuk setiap kali orang lain turut serta dalam perbincangan musyawarah anda.Bayangkan kalau sepuluh orang Like dan 10 orang tadi ikut tindakan anda.Berapa agaknya income yang anda dapat dalam akaun 'dosa' anda?Ada akal FIKIR.Ada Hati SELAMI..
Beralih pada sudut yang lain,hampir semua rakan kita memiliki akaun FB.Effa tak nak mempertikaikan samaada tindakan ni wajib atau haram.TETAPI apa yang perlu dikongsikan disini,jangan sesekali mengambil kesempatan untuk membuka ‘aib’ saudara dan rakan anda.Samaada kita memalukannya dengan menyebarkan kelakuan buruk belakang tabir hidup atau pun men’tag’  (aku xtaw apa dlm B.Melayu ayat ni) mereka dalam keadaan yg mengaibkan.(yg ni lu pikiyaq la sndiri).Mungkin pada kita ia Cuma situasi BIASA,tapi belum tentu mereka berpandangan seperti anda.Mungkin juga ada yg lain menganggap ianya sebagai ‘HIBURAN’ dan untuk menarik ‘PERHATIAN’,tapi jangan kerana sentiment sedemikian anda telah mencipta ruang ‘satu klik satu dosa’.Bayangkan berapa ramai yang mentertawakan,mengejek atau melihat gambar yang ditagged tu.MasyaAllah,bagi yang sedar,anda mampu merubahnya.~
Berlainan dengan Video yang kita kongsikan bersama rakan-rakan lain sepatutnya tidak ada unsur mengaibkan seseorang.PENTING untuk kit ambil peduli tentang Aib orang.Kenapa?Allah telah berfirman sesiapa yang membuka aib saudaranya maka Allah akan buka aibnya di hari perhitungan nanti.So,beringatlah..Pesanan untuk diri sendiri juga.Lagi satu hal,kenapa pula kita nak menghebohkan aktiviti harian dalam hidup kita.Allah telah menutup keaiban kita,sebab tu ada diantara mereka memandang kita BAIK  walaupun kita rasa kita tidak cukup baik.Seandai saja dosa itu kelihatan seperti debu pasti diri ini terlindung dan berkabuskan debu.TETAPI kita seringkali lupa,walhal aib kita sendiri pun kita buka.Anda melakukan kejahatan pada si fulan pun anda umumkan pada semua rakan di FB.Berbangga.Bayangkan kalau rakan lain mencontohi sikap anda.MasyaAllah..Kadang-kadang gambar berduaan yang bukan muhrim  dengan aksi ter’OVER sudah turut dikongsikan bersama,dan rakan lain meng’LIKE’ atau menyukai album anda.Awas,Satu klik,Income masuk ke akaun DOSA kita!
Berhati-hatilah dengan perkataan anda.Effa sendiri kerap melakukan kesilapan,sebab tu Effa kalau boleh biarlah kita berkongsi pesan dan menjauhi kemungkaran.Ingat,disetiap kiri dan kanan anak Adam aka n ada Malaikat yang tidak pernah REHAT dari tugasnya,apatah lagi MC,sickleave.Setiap perkataan dan perbuatan akan sentiasa dicatit dan di’update’ dalam buku kita.FB adalah tapak komunikasi terbaik untuk rebut pahala,kongsi ilmu, tetapi  jangan sesekali berkongsi DOSA juga.Inilah yang sering menjadi Muhasabah dalam diri Effa.Apa yang anda buat pasti akan ada balasannya.Tidak hari ini,pasti esok lusa.Tidak di Dunia pasti di Akhirat.Jangan sesekali menyakiti hati orang lain.Allah itu tidak pernah TIDUR.Mungkin esok hari anda pula diSAKITI dan diCACI.
Jika anda ingin berubah,perlu kenal pasti kelemahan diri dahulu.Kalau anda mudah marah,mudah memaki,maka jauhi la situasi-situasi yang mendorong anda untuk meletuskan kemarahan yang sukar dikawal.Bagaimana hendak mengawal?Gunakan akal..fikir tentang kebaikan apa yang akan anda peroleh atau kesinambungan daripadanya.Gunakan Hati..betulkan niat yang mungkin terbengkok sedikit dari strukturnya.Kalau nak betulkan orang,betulkan diri kita terlebih dahulu.Berkata sememangnya Mudah tapi mengamalkan payah.Kuncinya DOA.BerDoa la dgn hati yang mengharap dan penuh  ikhlas,insyaAllah..

Bukan mahu mencari kesilapan dan kesalahan orang lain,tetapi selagi kita seagama kita adalah saudara.Amar makruf Nahi Munkar.Sebaiknya kita tegur sekiranya ada saudara kita yang terleka.Tegurlah dengan cara berhemah.Dan ingat,tidak semua akan menerima teguran kita dengan baik.Malah ada yang membalas dengan kutukan.Dalam Firman Allah melalui surah Al-Asr ayat 1 hingga 3 ada menyebut : 
"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "
  Jangan sesekali MALU untuk memberi nasihat kepada orang lain.Nasihat terbaik itu tidak seharusnya menjadikan orang yang anda nasihat itu berubah,tetapi nasihat itulah yang membawa kita kepada merendahkan rasa ego,melahirkan rasa kasih sesama saudara dan tentunya menjadikan kita insan yang ke arah berbuat baik dalam mengamalkan nasihat yang diberi.
'Kita menjadikan diri berMotivasi dengan cara memberi Motivasi kepada Orang lain.' 
Akhir kata,salam kasih sayang dari saya..apa yg baik datang dari Allah dan yang buruk pun datang dari Allah atas kelemahan saya sendiri. Semoga kita sentiasa dapat memperbaiki diri.InsyaAllah..

"Cinta itu lahir dari KEYAKINAN.Bila anda YAKIN anda akan PERCAYA,bila anda PERCAYA anda akan ada JIWA yang membawa kepada USAHA mendekatkan diri kepada keyakinan kita.Bila anda YAKIN anda tidak berputus asa,dari situ lahirlah DOA untuk sentiasa mengharap kepada apa yang kita PERCAYA.Bila anda tak putus asa anda akan REDHA.Bila anda REDHA..disitulah lahir keIKHLASAN yang tidak mengenal erti penat lelah dalam mendekati CINTA dan JIWA kita~" ~
"Cinta TIDAK memerlukan PENGORBANAN,tidak mengenar PENGORBANAN,tidak ada yang perlu BERKORBAN,dan tidak patut ada yang DIKORBANKAN.."
kenapa?
"Bila anda mencintai maka anda meyakini penuh keIKHLASAN.Anda meyakini bukan saja pada perasaan tapi pada perbuatan,begitu juga anda ikhlas pada perasaan dan perbuatan.KORBAN tidak perlu kerana anda IKHLAS dan REDHA pada KETETAPANNYA.CInta tidak memerlukan balasan tetapi cinta itu memerlukan HALUAN dan LANDASAN yang BETUL ke arah mengejar PERCINTAAN yang diREDHAi." 

Wassalam~




 



Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..