Sunday, 27 September 2009

Siapakah kita?



Siapakah kita untuk hidup bersendirian sedangkan Tuhan itu ada?
Siapakah kita yang mencipta jalan sendiri sedangkan Jalan terbaik telah tersedia?
Siapakah kita mahu mengeluh sedangkan nikmat tuhan sentiasa ada?
Siapakah kita yang mahu lupa padaNya sedangkan dia tidak pernah lupa memberi denyutan pada nadi kita?
Siapakah kita yang mahu membangga diri dengan kemewahan sedangkan semuanya tu dariNya?
Siapakah kita yang merungut tentang kekecewaan sedangkan saat kegembiraan sedikit pun tidak teringat akanNya?
Siapakah kita mahu melanggar batas yang ditetapkan sedangkan Tuhan telah mencipta HukumNya dengan sempurna dan menjanjikan Redha pada yang mahu mengikutnya?

Siapakah kita mahu menentukan nasib ditangan sendiri sedangkan pancaindera pun dari kurniaanNya?
Siapakah kita mahu membeza-bezakan bangsa dan rupa walhal Allah memandang kita sama dan Iman yang menjadi beza?

Siapakah kita mahu membenci makhluk lain sedangkan kita juga makhlukNya?
Siapakah kita mahu melawan takdir sedangkan kita belum tahu apa yang berlaku dihadapan?
Siapakah kita untuk diberi pujian sedangkan pujian kita untuknya pun masih belum mencukupi?
Siapakah kita untuk merasa sempurna sedangkan diri masih berdoa meminta padaNya?
Siapakah kita yang terus kedekut di dunia sedangkan Tuhan itu Maha Pemurah?
Siapakah kita yang mahu hidup tanpaNya sedangkan dia tidak pernah lari dari mendengar rintihan dan doa dari Hambanya?
Siapakah kita yang mahu berputus asa dari rahmatnya sedangkan kita terus diberi nafas agar segera bertaubat kepadaNya?
Siapakah kita mahu menganiaya orang lain dengan kejam sedangkan setiap perbuatan kita dihakimiNya?
Siapakah kita yang sentiasa mempertikaikan kewujudanNya sedangkan bukti-bukti kewujudan sudah terpampang di depan mata?
Siapakah kita yang meninggalkan sujud kepadaNya sedangkan dosa tidak pernah lari dari hambaNya?
Siapakah kita yang terus mempersoalkan nasib kehidupan sedangkan Tuhan dengan rela memberi sandaran yang tidak pernah rebah pada hambaNya yang berserah diri kepadanya?
Siapakah kita mahu meletakkan harapan pada manusia sedangkan harapan dari Allah tidak pernah mengecewakan?
Siapakah kita untuk terus menikmati kehidupan dunia sedangkan Allah menetapkan mati itu pasti dan akhirat akan menanti?
Siapakah kita untuk berbahagia di dunia tanpa mengenang dosa sedangkan Tuhan tidak pernah lupa?
Siapakah kita untuk terus berlagak biasa tanpa memikirkan dimana tahap iman kita?
Bukankah kita cuma hambaNya..yang tercipta dari tanah cuma?
Tuhan kurniakan agama untuk tidak mengecewakan manusia..namun manusia sentiasa mengecewakan agama..
Tuhan kurniakan akal untuk berfikir kekuasaanNya namun manusia sentiasa lupa..
Janji Allah pasti terlaksana!
Hukum Allah tetap berlaku!
Tatkala Allah berkata 'Kun fa ya kun"
Maka bila jadi akan jadilah!
Kenapa masih meraguiNya?Kita cuma hambaNya yang hina..sentiasa meminta...Tatkala diberi pula terus lupa,tatkala diberi bala untuk mengingatinya kembali ..kita menangis kecewa denganNya..Bukankah kita patut bersyukur kerana Allah itu rindukan doa dan rintihan kita..agar kita kembali pada jalanNya?
Bila kita teguh pada jalanNya tatkala diberi ujian untuk menambahkan pahala kita mengeluh minta dijauhkan sengsara?Minta dicepatkan kedukaan hilang?Sedangkan Allah itu menyayangi kita dan memberi ujian untuk terus mendengar kalimah kesyukuran padaNya agar dapat pertolongan pahala diberi namun kita pula yang mengelak sedangkan belum tentu Syurga milik kita dengan pahala yang baru sedikit cuma?
Kita cuma hambaNya..
Matinya bila-bila..
Kita memang kerap lupa namun Berukhwah mengingatkan kita..

Kita memang kerap leka namun Syahadah memperbetulkannya..
Kita memang kerap silap namun AmpunanNya InsyaAllah pada taubat nasuha..

Kita memang LEMAH,kerana ALLAH kekuatan kita..
lalu ku tanyakan diri...
Siapakah aku dimataNya?





Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..

Saturday, 19 September 2009



Dalam hidup seharian,kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ni,Mengumpat ni bukan sinonim dikalangan perempuan je..dikalangan lelaki pun apa kurangnya?Maaf kat kaum lelaki,ini kebenaran.Tapi cuba kita renungkan bersama..Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat,tapi mendengar umpatan orang pula tak kurang sama dosa dengan mengumpat...

Makna mengumpat tu seperti umumnya yang kita tahu..bila kita mengata tentang sesuatu yang buruk .. dibelakang hamba Allah tu.Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecik hati la..Dah nama pun mengumpat,tentu la share sesuatu yang tak baik kan???
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni,tapi cerita..orang kata kalau tak mengumpat n macam masakan tiada rasa..Kira macam garam gula la..tapi kita sedar tak,perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar.Dalam Islam,mengumpat ni seperti makan daging saudara seislam sendiri.MasyaAllah,sampai begitu sekali perumpamaan aktiviti senaman mulut ni!

Walau macammana pun,kita adalah hambaNya yang lemah.Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan,bukan nak buruk-memburukkan.Sedangkan nabi-nabi terdahulu pun boleh buat kesilapan,apa lagi kita?Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya,siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Fokus kembali pada tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni..

1)Bila berkumpul dengan kawan-kawan..and bila rakan dah start filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letak jiwa dan emosi lagi.Masa tu,kalau dah stay,mesti tak lari nak bubuh skrip tambahan.Dinasihatkan masa ni la kita banyak-banyak Ingat Allah.Sedar yang kita ni pun sama taraf dengan orang yang diumpat tu..Hamba Allah.Masing-masing ada kekurangan.Cepat2 istighfar,sambil tu tegurlah kawan sama..Kalau tak..chow je.

2)Bila yang nak jadi moderator 'umpat2' tu kawan baik kita sendiri..Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing?Bila kiter bercerita tentang baik buruk diri kita ni..sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita.Tak payah lah cerita semuanya,tapi cuba fikir..rasanya kalau nak list pun mesti lebih tiga,lebih dari sepuluh?dua puluh?..jadi layakkah kita nak bagi list keburukan orang,list kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.

3)Bila yang nak ajak mengumpat tu 0rang seni0r dari kita..tentu payah benar nak buat sesi teguran kan?Apa kata kalau tak dapat nak elak pun..sambil dia lafaz bait-bait mengata tu,kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas,supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya.InsyaAllah!

4)Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu..dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat,Jom ambil wudhu..Tertib.Masa nak kumur2 tu,bacalah doa.Minta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa..InsyaAllah.Semoga dengan itu,segala niat buruk tu terbatal sendiri.


5)Kalau kita selalu terlupa tentangNya,apa lagi bila tengah cerita hot-hot..gossip liar konon.Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat.Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?Jadi..sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu apa-apa je..dengar bacaan alQuran ke..nasyid ke,atau ikut sama menyanyi dengan suara yang tak seberapa merdu tu.ni lebih baik dari bibir tu dok mencarut hal-hal tepi kain orang.Sedangkan tepi kain sendiri entah masih elok atau tak..dah koyak ke..atau tersangkut kat mana-mana..Sebab tu kita ada dua telinga..kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu yang tak pasti sangat..

6)Bila nak mengata orang tu..cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu..agak-agaknya boleh tak jadi seperti kHalifah atau nabi terdahulu..Bila diumpat, boleh pula beri hadiah..siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT.Agaknya kita antara golongan yang bila tahu je ada orang cakap belakang confirm..sure..rasa nak bg penumbuk sulung kat orang berkenaan,tak pun..mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia.Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita..bila kita diumpat,tu bermakna ada orang ambil berat,ada orang cuba nak beri ingat..ada yang nak bagi pendapat.supaya dengan Tuhan kita terasa dekat.Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan...

7)Minum air banyak-banyak..dimulakan dengan selawat dan bacaan basmallah.Semoga dengan nikmat air tu,kita akan ringan untuk memujinya.

Banyak lagi tips yang ada..tapi semuanya bergantung pada niat.Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur..setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi. Tiada unsur nak sindir sesiapa cuma sekadar memberi peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang sudi baca..




Terima kasih atas Mata Hati yang teliti..